Tips cepatkan jodoh (insyaAllah)

Jodoh, pertemuan dan ajal adalah di tangan Allah SWT, tetapi kita kenalah berusaha dan ikhtiar dengan mencari dan menjejaki pasangan dia.

1.Doa supaya dipermudahkan jodoh setiap kali solat fardhu.
Doa memakan masa untuk dikabulkan. Jadi mulalah berdoa semoga anda mendapat dipermudahkan mendapat pasangan.

2. Doa ibu bapa.
Sekiranya ibu bapa anda masih hidup, mintakan lah mereka doakan anda untuk dipermudahkan jodoh. InsyaAllah.
(There are 3 people whose doa is accepted instantly- i) Doa of an oppressed person ii) Doa of a traveller iii) Doa of a mother)

3. Puasa pada hari jadi 
atau dikenali juga sebagai puasa hajat. Kerana pada hari tersebut kita dilahirkan bersih tanpa dosa. Jadi marilah kita berpuasa hajat moga hajat kita dikabulkan.

4.Solat sunat taubat
Manalah tahu ada sesuatu yang menghalang doa kita. Jadi mohonlah ampun sebelum kita meminta hajat denganNya.

5.Minta OK dari parents
Sebelum kamu hendak meneruskan hubungan, beritahulah ibu bapa. Tiada guna kamu bercinta bertahun-tahun tanpa restu mereka.

6. Doa khusus:
- Surah Yusuf (ayat 4) memudahkan mendapat jodoh 
- Doa Nabi Musa Surah Al -Qasas (ayat 24) untuk mencapai hajat dengan cepat (dengan izin Allah)
-Baca surah Yunus (ayat 81) untuk batal black magic, manalah tau terhalang because of this.

7. Solat hajat
Berhajatlah - mintakan anda dipermudahkan bertemu dengan a good partner, dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Salam Ma'al Hijrah 1433

Wishing all of you a happy awal muharram...may this year be a better year for us Muslims. As always, I will hope that insyaAllah you may find the person Allah destined for you this year.

Nasihat utk bakal suami atau suami

A Muslim couple sits under a sign announcing the opening of a new mosque in nearby Srebrenica in the mainly Muslim settlement of Slapovici on the inauguration day of Slapovici's own rebuilt mosque on July 10, 2011 in Slapovici, Bosnia and Herzegovina. Slapovici is in the Republika Srpska region of eastern Bosnia and is a valley settlement of scattered houses reachable only by a small, dirt road. During the Bosnian War of 1992-1995 the Bosnian Serb army, under the command of General Ratko Mladic, who is now on trial in The Hague for war crimes, heavily damaged the mosque, expelled all Muslims from Slapovici and murdered most of the men and teenage boys in the infamous Srebrenica massacre of 1995. Today some of Slapovici's Muslims have returned, though others remain scattered in a diaspora in other parts of Bosnia as well as the United States.1.Berpakaian elok
Macam mana suami nak tengok isteri dia sentiasa cantik dan kemas, begitu lah juga wanita. Nabi SAW selalu mulakan dgn miswak bila dia pulang dan sukakan bauan yang paling wangi.

2. Berikanlah dia nama panggilan yang dia suka
Panggilah isteri anda dengan nama yang manis. Rasulullah pun ada bagi nicknames kat isteri-isteri dia.

Ingatlah, anda satu2 boyfriend dia dan kawan terbaik. Wanita suka bila diberitahu mereka disayangi, jadi, bagitahulah padanya. Talifonlah dia dari ofis, tanyakan dia sudah makan atau belum dan khabar.


3. Jangan cepat marah

Seorang isteri mungkin melakukan perkara elok sepanjang hari- suami tidak perasan hinggalah dia melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan si suami. Anda harus focus dan lihat segala kebaikkan yang dia lakukan selama ini.

Janganlah terlampau marah sekiranya seorang isteri sedih atau berkecil hati terhadap kamu. Peganglah atau peluklah dia. Beritahu anda sayangkan dia dan mahu berbincang dengan elok sekiranya ada salah faham.


4. Hargailah dia

Contohnya setelah dia masak berjam-jam anda makan dan memberitahu dia yang makanan terlebih garam. Fikirkan bagaimana perasaan dia.  Beritahu dia anda berterima kasih dia meluangkan masa untuk masak untuk anda.

Hantarkan dia email,berikan dia hadiah…buku ke, tudung ke…ais krim ke yang hanya untuk dia pada bila2. Anda tak perlu berikan dia intan permata untuk dia merasa dihargai.


