It's not OK - jodoh and other things don't just happen!

Jika anda antara mereka yang fikir jodoh anda akan datang begitu sahaja atau menunggu for things to happen, boy are you wrong!Budaya barat sekarang banyak mempropagandakan 30 is the new 20, 40 is the new 30...hakikatnya 30 ialah 30. Jangan terpedaya. Sekiranya anda masih belum melakukan apa yang anda mahu dalam hidup, anda sepatutnya sudah bermula semalam.

Karier idaman anda tidak akan datang begitu sahaja
Kerja anda, apa yang anda lakukan sekarang, ialah karier anda dan juga identiti. Adakah ianya cukup bagi anda? Adakah anda akan berasa puas bila exchange call cards anda bila berjumpa dengan singles lain  dan mengetahui mereka akan menilai anda (kalau tak banyak, sedikit) melalui apa yang anda lakukan sekarang?
Karier memakan masa, mimpi pula akan memakan masa yang lebih lagi! It took 10,000 attempts for Thomas Edison to create the light bulb...he was not some genius who did it over night. Kita tak boleh berjaya jika kita duduk berdiam diri dan nantikan nasib kita datang bergolek.

Wanita idaman anda atau lelaki idaman anda tidak akan datang begitu sahaja
Dalam cerita romantik selalunya 2 orang akan bertemu dalam situasi yang sangat mudah. Itu hanyalah fiction semata2.Sekiranya anda biarkannya up to chance, dan mengharapkan Allah akan tunjukkan anda begitu sahaja, anda salah.Anda boleh pilih untuk mencari seseorang yang anda akan seronok bersama dia, excited, atau anda akan berkenalan dengan mereka yang tidak seberapa.Jodoh adalah rezeki.Berusahalah sebaik mungkin untuk mencari yang terbaik sebelum anda bertawakal untuk berkahwin. Jadi, katakan ya bila ada kenalan yang nak introduce, janganlah beri jawapan...saya malulah....saya gemuk, nak kah dia?...katakan YA saja, mungkin YA anda itu rezeki anda.

Anda takkan kaya dalam satu malam
Mereka yang kaya tidak menjadi kaya overnight...it's either it's been invested or saved (on top of hard work).Kekayaan takkan jatuh ke riba macam tu je dan ianya takkan jadi banyak apabila kita lebih tua begitu sahaja.

Kesihatan tidak datang dengan guarantee
Otak kita berhenti untuk menjadi lebih baik sekitar umur 20an. Ianya akan menjadi lebih susah besok untuk anda exercise naik tangga sekiranya tidak bermula sekarang. Jadi buatlah apa yang kita boleh buat sementara badan kita masih boleh exercise atau boleh turun berat badan.

Jangan biarkannya waktu anda pergi begitu saja, it's not ok!
Waktu yang hilang takkan kembali lagi.Jika anda memikirkan tentang midlife krisis dan terbayang seorang yang tua, tidak bersemangat yang berlaku pada sesetengah orang - adalah kerana mereka tidak dapat melihat atau sedar yang suatu hari keremajaan itu akan pudar. 

Oleh itu, make it ok so that it won't be shocking for you and not finding yourself idling through your life and trusting things to chance. InsyaAllah if you work for it, you will be rewarded!

Singles Mixer di Johor Bahru - Ahad, 29.1.2012

Adakah anda single (bujang) dan berada di Johor Bahru Ahad ini? Kalau ya, Ahad ini akan diadakan Johorian Singles Mixer pada jam 3.30ptg-6.30ptg, insyaAllah di Banafee Village. Kami masih menunggu berapa ramai yang ingin hadir, minimum 8 wanita dan 8 lelaki. 

Di singles mixer ini, anda akan berkenalan dengan singles lain secara individu dan berkumpulan. Anda boleh tanya mereka apa2 soalan berkaitan dgn diri mereka yang anda ingin tahu. Perbualan anda terhad kepada 10minit seorang. Ada juga games yang diadakan sekiranya peserta cukup untuk ice breaking.

Sekiranya anda berminat, hubungi kami di maya@findmychemistry.com atau mesej ke 0176116432 untuk pertanyaan lanjut.

Selamat Tahun Baru Cina!

Happy Chinese New Year holiday to all Muslims in Malaysia! Have a good break from work with your love ones...travel safe to those who are off for holiday;)
CNY, Shanghai 2012

Resolution 2012

2012 sudah bermula...adakah anda aim untuk makan lebih sihat, membuat lebih banyak wang, berkenalan atau dikenalkan kepada lebih ramai singles, mereka yg bujang, duda,janda,balu ataupun ingin berkahwin?

Anda sedang meletakkan harapan ' tahun ini'. Bagaimana tentang 'hubungan' tahun lepas 2011?Cuba anda fikir tentang apa yang kamu katakan pada 2011 adakah - saya akan keluar dengan lebih ramai wanita, dikenalkan kepada lebih ramai lelaki? Adakah anda berkata anda akan jadi lebih berani untuk mengajak wanita keluar?atau memberanikan diri utk berkenalan lelaki?(termasuklah mencari wang lebih, makan makanan lebih sihat, exercise, diet etc).

Contohnya kalau anda jenis yg tidak keluar, dan mungkin hanya keluar 3-4 orang sahaja tahun lepas, dan berniat utk keluar berjumpa 12 orang tahun ini, iaitu seorang sebulan.....itu adalah satu pencapaian yg agak tinggi. Ramai orang yang berkata 'oh tahun ni aku akan keluar dengan ramai perempuan' hakikatnya adakah mereka telah melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang mereka katakan?

Jadi, anda perlulah setkan target yang realistik. Siapkan diri anda untuk keluar bertemu si dia, walaupun anda belum jumpa lagi si dia. Jagalah pemakanan anda, penampilan anda...banyakkan membaca isu2 semasa, luangkan masa untuk belajar sesuatu yang baru dan sebagainya.

Lihatlah 2012 sebagai sabagai satu tahun yang lebih positif. Letakkan target yang sesuai dan tak terlalu over. Ini akan membantu anda dalam bertanya seseorang untuk keluar dengan anda ataupun memngajak seseorang untuk keluar dengan anda. InsyaAllah anda akan berkenalan dengan lebih ramai orang yang inginkan hubungan jangka panjang. Ingat, stay positive!

Happy 2012!

Salam semua! Selamat tahun baru!Semoga 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Looking forward to have more singles events and introducing singles to other singles!