Tanda-tanda wanita sedia berkahwin

gambar hiasan -scha al-yahya & awal ashaari
Happy Sat :)  Ada sesetengah lelaki yg kata susahnya nak tahu kalau perempuan ni ready nak kahwin/settle down. Hihihi...rasanya tak kot. Tapi takpe, I listed down jugak some hints kalau dia ready utk settle down/kahwin.

1.Dia bercerita pasal perkahwinan. Kalau dia selalu cerita, maksudnya dah ready lah tu.
2.DIa tunjuk minat yg lebih dekat you. Dia jemput you ke rumah utk kenal dgn parents dia supaya parents dia tahu dia berhubung dengan siapa. Kalau dia start nak ambil tahu tentang family you,mak you suka apa dll, tu juga tanda dia semakin ready.
3.Perkataan ‘kita’. Kalau dia banyak guna perkataan kita dan selalu cerita betapa gembiranya kalau hidup bersama,cerita pasal masa depan bersama, cerita pasal investments, insurance,rumah,shopping hiasan rumah, mana nak tinggal…tu maknanya dia dah pilih you utk bersama.
4.Cerita pasal budak2. Kalau dia cerita pasal budak2 comel etc dan cakap kalau dia nak ada kids yang ada feature rupa mcm ni, macam tu kat you…
5.You both share similar goals in life. Carilah someone yg faham your family values, lifestyle dan your career. This way, it is easier to understand then be misunderstood.
6.Dia tak nak ubah you. Dia boleh terima you as you are.
7.Bila you ada argument, dia make an effort to resolve problems together.
8.Look at her friends. Kalau ramai kawan dia dah settle down, dia pun mesti nak settle down juga.
9.Adakah dia selalu nak tahu you buat apa?bila?kat mana? Dia selalu nak bersama dengan you. Ni bukan sign yg dia over-possessive. Tu cuma tanda-tanda dia ready utk something serious. Kalau dia psycho, you akan tahu.
10.Dia tanya direct bila you are ready for marriage.

Tanda-tanda lelaki bersedia utk berkahwin atau semakin serius


1. Semua orang tahu! It's out in the open. Dia introduce you kat semua orang as girlfriend dia.
2.It's not a secret. You kenal semua orang dlm life dia - parents dia, family dia, kawan2, colleagues etc. Dia pasti you lah orang yang dia nak dilihat bersama.
3.Berapa kali korang call dalam sehari dia akan tetap jawab/text balik. Dia akan buat time dan commitment utk luang masa utk you. Tapi jangan la call /message tiap2 jam...lari pulak nanti.
4.Bila dia buat planning, dia akan masukkan you dalam agenda dia. Macam kalau ada family plan/event dia akan ajak you join.
5.Dia tak teragak cerita tentang masa depan...dan you ada dalam cerita tu! Kalau dia banyak gunakan perkataan we/kita dlm perbualan...baguslah :)
6.Dia ada saja reason nak spend more time dengan you. You kata you nak buat ni...dia akan offer diri utk teman/tolong katanya...
7.Dia share personal stuff dia - financial problems, friends, work, family etc. You tak payah nak dig out sana sini for information.
8.Dia akan ambil tahu benda2 yang you suka. Apa you suka makan, apa hobby you, apa you pandai buat, baju apa you suka, tudung jenis apa dia suka - maknanya dah suka sangatlah tu. Dan ladies, bagilah chance dia nak layan you mcm princess.
9. Dia respect pilihan yang you buat. Contoh - "I rasa kita boleh beli this present dari yang satu lagi sebab..." dan dia agree...kalau tak agree maybe dia bagi reasons yg logic. Satu lagi, bila dia start tanya tentang pandangan you tentang benda2 dia buat dalam hidup on regular basis, tu tanda yang bagus. Walaupun benda tu pasal kereta dia yang you tak tahu menahu.
10. Dia makin banyak spend masa dengan you dari kawan2 dia. 
11.Dia financially independent kalau tak, dia akan start getting his finances together. Bukan tu saja, dia seorang yg boleh diharap. Kalau dia still struggle nak bayar utk benda2 yang dia nak atau bil dia, dia takkan mahu nak ditambahkan lagi menanggung seseorang.
12. Dia ok nak pergi wedding invitations.
13. Dia akan start ada certain husband-like aura...dia tak nak you spend your money when you go out with him, dia lagi protective, dia nak tahu you pergi mana, buat apa...at all times.