5. Have fun

Buatlah lawak jenaka dengan isteri anda. Wanita gemarkan suami yang boleh berjenaka. Isteri akan sangat menghargai seorang suami yang boleh buat dia tersenyum.


6. Jadilah yang terbaik untuk dia

Selalulah berdoa agar perkahwinan anda berjaya. Ramai yang bercerai pada zaman sekarang, jadi jika anda masih berkahwin atau akan berkahwin, selalulah doa supaya perkahwinan anda dirahmati Allah.

Dialah kawan baik anda –ceritakan lah segala masalah dengan dia kerana dialah yang mungkin akan menjadi orang paling jujur dengan anda. Remember she is your garment and you are her garment, so hide her faults and mistakes.

InsyaAllah. Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik setiap hari.

Ciri calon suami



Ladies, carilah ciri2 calon suami berdasarkan turutan kepentingan ini...insyaAllah.
1. Agama.
Ciri pertama ialah untuk memilih lelaki Muslim. Sudah tentu kita nak yang berilmu, soleh dan beriman…tetapi kadang2 agak sukar untuk jumpa. Jadi carilah mereka yang sentiasa mencari ilmu, mencari jalan untuk menjadi manusia yang lebih baik dan menjauhkan diri dengan perkara mungkar.
Kita juga harus meningkatkan pengetahuan kita…janganlah kita mengharap bakal suami kita sahaja yang tahu. We too have the rights to tell our husbands what is right from wrong. There is always room to improve ourselves to become a better Muslim.
If you happen to get to know someone who is non Muslim…introduce them to Islam first. Let them learn about the religion sebelum dia buat decision untuk kahwin dengan anda.         
2.Famili
Agama islam sangat menitik beratkan hubungan keluarga. Carilah mereka yang sayangkan ibubapa mereka. Carilah calon yang mengambil berat tentang keredhaan ibubaapanya atau mencari jalan  untuk mendapatkan restu jika mereka tidak begitu merestui untuk berkahwin dgn anda.
3.Ciri Kepimpinan.
Lelakilah leader dan pengawal terhadap kaum wanita – jadi carilahlelaki yang ada ciri2 kepimpinan. Bukan senang nak cari…antara caranya bagi lah dia a situation where he needs to solve atau ask him to plan something dan tengok bagaimana dia ambil serius tentang plan tersebut.
Sikap kepimpinan ni boleh dipupuk…kalau dia kurang ada leadership skill berilah dia peluang utk improve diri dia.
4. Kewangan.
A responsible husband bertanggungjawab untuk memberi wang(nafkah) kepada isterinya. Suami yang mempunyai isteri yg kaya still kena bagi duit kepada isteri sebab itu memang tanggungjawab dia dan hak seorang isteri terhadap suami. Tak semestinya suami kaya saja baru boleh bagi wang, kalau suami tidak pun cukuplah dia memberi dengan kadar yang mampu.Suami tak boleh suruh isteri keluarkan wang untuk perbelanjaan keluarga jika dia tidak rela. 
5. Akhlaknya (character)
Akhlak ni merangkumi banyak benda – dari segi pakaian, kebersihan, cara bercakap, mendengar, humbleness, openness to accept critics, coolness (tidak cepat melenting), strict, honest dan segala perangai yang baik2. Perhatikanlah layanan dia terhadap ibubapa, kawan2, kanak2, orang tidak berkemampuan, OKU…servers kat restaurants dan sebagainya. Pasti anda dapat menilai.

Topik selamat untuk dating pertama kali - for men

Anda sudah sedia nak pergi date. Pressured untuk look good and jangan become a klutz...pressure pressure pressure! Selain dari tu, mestilah nak kena ada topic nak cakap tapi topic macam mana ya? Untuk avoid dari tiba2 ada silent gaps (sangat uncool!), baik anda fikirkan nak bercerita pasal apa...sebab the idea is too keep the conversation smooth supaya takde awkward moments.Kita tak nak la bila ada silent moments itu ada anda tiba tercerita atau terkeluar topik yang anda wish anda tak cakap (basically menyesal lah).

1. Tanyakan tentang adik beradik dia
Ini topik yang selamat. Kalau cerita tentang ibu bapa kita tak berapa tahu tentang ibu bapa mereka...mana tahu mereka sudah bercerai atau berpisah.Jadi bertanyakan tentang adik beradik masih buat anda ingin tahu lebih tentang hal peribadi tapi tidak begitu invasive.

