Ashraf Muslim kahwin lagi!


Salam Jummat. Hari ini banyak betul komens tentang Ashraf Muslim berpoligami. So, memandangkan ini antara benda2 yg memang didengar every now and then... rasa sedih terbaca bila dia kata tak dapat zuriat sebab tu nak kahwin lain...kenapa tak tunggu?bendoa? Ramai orang bertahun kawin diberi dugaan Allah tapi masih bersama. If ada problem he could have settle it, not bring in more problem. Tapi ni kisah rumah tangga orang yg kita tak tahu hujung pangkal. Semoga Dayana tabah mengharungi...and Allah knows the best. 


Ashraf dengan Dayana

Doa krisis rumah tangga

1.Buat solat hajat 2/3 malam.
2. Minta Allah supaya dia kembali sayang & cinta kepada kita
3.Minta Allah supaya di lupakan si dia
4.Doa surah Al-baqarah 250 "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
For more doa2 come join my class tomorrow or the preview on Sunday. InsyaAllah.

Check out comments from Dayana's father on youtube:

KELAS PERCUMA - PREVIEW OF SECRETS TO FINDING MR RIGHT

Sempena Ramadan Mubarak ini, satu kelas PERCUMA diadakan Ahad ini 21hb Julai pada 10pagi -11.30pagi, untuk mereka yang single yang mahu melakukan perubahan dalam hidup mereka untuk mencari pasangan. Kami akan berikan nasihat, strategi dan doa-doa yang berkaitan dengan jodoh.

Hanya sedikit sumbangan untuk rumah anak yatim diminta http://yatimsemarak.blogspot.com. Berikut adalah pakej yang anda boleh sumbangkan:

Pakej A: Sahur sahaja RM15
Pakej B: Iftar sahaja RM20
Pakej C: Iftar dan duit raya RM25
Resit akan diberikan.



Jika anda berminat, sila hubungi 0176116432/ contact@findmychemistry.com untuk maklumat lanjut.

Reset minda tentang jodoh

Salam Isnin. Baru -baru ini terdengar perbincangan Prof. Datuk Muhaya tentang jodoh di IKIM. Terasa agak menarik kerana banyak diantara perkara yang diajar oleh Prof ditekankan dalam program 'Finding Mr.Right' kami. 

Prof. Datuk Muhaya
Ini adalah rumusan dari perbincangan beliau:
  • Mesti assume jodoh ada
  • Menarik orang dengan magnet diri kita - jadi positif dan kita akan menarik orang yang positif.
  • Anggaplah jodoh itu satu kurniaan dan hadiah dari Allah.
  • Case study tentang seorang wanita berkerjaya professional yang inginkan jodoh. Buatlah uncoditional giving,tingkatkan solat,lemah lembut (feminine), simple dlm masa 2 bulan, berkenalan seminggu ingin kahwin.
  • Orang yang sukar mendapati jodoh di dapati selalu berkata 'nak cari orang baik ni payah, belum apa sudah berfikiran/mempunyai aura negatif. 

3 perkara yang ditekankan oleh prof:

  1. Jadilah orang fiq awlawiyyat,  bertanggungjawab menarik jodoh dgn menjadi magnet yang baik(Fiq Awlawiyyat: memberi keutamaan kepada perkara yang memerlukan keutamaan mengikut tempat, masa dan keadaan. Seorang Muslim yang cemerlang, hebat akan mengharapkan rahmat Allah, bukanlah dengan sesuka hati tetapi mampu menilai antara yang patut diberi tumpuan demi manfaat seluruh umat Islam/diri -jika ingin penjelasan lanjut boleh buat carian sendiri). 
  2. Apakah hujungnya (matlamat anda) -nak jodoh. Contoh: untuk kalau nak masuk syurga,apakah yang perlu kita buat? Solat, ikuti rukun Islam,akhlak baik, berubah untuk matlamat anda. Jadi apply dalam konteks jodoh pula.
  3. Keutamaan jodoh untuk apa? Kita kahwin untuk apa? Adakah kerana orang kahwin anda ingin kahwin? Kita kahwin kerana Allah, keberkatan, investment utk akhirat nanti.
Prof juga bercerita tentang menulis orang jenis apa yang anda inginkan, dari segi financial, looks, character etc and then compare this to yourself. Do you have it? Hence the word 'cerminlah diri'. In our programme, we teach how to do this specifically.  Our method gives you options of what is your benchmark,what is it that you want and what do you need.All these options are different and will show you different a path and changing your ways to attract such people.
  • Jadi proactive
  • Jadi confident
  • Understand and be understood. Ramai orang ingin difahami sebelum memahami.
  • Istikharah
  • Kenapa lelaki tak pasti tentang nak berkahwin?
  • Beza antara self worth dengan others worth
  • Macam mana nak tahu orang suka-suka sahaja?
  • Wanita dijadikan untuk mendapat anak, menambah umat Islam jangan guna alasan tak ready
  • Jangan cerita keburukkan keluarga sendiri
Harap ini dapat memberi anda semangat atau perspektif baru tentang jodoh. InsyaAllah!