Lelaki, tak semua bersedia utk berkahwin pada umur yang sama ataupun mature umur yang sama.Kalau mereka berada dalam satu hubungan superficial (disebabkan sesuatu/kemudahan), ianya akan hilang sparks dia dan dia mencari seseorang yang dia boleh connect at a deeper level. Walaupun membujang tu ada keseronokkannya, tapi dari segi emosi ianya tak.[Qur'an 78:8] "And We have created you in pairs"....

Tanda2 seorang perempuan belum ready utk commitment

gambar hiasan:)
Tanda2 seorang perempuan belum ready utk commitment:
1. Dia kata dia tak ready nak ada relationship.
2. Dia ada list panjang benda2 dia nak buat, tapi takde langsung tentang nak kawin.
3. Dia lagi suka hang out dengan kawan2 dia dari you.
4. Dia tak rasa dia perlu bagitahu apa dia nak buat, dengan siapa dia nak buat (report apa kat you).
5. Dia tak ambil pot tentang kawan2 you atau siapa kawan you.
6. Dia tak ambil pot you buat apa dengan siapa.
7. Dia tak kisah pasal tak jumpa your parents.
8. Dia pentingkan benda2 yg dia suka buat.
9. Dia tak call you balik/ you asyik call dia.
10. Dia selalu lambat bila keluar atau selalu cancel last minute.
11. Dia ada ramai ex.
12. Dia susah nak compromise.
13. Dia cuma nak tahu apa yang you boleh offer kat dia.
14. Dia tak share feelings dia sangat.
15. Dia tak kisah sangat bila you cerita about getting more serious (bertunang/cerita pasal hidup bersama etc)
16. Dia baru break-up.
17. Dia still cerita pasal ex dia.
18. Dia cakap dia nak relationship, tapi asyik busy dengan hal2 lain.
19. Dia tak percaya kat you.
20. You selalu tak diinclude dalam planning dia.

Tanda lelaki tak ready...

Tanda lelaki tak ready nak kawin/commit:
1. Kalau ajak pergi jumpa your parents, tak pernah ready atau tak cakap langsung.
2. Cerita nak kawin jauh sekali.
3.Dia susah admit dia sukakan/cinta anda.
4.Dia sendiri cakap dia tak ready (ramai pompuan miss benda ni).
5.Dia tak kenalkan anda kat family dia,member2 ataupun adik beradik dia.
6.Dia tak share banyak benda/info tentang diri dia.
7. Anda kena teka semua benda difikiran dia.
8.Kalau dia ada banyak masa utk benda lain, tapi bukan anda, tak minat sepenuhnya la tu maksudnya.
9.Dia tak pernah ajak pergi jumpa parents dia
10.Kalau pasal benda remeh temeh pun dia kritik,tu caranya dia nak bagitahu dia takkan happy dengan you.
11.Everytime korang gaduh dia gertak nak tinggalkan you...forget it.
12.Dia percaya member2 dia lebih dari you.
13.Dia terer berkata2, bagi bunga, bagi hadiah, ajak candle light dinner berbagai...tapi tak suka solve conflict,disagreements atau buat decision sama2...mungkin dia suka bab2 romantic but not the real deal.
14.Dia tak boleh buat commitment yg kecil.
15.Mata dia asyik tengok perempuan lain.
16. Dia still teringat ex dia.
17.Dia ada options lain (perempuan lain).
18.Dia happy dengan life dia.
19.Dia rasa dia kena pressure utk buat commitment.
20. You are just not the one.

Nah, 20 reasons kenapa lelaki tak ready nak serius/commit/kahwin.

Bila beraya...mesti ditanya 'bila nak kahwin?'