2.Pernah melancong ke mana2 yang best?
Semua orang teringin nak melancong. Topik ni senang, menarik dan boleh dicerita panjang lebar. Dengan topik ni you boleh tahu penerimaan dia tentang culture, apa fikiran dia tentang dunia dan penerimaan adventure baru.

3.You suka coffee ke tea?
Kalau date anda di cafe/restaurant...bukan saja anda boleh cerita pasal makanan di cafe tersebut malahan boleh tahu apa makanan kesukaan dia, minuman kegemaran dia dan juga yang dia tak suka.

4. Don't try to impress
Perempuan zaman sekarang berjumpa ramai lelaki dan tahu lelaki mana yang start bercakap pasal diri mereka, apa mereka buat dengan cara berlebihan ialah kerana mereka sebenarnya kurang berkeyakinan. Buatlah seperti anda mysterious...bagi hint2 sikit2....kalau dia tertarik dia akan mula bertanya...Yang penting be humble - perempuan akan sangat teruja bila awak sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan atau kekayaan (contohnya anda pandai berenang...dan ajar orang berenang etc) tetapi masih sederhana dan tidak menghebohkannya.

5.  Take charge
Katakan lah anda bercerita tentang kerja dan topik tu tengah nak bertukar menjadi boring, cepat tukar ke topik yang lain. Anda boleh kata..."enough pasal kerja....how about you...you ada tengok cerita Tower Heist tu tak yang Ben Stiller berlakon? :D

Ingat no matter apa awak buat...layanlah dia dengan hormat dan baik. Orang yang layan orang lain dengan hormat dengan kebaikkan tak pernah rugi.

10 tanda dia sukakan kamu (perempuan sukakan lelaki)

1.Eye contact. Dia akan lihat anda dari jauh dan kemudian lihat tempat lain. Mungkin dia akan lakukan beberapa kali.
2.Dia senyum. Senyum yang sedikit tapi ikhlas, bukan senyum terpaksa atau tak pasti.
3. Dia akan cuba find out kalau awak single atau tidak / kalau awak ada girlfriend.
4. Dia bagi awak nick name atau panggil awak player.
5.Dia akan buat plans untuk awak or suggest something dia suka > "big bad wolf is in town...do you like books?then you should go before the fair ends :D
6. Dia akan rapat bila bercakap dengan awak.
7.Dia suka dengar jokes awak walaupun sengal.
8. Dia antar message secara mengejut > " i just had lunch at saba. the food was nice, you should try it sometime"
9. Dia puji awak.
10.Dia cuba berbual dengan awak sepanjang mungkin...time ni la please minta contact number, email address atau date.
GOOD LUCK!

5 cara untuk melupakan sebuah hubungan!

Semua orang tahu untuk melupakan sesebuah hubungan itu memang sangat sukar. Tapi takkan kita nak bersama dengan orang yang tak sayang kita atau tak boleh menggembirakan kita. Kehilangan seseorang adalah antara suatu pengalaman yang paling sukar untuk kita hadapi dalam hidup...terutamanya apabila orang yang kita sayangi sudah tiada.

1. Terima hubungan itu telah berakhir
Terimalah, yang kamu tak boleh control situasi ini. Anda kena terima kisah cinta anda telah tamat.Ya, anda kena terima hakikat ianya sudah berakhir.Kadang2 anda mungkin terfikir dia akan datang balik...tapi terimalah kemungkinan untuk dia pulang kepangkuan kamu sangat tipis.
Ingatlah anda memutuskan hubungan kerana atas sebab-sebab tertentu. Yang pastinya anda sudah mempunyai masalah sebelum anda /dia memutuskan untuk mengakhirkan hubungan.

2. JANGAN CONTACT ex anda lagi
Jauhi ex anda. Jangan call, jangan sms, jangan email nak sibuk2 tanya khabar itu ini. Cuba fikirkan betapa sukarnya untuk kita meneruskan hidup tanpa dia jika dia masih dalam hidup kita?
Walaupun ramai yang fikir mungkin kita boleh berkawan?....boleh tapi bukan sekarang, bukan bila anda baru saja break up. Mungkin beberapa bulan lagi atau tahun. Berkawan selepas break up hanya menambah kesedihan anda.

