Singles Mixer di Johor Bahru - 15.4.12 Ahad

Dengan gembiranya kami nak update kepada mereka di JB yang kami akan adakan satu singles mixer pada 15hb April (bulan depan) di Mr. Kombi Cafe & Kopitiam. Siapa yang di JB kalau tau OCBC Bank, Bazaar JB...dah dekat sangat. In fact dari City Square tu boleh jalan ke sana. Harga untuk seorang ialah RM40 dan hanya terbuka kepada mereka yang bekerja dan berumur 23 ke atas (islam, bujang belum berkahwin, duda, janda atau balu).

We also have some news to share kepada mereka yang singles, so harapnya pada 15hb tu boleh buat announcement....we are so excited about this that we can't wait for next month!

Anyway, siapa yang interested, please contact Find My Chemistry untuk your spot for the gathering;)

Macam mana nak jadi lebih dari 'kawan saja' - for men

Susahkan...awak mungkin minat seorang perempuan...tapi dia anggap awak macam seorang kawan sahaja. Macam mana nak lari dari status macam kawan ni?

Tanda dia anggap awak member sahaja:

  • Kalau dia anggap awak sebagai abang sahaja atau adik...atau kata he's like a brother to me...maknanya awak cuma dlm zon kawan dia
  • kalau awak asyik jadi doormat dia memang awak akan remain dlm friend zone dia (door mat...jadi tukang tunggu dia...orang back up dia)
  • Dia kawan baik I/ You are a really good/best friend
  • You faham semua pasal I
  • Dia citer semua masalah dia dengan lelaki kepada kamu
  • Dia tanya awak pendapat tentang hubungan dgn lelaki
Bila you finally have the courage nak ajak dia keluar minum, dia kata....i don't want to ruin our friendship. Macam mana situasi ni boleh berlaku?

1. Dia tak tertarik dengan awak
2. Awak pak turut ' door mat'
3. Awak tak kurang aset atau pendapatan /gaji rendah 
4.Dia jenis psycho...dia tak boleh terima rejection, dia cuma boleh berkawan dgn lelaki jika dia tidak berminat utk bersama lelaki tersebut

So macam mana nak lari dari 'zon kawan' ni? Tak senang tapi tak juga mustahil!

1. Jangan jadi terlalu available / mudah utk di hubungi, mudah berjumpa etc.
2. Keluar dengan wanita lain. Kalau dia sukakan awak, dia pasti mula cemburu.
3. Minta pendapat tentang wanita anda keluar.
4.Bagitau dia anda cuma nak jadi kawan sahaja...dia bukan bodoh, kalau anda reject dia, dia akan mula menunjukkan yg dia juga boleh jadi teman material.
5.Anda mula layan dia sebagai teman istimewa. Ajak dia pergi minum coffee dan bawa ke tempat2 menarik yang anda takkan bawa seorang kawan.
6. Kalau dia respon, jangan tunjukkan benda2 yang dia boleh agak anda lakukan, buat dia tidak menentu, biar dia tertanya2. Ada banyak perbezaan antara perlukan seseorang dan mahukan seseorang. Sekiranya dia rasa yang anda akan tinggalkan dia untuk seseorang yang lain, pastinya reaksi dia terhadap anda sangat berlainan!

Apa itu speed dating dan bezanya dengan mixer?

Ramai yg mungkin tahu speed dating dan ramai juga yg tahu apa itu mixer. Tapi kalau nak tahu lagi, boleh terus baca:

Asalnya speed dating ni is a Jewish invention by this rabii Yaacov Deyo of Aish HaTorah, untuk promote perkahwinan kpd golongan bujang yahudi pada akhir 1990an (so benda ni masih baru). The first speed dating  was held di LA, 1998. Sejak tu ianya menjadi sangat popular especially bila keluar dalam cerita Sex and the City, kononnya benda tu was the in thing dan semua orang yang glamor buat.
Ianya menjadi sambutan hangat sebab ramai yang kata speed dating ni menjimat masa. Cepat dapat tahu jika serasi ataupun tidak.Dalam speed dating anda ada 6-8 minit utk berbual dgn seseorang sebelum berkenalan dgn orang lain.

Singles mixer pulak lain dari speed dating di mana tiada had masa di tetapkan untuk berbual. Masa tidak terhad, anda dapat duduk, minum mungkin berborak2 antara satu sama lain, tak kira perempuan ataupun lelaki.Kadang2 ada interactive games untuk tujuan suai kenal.Mixer ni tak semestinya untuk tujuan berkenalan mereka yang bujang sebab mixer boleh jadi art mixer, charity mixer dsbgnya.

Sesuai dgn culture/agama kita, singles mixer adalah pilihan terbaik dimana anda dapat berkenalan dgn ramai orang pada satu masa.Especially mereka2 yg malu maybe ni a good way untuk berkenalan sebab tak berjumpa one to one. So apa lagi...joinlah Find My Chemistry's singles mixer:D

Tanda2 anda keluar dengan suami orang

Anda ada terasa something wrong dengan hubungan anda? Kemungkinan besar ya!

#1 Dia tak pernah nak pergi tempat dekat2 kawasan dia tinggal
Takkan la dia nak awak terserempak dgn wife dia kan? If dia ajak keluar minum,kemungkinan besar dia takkan ajak awak keluar dekat rumah dia, walaupun untuk roti canai dan nasi lemak. Dia akan pilih restoran atau buat aktiviti yg agak jauh dari tempat biasa dia.

#2 Awak cuma jumpa beberapa orang kawan dia
Dia tidak kenalkan awak dgn kawan2 dia atau family (kalau family mungkin ok lagi). Dan kalau dia kenalkan pun mungkin a small circle of friends and balik2 the same group of people. Tak de pulak dia kenalkan dengan kawan2 ofis, kawan2 main sukan dia etc. Bila dia limitkan pengenalan awak dgn orang, bermakna dia ada geng kawan2 yg tahu dia kahwin dan mereka ikut shj rentak si dia.

#3 Awak cuma tahu nombor mobile dia saja
Dia tak bagi awak nombor lain selain nombor mobile dia. Tak bagi nombor ofis atau rumah. Kalau dia tak bagi senang untuk dia untuk contact awak sahaja.

#4 Tengok2 kalau dia ada simpan gambar perempuan
Samada dalam wallet dia, kereta, ofis atau mana2 tempat. Kalau dia ada gambar dalam wallet dan kata ‘oh tu ex I’, kawan I…be on alert!

#5 check out his car. Is he driving a mpv and kata dia single?atau say dia dah divorce tapi drive kereta ni because of the kids…a single man will not drive a family car.

#6 Perhatian dia tak konsisten
Dia cuma free Selasa/Khamis. Ada masa dia call kata rindu sangat lepas tu besok dia dalam dunia dia sendiri. Dia cuma call waktu dia drive, dia selalu kena letak talifon bila dah sampai destinasi. Umumnya perhatian dia cuma pada waktu tertu (hari atau masa).

#Dia tak boleh…
dia tak boleh cakap pada bila2 masa dengan awak. Dia pesan jangan call malam, dia suruh awak talifon waktu2 tertentu, dia tak reply sms anda lepas berjam-jam, dia tak boleh buat benda2 secara spontan…macam jom kita gi minum coffee.

Mungkin ada juga orang single yg mcm ni, tapi kalau semua tanda dia ada…jaga2!

Remember him?You sure shocked the world Tiger!