Desperate sangat ke nak pergi gathering/mixers single tu?


"Desperate sangat ke kita ni nak pergi event mixer macam tu? I tak desperate lagi...kenapa you pegi? Malulah, macam tak boleh cari boyfriend /girlfriend sendiri"

This is the typical feedback that we get from either people we invite to come to the mixer or friends to those who came to the mixer. Don't get us wrong, everyone is entitled to their opinions. If you are not desperate, then good for you. Enjoy your life and good luck on meeting new people at your own turf.

But, what if you don't? You met a lot of people but you still don't get anyone liking you or interested in you. You are decent looking, good family background with good education but no one seems available. Or you don't even know where single people are anymore. Everyone you know is either married, busy with their own life or drifted apart over the years. You bicker with your friends on where the single ladies or men are.

Allah has a plan for us all. On the 120th day of life, Allah gives us souls and ask the angels to write for us 4 things - our sustenance (rezeki), marriage (jodoh), qada & qadar and death, including the place where we will be buried. 

''So, kalau Tuhan dah plan untuk I buat apa nak cari...tunggu je lah.'' Yes, we get this answer too." Ye ke? Jadi kalau Allah plan untuk kita jadi kaya, kita tak payah berusaha ya?" Hmmm.

As for him who gives (in charity) and keeps his duty to Allah and fears Him, and believes in Goodness, We will make smooth for him the path of ease. But he who withholds and thinks himself self-sufficient, denies Goodness, We will make smooth for him the path of evil. [Surah al-Lail (92):5-10]

 “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Enuf said. Allah wants all of us not to question what has been written for us, but to strive on to do good wills, deeds and forbade us to depend on it.

Hence we created a platform for single people to search other singles in hopes of finding a suitable partner/marriage. InsyaAllah,  it is a start to meet new people and friends.It is a step forward and one of your efforts to finding your potential match. You never know what has been planned for you ;)

Soalan-soalan yang patut anda tanya bakal pasangan anda - bahagian 2

Minat/ Masa Lapang

  • Apa aktiviti2 yang si dia minat di waktu lapang?
  • Berapa banyak masa anda luangkan untuk menonton tv?
  • Apakah minat yang akan anda kongsi dengan si dia?
  • Berapa banyak masa yang anda ingin luangkan sendirian?
  • Apakah pandangan anda tentang percutian berasingan?
Kehidupan Sosial
  • Berapa banyak masa anda/si dia ingin luangkan bersama kawan-kawan?sebagai pasangan?bersama keluarga?sendirian?
  • Apakah pandangan anda/si dia tentang mempunyai kawan yang berlainan jantina?
Tempat Tinggal
  • Di mana anda mahu tinggal?Mengapa?
  • Adakah anda mahu tinggal dekat dengan keluarga kamu?sedara mara kamu?
  • Adakah anda suka tinggal di bandar? di kampung?
Anak
  • Berapa ramai anak anda mahu?
  • Bilakah anda rasa anda/si dia bersedia untuk menimang cahaya mata?
  • Bagaimana anda akan membahagikan tugasan menjaga anak? (siapa jaga malam?siapa tukar lampin?dll)
  • Apakah yang anda rasa penting untuk mengajar anak2?
  • Apakah pandangan anda tentang cara menjaga anak?Adakah anda akan merotan?
  • Adakah anda akan mengambil pembantu untuk menjaga anak anda?atau hantar ke rumah asuhan?tinggalkan bersama ibu bapa/sedara mara dll?
  • Bagaimana anda akan pastikan anak anda akan mendapat pelajaran agama yang baik?
  • Apakah yang anda akan lakukan jika anda tidak boleh mendapat anak?
Kewangan
  • Berapa banyak akaun simpanan perlu anda ada?akaun semasa?bersama?
  • Siapa yang perlu bayar bil-bil?
  • Bagaimana dengan hak milik sebelum bersama?
  • Bagaimana anda akan membahagikan wang untuk rumah?diri sendiri?untuk kebajikan?
  • Berapa banyakkah pasangan anda boleh berbelanja tanpa perlukan izin anda terlebih dahulu?
  • Berapa banyakkah wang hantaran yang akan diberi atau patut diberi?
  • Katakanlah anda dan si dia dalam situasi kewangan yang agak ketat dan tiba-tiba adiknya atau abangnya datang untuk minta wang pinjaman untuk memulakan perniagaan (di mana yang 2 sebelumnya tidak berjaya)adakah anda akan membenarkannya?
  • Apakah 5 keutamaan yang penting bagi anda untuk perancangan kewangan?
Bersambung

Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum,

Find My Chemistry ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kalau ada yang tersinggung, tersalah kata atau adanya kesilapan yang lain.

Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang lebih bermakna kepada kita semua.

Semoga Allah akan menerima puasa kita, solat kita, ibadah dan segala niat dan kebaikkan yang kita lakukan di Ramadhan ini, insyaAllah.

Marilah kita sama2 melakukan yang terbaik Ramadhan ini, kerana hanya Allah yang tahu jika kita akan bertemunya di tahun depan lagi.

Ramadhan Mubarak,
Find My Chemistry Team

Soalan-soalan yang anda patut tanya bakal pasangan hidup anda - bahagian 1

Ini adalah antara soalan penting yang anda harus fikirkan sebelum berkahwin. Ianya boleh membantu anda menilai hal-hal penting berkenaan perkahwinan. Anda boleh tanyakan calon anda atau kepada diri anda sahaja. Anda juga boleh tanyakan pendapat kawan2 si dia berkenaan soalan2 ini. Sesetengah soalan mungkin akan berbunyi kurang Islam tetapi ianya sesuai dengan kenyataan hidup aliran zaman sekarang yang jika tidak di ambil perhatian mungkin boleh menyebabkan situasi yang tidak diingini di masa akan datang.

Soalan umum:
  • Mengapa kamu berminat untuk menikah pada waktu ini?
  • Kalau ada satu benda tentang diri anda yang anda boleh ubah, apakah ia?
  • Apakah ciri2 yang anda cari dalam seseorang pasangan?
  • Bagaimana anda menerangkan tentang diri anda? (saya seorang yang pendiam, teliti, etc)
  • Apakah pencapaian tertinggi dalam hidup anda hingga kini?
  • Ceritakan 3 kisah yang anda telah melalui yang menjadi antara pengajaran penting dalam hidup anda.
  • Apakah matlamat hidup anda?Apakah yang ingin anda lakukan sebelum anda meninggal?
Deen (Cara hidup Islam)
  • Apakah perkara yang ingin anda perbaiki sebagai seorang Islam? (solat, puasa, amalan2)
  • Berapa kali sehari anda solat? Bagaimana pula di tempat kerja?
  • Berapa banyak surah dalam Quran yang telah anda hafal?
  • Adakah anda berpuasa penuh di bulan Ramadan?
  • Adakah kamu prihatin terhadap pengambilan makanan halal?
  • Kamu pergi solat Jumaat?
  • Adakah kamu mementingkan wanita yg menutup aurat sebagai calon isteri? Bagaimana dengan lelaki?
  • Anda telah pergi mengerjakan umrah/haji? Bilakah anda ingin / berniat untuk pergi?
Keluarga:
  • Adakah pendapat keluarga kamu/saudara mara kamu penting?Sampai mana tahap yang anda benarkan mereka memberi pendapat atau mengarah kamu melakukan sesuatu?
  • Apakah peranan mereka dalam menentukan keputusan penting - perancangan perkahwinan, menjaga anak, bercuti dan lain2?
  • Di mana kamu akan tinggal setelah berumah tangga?
  • Adalah kamu selesa jika ahli keluarga lain tinggal bersama, terutama apabila mereka semakin  membesar/ tua?
  • Berapa banyak masakah kamu akan luangkan untuk keluarga kamu - berjumpa/menelefon?
  • Apakah yg anda mahu/tidak mahu dari melihat cara hidup keluarga ibu bapa kamu?
Pekerjaan:
  • Apakah perancangan kerjaya anda?
  • Adakah anda berdua akan bekerja?
  • Berapa jam anda akan peruntukkan untuk bekerja sehari?
  • Adakah anda sanggup berpindah jika suami/isteri anda perlu bertukar tempat kerja?
  • Bagaimana anda akan membahagikan masa kerja dan keluarga?
  • Adakah anda akan menyokong jika si dia ingin melanjutkan pelajaran (atau sebaliknya)?
  • Bagaimana si dia akan menyara anda jika salah seorang melanjutkan pelajaran?
Bersambung...