3.Berduka kerana kehilangan
Bila kita break up, memang lazimnya kita akan kesedihan, rasa kesorangan, marah, malu, confuse, tak tentu dan mungkin jealous.
Saya selalu beritahu mereka dlm private group saya atau di page saya untuk biarlah sedih sepuas-puasnya. Kita hanyalah manusia, kesedihan memang lumrah, it's what make us human. Ianya satu phase yang kita kena lalui untuk melepaskan segala perasaan kita itu. Jangan anggap perasaan itu sebagai negatif atau tidak baik. Ianya normal (walaupun anda mungkin tak rasa macam tu sebab ianya membuat anda rasa teruk), sebab ia adalah proses kehilangan seseorang.
Ada juga yang memilih untuk meninggalkan saja proses perasaan ini tetapi sebenarnya mungkin waktu anda ambil untuk recover lebih lama dari mereka yang menangis kesedihan.

4.Tumpukan perhatian kepada diri anda
Pada permulaan perpisahan anda mungkin bercerita tentang kisah break up anda dan memikirkan hal dia. Itu memang normal.Tapi akan tiba satu masa dimana anda kena berhenti - bila ianya berlaku fokus terhadap diri anda.
Ramai antara kita bila berada dalam sebuah relationship, kita akan mengutamakan partner kita. Sekarang mereka tiada lagi, tumpukan lah perhatian kepada diri anda - belilah laptop yang anda nak tu, pegi lah holiday anda idamkan dan buat semua benda yang anda teringin.

5. Belajarlah dari pengalaman anda
What doesn't kills us only makes us stronger. Ambillah ikhtibar untuk tidak mengulangi lagi kesilapan anda. Ini adalah antara cara untuk kita get over. Ambillah waktu untuk memikirkan tentang apa yang berlaku. Bayangkan apa ex anda lalui yang membuat dia sedih, marah atau curang terhadap anda. Cuma fahamkan apa  yang membuat mereka ingin keluar dari hubungan anda.

Gunakanlah pengalaman anda ini untuk hubungan anda yang seterusnya semoga anda akan berjaya.



Macam mana nak tahu lelaki suka anda?

Ada banyak body signs yang anda boleh baca kalau seseorang lelaki tu sukakan anda. Antaranya:
1. Dia dengar dengan serius. Bila seseorang itu meminati anda, cerita bodoh pun boleh jadi interesting. Benda yang funny sikit pun dia gelak...maknanya dia minat.
2. Bila dia cakap dia akan ke depan sedikit untuk rapat dengan anda. Sebab kalau boleh dia nak dengar apa yang anda cerita dan pay attention. So dia akan lean in setiap kali anda cakap untuk rapat atau atau cuba bisik bila berada ditempat agak bising.
3.Dia senyum ikhlas...dan ketawa. Dia akan senyum bila anda cerita cerita yang biasa2 saja. Dia prihatin dan mengambil tahu tentang apa yang anda bincangkan.Bak kata orang senyum sampai telinga :D
4. Dia cuba mendekati anda. Dia akan mencari cara untuk datang rapat kepada anda. Mungkin dikenduri ke, bookstore ke, dinner party ke...jika anda perasan ada yang menghampiri dengan anda...mungkin dia meminati anda. Like as if there's a magnet pulling him there.

Idea macam mana nak cari lelaki single

Macam mana anda nak cari lelaki single? Ramai yang mungkin tak terfikir...tapi insyaAllah mungkin anda boleh jumpa...
1.Pertama sekali decide jenis lelaki yang anda nak. Ini ada banyak kena mengena dengan dimana anda akan jumpa dia. Anda nak yang adventurous ke, suka fotografi ke, swimming ke, suka nature ke...yang suka buku ke....sukan...ke masjid etc.DECIDE.
2.Once anda dah decide, katakan lah anda sukakan yang suka baca buku...siap sedia untuk ke kedai buku, book fair atau 2nd book store atau mana2 tempat yang ada buku.Jalan2 lah dan lihat yang mana anda minat.
3.Kalau anda sukakan yang pergi masjid...carilah kuliah2, program ceramah agama dan pergi.Bukan saja insyaAllah jumpa, kalau tak jumpa pun dapat ilmu.
4.Mungkin anda tak adventurous...tapi nak jugak yang adventurous...cari lah kat mana ada white river rafting ke...dan jenis2 sukan lasak. Nak tau berapa ramai yang pergi...anda boleh call dulu tanya ramai tak peserta lelaki;)
5. Pergilah ke sports events - bola,f1, tennis, golf atau apa2 yg bergerak...hahahaha.Pergi lah mana2 tempat makan yang ada football game:)
6. Apple Store or camera store. The more stuff kedai tu ada lagi ramai kat situ.
7.Join company yang male dominated : cisco, hp etc.
8. Tempat makan yang ada steak/tv/tempat merokok. Memang kalau boleh nak yang tak merokok...but you can't be choosy sometimes.
9.workshop/tempat bikin kereta.
10. Concerts - NOT JUSTIN BIEBER ok?