Semoga anda semua happy meraikan raya setakat ini. Rayalah time paling banyak sekali jumpa orang - family jauh, saudara mara, kawan2 kerja dulu, baru, jiran tetangga dan juga orang2 yang kita belum pernah jumpa dan kenal.

Antara soalan favret yg didengari selain musim kawin/kenduri, bila nak kawin? dah kawin ke? ingatkan dah kawin...dan macam2 lagi lah yg ada perkataan kawin di awal,tengah, hujung ayat. Kadang2 hairan, dah tahu soal jodoh ni soal sensitif masih dok nak tanya. Biasalah...kadang2 kita berjumpa orang yg tak faham atau tahu soalan tu soalan sensitif...especially aunty2 yg lebih tua. So abaikan saja, senyum dan bagitahu saja 'kalau makcik kenal yg sepadan dengan saya, recommend lah' jangan marahkan dia, manalah dia nak tahu. Lagi2 makcik yg duduk kampung, buat  kuih atau bercucuk tanam, kerja kecil2an..dunia dia kecil jadi itulah jadi soalan dia utk socialise dengan anda yg serba IT, serba canggih,frequent flyer,serba serbi.

Most of the aunties yg serba serbi, they don't ask that much. Yang relatives tu standard la, nak tahu anak sedara dah kawin ke, nak kawin ke, dengan siapa etc.Pakcik2, uncle2 jarang tanya...tak penting sangat kot melainkan nak promote anak mereka.

My advice, cakap je straight anda single. Kalau kenal sesiapa yg sesuai, minta direcommendkan. Ramai mak-mak yg bercerita tentang anak2 mereka yg single time raya. Berkenalanlah dengan aunty2, uncle2 yang korang akan jumpa beraya nanti. Asyik tengok awek cun atau mamat hensem tapi tak buat apa2 pun tak guna.

Jom jadi lebih proaktif raya ni nak berkenalan dengan ramai orang. Tak rugi berkenalan dengan sesiapa pun sebenarnya...anggaplah setiap mereka yg anda kenal akan membuka lebih banyak pintu perkenalan dan insyaAllah kepada si dia.

Selamat beraya dan pandu selamat di Syawal ini!



SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN!

 
Selamat Hari Raya to all our single followers! Semoga Raya ini lebih bermakna utk kita semua. Selamat berhari raya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan. Raya ini, apa kata cuba bertanya atau beritahu yg anda single dan mencari. Tidak ada salahnya. Pasti sahaja ada kawan yg kenal atau tahu seseorang yang single. 
Raya juga suatu masa dimana ramai akan bertanya ' bila lagi'....'dah ada calon?' ramai yang akan mengeluh apabila perlu menjawab. Bagi mereka yg bertanya pula, ianya mungkin hanya soalan utk berbual...tetapi utk anda yg single ianya adakalanya sangat berat utk dijawab. Jawablah "insyaAllah, nanti adalah jodoh", rather than belum ada jodoh. 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Find My Chemistry! Semoga semua selamat memandu dan bersederhanalah dengan rendang dan ketupat :)

Iklankan carian jodoh anda!


Sempena Ramadhan ini, dengan niat baik utk membantu lebih ramai kawan-kawan dan mereka yang mencari jodoh, kami ingin meletakkan iklan jodoh di blog. Sedikit  penerangan ringkas tentang anda di ruang >>mencari pasangan<< akan diletakkan tanpa gambar. Kalau ada yang baca dan berminat, mereka hanya emel kepada saya dan saya akan berikan maklumat anda terus. Cara ini adalah cost saving bagi anda. Lihat carta aliran >>disini<< . Selepas buat bayaran, kami akan berikan satu link kpd anda utk melihat gambar mereka dan maklumat lain (jika ada).

Kos meletakkan iklan: RM20 untuk 3 bulan (RM15 untuk Ramadhan ini!)
Kos untuk mencari: RM20 untuk 5 carian (RM15 untuk Ramadhan ini!)
Jika berminat, emel ke contact@findmychemistry.com untuk mulakan carian jodoh anda!