Doa Pendekat Jodoh

Dari buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dato' Dr.Haron Din. Selamat beramal. InsyaAllah:)

Mengambil hati kawan-kawan dan keluarga si dia

Dalam suatu hubungan yang penting hanyalah kamu dan dia. Tapi dalam dunia yang nyata, kita tidak hidup berdua...semua orang yang berkait dengan si dia akan mempunyai pandangan tersendiri tentang kamu, samada baik atau tidak. Dan hanya dengan 1 pendapat negatif sahaja boleh menyebabkan masalah. Ini antara tips yang anda boleh guna untuk menjadi 'si dia' yang di sukai / di terima oleh kawan2 dan famili dia.

1. BFF (best friend forever) dia
Apa yang bff dia risaukan: awak mungkin seorang loser atau jerk macam yang lepas. BFF dia akan perasan dengan cepat kalau anda sama saja macam loser boyfriend(s) dia yang lepas-lepas. Mungkin dia menjauhkan diri untuk berkenalan atau memberi pendapat/sokongan terhadap anda.
Penyelesaian: Cuba jadi kawan kepadanya - dan jadilah kawan yang benar.Ambil tahu tentang masalah kawannya....berikan pendapat  yang bertimbang rasa dan jujur.Dengar dengan baik apabila mereka bercerita tentang lelaki losers mereka pernah jumpa. Anda boleh dapat tahu dan mengelak untuk tersenarai dalam kategori lelaki-lelaki losers yang mereka kenal.

2. EX dia yang mesra
Apa yang ex dia risaukan: dia akan dilupakan. Perjumpaan minum kopi yang sekali sekala akan tidak ada lagi dan akan tertumpu pada anda sahaja, menambahkan lagi kerisauan yang ex dia sendiri mungkin tidak perasan.
Penyelesaian: Kebolehan si dia untuk berkawan dengan seseorang yang dia pernah mempunyai hubungan menunjukkan dia matang - jadi janganlah  menunjukkan anda begitu curiga kerana ia akan menunjukkan yang anda jealous tak kena tempat dan tidak berkeyakinan. Buatlah ex dia rasa seperti dia sebahagian dari hidup si dia tanpa perlu adanya exnya bersama. Kalau anda terserempak di mana2, act relax dan casual tak perlu nak lari pecut 100m atau bermasam muka. Dengan cara ini anda menunjukkan yang anda tidak rasa tergugat tentang hubungan anda dan si dia.

3.Mak dia
Apa yang mak dia risaukan: kamu dekati dia dan melukakan hatinya
Penyelesaian: Kalau harijadi si dia dekat atau ada ada sesuatu yang akan diraikan (kenaikan pangkat dll) rancangkan lah dengan ibunya untuk menyambut hari tersebut. 'Baiknya budak ni' ;)

4. Bapa dia
Apa yang bapa dia risaukan: kamu tak boleh bagikan kehidupan yang sepatutnya dia dapat. Walaupun si dia ada pekerjaan/karier yang baik, seorang bapa akan sentiasa risau samada anak perempuannya di jaga dengan baik.
Penyelesaian: Jangan cerita pasal gaji atau berapa banyak wang anda miliki dari hasil pekerjaan anda sekarang. Ceritalah tentang pelaburan jangka masa lama seperti rumah, kalau bapanya masih bekerja tanyakan tentang apakah persediaan dia untuk persaraan. Selain memuji bapanya anda juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggung jawab tentang soalan kewangan yang memikirkan tentang masa hadapan.


Update mixer 15.7.2012

Mixer kali ni di Penang Village, Alamanda Putrajaya kali ni tak ramai yang datang sebab ramai yang cancel last minute atas urusan kerja, kesihatan dan macam2 lagi (yang sakit semoga cepat sembuh!). Ini antara mereka yang datang...seronok betul, siap posing ambil gambar lagi.


Sempena Ramadhan yang semakin hampir,kami ingin mengucapkan selamat berpuasa, semoga Ramadan ini menjadi Ramadan yang lebih bagus dari yang lepas untuk kita semua. Tiada perjumpaan singles akan diadakan sepanjang Ramadhan, perjumpaan seterusnya akan diadakan insyaAllah pada bulan Syawal nanti. Selamat berpuasa!

Singles Mixer/Gathering 15th July

Next mixer/gathering will be at Penang Village, Alamanda, Putrajaya.
Date: 15.7.2012, Sunday
Time: 3.30pm-6.30pm
Fee: RM60 (inclusive of f&b)