Dating Rules - Jangan buat

1. Janganlah nampak terlalu desperate. Kalau boleh janganlah hantar message bertubi - tubi lepas date anda kalau anda suka dengan si dia. Mungkin 1 kali -untuk pastikan dia selamat sampai dirumah. Dan pernah dengar the 3 day rule?Tunggu 3 hari untuk contact dia supaya anda tak nampak desperate;)

2.Jangan lambat sampai untuk date anda. Kalau lambat inform awal. Kalau lambat juga, pastikan anda minta maaf.

3.Jangan nampak macam anda terlalu free. Kalau dia sms etc tanya buat apa tu...dan anda asyik kata tak ada apa...anda mungkin nampak tak interesting, tak menjaga diri (ladies lah),  tak ada kawan, tak ada activity yang anda suka buat...nanti mereka akan ingat anda ni membosankan sebab takde benda yang menarik berlaku dalam hidup anda.....zzzzzz

4.Jangan cerita banyak sangat tentang diri anda waktu date pertama dan seterusnya. Kalau tau semua nanti takde yang exciting....takde benda nak diceritakan lagi next time keluar. Untuk mengenal seseorang itu mengambil masa, jadi relax enjoy the company dan fokus tentang perkara yang menarik perhatian anda berdua.

5. Jangan abaikan keselamatan diri. Pastikan anda charge telefon anda penuh. Beritahu kawan atau keluarga anda dimana anda akan pergi untuk date anda, pukul berapa dan anggaran. Bagi mereka yang menggunakan servis saya, kalau tak nak bagitahu sesiapa pun ok, sebab saya ada contact anda...but please sms saya setelah selesai dating atau tinggalkan saya nombor emergency contact anda.

6. Jangan kenalkan dia dengan kawan anda! Kalau anda lambat dan ada kawan yang mungkin meminati date anda...mungkin kawan anda akan melangkah cepat dari anda!

7. Jangan jumpa kawan dia dulu diwaktu permulaan dating. Kadang-kadang mungkin benda tidak menjadi...kalau mereka kenal anda, mereka akan berkata atau mungkin anda akan merasa kekok sekiranya anda keluar dengan kawannya dimasa depan.

8. Jangan terlalu mengharap. Ramai yang terlalu mengharap walaupun baru berjumpa pertama kali. Jangan. Keep cool...Mungkin dia telah berjumpa beberapa orang sebelum anda...dan memilih yang sesuai.Sekiranya anda bukan pilihan dia, tidaklah hati anda terluka dan anda boleh cari date yang setrusnya.

9. Jangan telefon kawan2 anda dan bagitahu " I've just met my future husband!"....kawan2 perempuan....jangan buat ya...kalau tak jadi malu je!

10.Dan last sekali jangan cerita tentang hubungan anda yang lepas. Yang lepas biarkan lepas;)

Salam Eid ul Adha!

Buat semua yang mencari jodoh atau pembaca, Find My Chemistry mengucapkan Salam Aidil Adha! Semoga semua ceria menyambut raya haji bersama family tercinta;)

Tips berjumpa

1.sampai on time.
2.have fun...mmg selalunya kita nervous, tapi bila kita have fun kita lebih rileks. Bila kita nervous, date kita akan tahu.
3.puji lah date anda. Banyak masa lelaki /perempuan akan spend utk nampak cantik atau segak.bila di puji dia pasti akan rasa lebih dihargai.
4.date lah org yg anda suka...walaupun kadang2 kawan anda tak approve...sebab yg nak date tu anda,bukan dia.
5.kena proaktif mencari pasangan anda. Kadang2 jodoh tak datang bergolek.jumpalah seramai mana orang yg ajak anda keluar.
6. Kelilingi diri anda dengan orang yg positif tentang dating/mencari jodoh. Mereka akan support dan akan tumpang gembira. Kalau dgn orang negatif pastinya mereka akan bagi semua feedback negatif.