Lafaz niat dan doa bulan Ramadhan 1434/2013

Alhamdulillah, Ramadhan kunjung tiba lagi. Hari ini sudah masuk hari ke 2 Ramadhan. Harap masih tak terlambat nak share maklumat niat/doa di bulan puasa ini. Semoga kita semua diberkati Allah dibulan yang mulia ini. InsyaAllah :)

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى



Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Doa Berbuka Puasa Sendirian


(Yang stuck drive sorang2 dalam kereta ke nanti, boleh baca doa ni) :


Ya Allah, KeranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan atas rezeki dari Mu aku berbuka puasa, dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Doa Berbuka Puasa dengan famili/beramai-ramai/jemaah

Yang atas ni untuk ber seorangan, untuk ramai ramai sila tukar perkataan "tu (ta)" kepada "na ( nun +alif). Barulah maksud ayat "aku" bertukar kepada "kami".

Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)


Kalau ada silap, feel free untuk betulkan :)

Sebab-sebab kenapa lelaki tak kahwin

"Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain''. ...di ambil dari Bernama 2012.

Antara sebab standard lelaki kenapa tak mahu berkahwin/tak ready:
   
1. Tak cukup duit 
2. Tak ready
3. Gay/sexual conflict  
4. Belum sampai seru     
5. Banyak halangan/tekanan
6. Nak yang perfect – cantik, perbelajaran,meletops, lemah lembut, pandai ambil hati ibu bapa, penyayang, pandai  masak,sexy, berharta, beragama = semua mesti ada
7. Takut tak bebas macam zaman bujang
8. Takut nak share benda bersama
9. Pengalaman bercinta yang teruk
10. Takut perceraian
11.Persepsi bekeluarga tidak semestinya membahagiakan
12.Kejar cita-cita/kerjaya

Kalau ada lagi yang tertinggal, bolehlah tambah :)


Tips melayan kerenah orang yang suka complain/ merungut/negatif

Memandangkan Ramadhan nak dekat, ini mungkin topik yang bagus nak cerita. Sekali sekala pasti kita akan jumpa orang yang negatif. Selalunya kita tak perasan sebab ada yang kaki complain 24 jam benda semua negatif sampai kita dah naik biasa dan ada juga yang suka complain tentang apa2 yang berkenaan diri dia dan orang sekeliling dia. Macam mana nak tahu mereka orang negatif?Tak semua orang tahu macam mana nak handle orang yang negative ni. Bila berdepan dengan mereka ni,kita akan rasa down, kita akan cermin diri kita dan mula berfikir apa salah saya, teruk sangat ke saya ni…walaupun berdepan dengan mereka ni 15 minit sehari, impak dia boleh menyebabkan kita berasa sangat teruk/sedih untuk beberapa jam ataupun hari.

1.       Kaki complain 24 jam ( pasal semua benda)
  • Orang yang complain pasal hampir semua benda setiap hari. Makanan, kawan-kawan, kawan kerja, kerja, rumah, traffic jam dan semua benda dalam hidup dia. Secara umumnya dari semua benda kecik hinggalah ke semua benda besar pasti dia akan cari sebab utk complain.
  • Selalunya sinis dalam semua hal dan selalu buruk sangka tentang niat orang – hampir semua orang.
  • Selalu mencari jawapan ke arah negatif. Contoh – ‘ala sure tak jadi punya. Cuba lah, mesti sama je macam sebelum ni’.
  • Kalau kita share tentang sesuatu achievement atau sesuatu yang bagus, pasti kita akan mendapat response menyakitkan hati atau mengatakan benda tersebut tak patut berlaku atau benda tersebut itu tidak benar.
  • You tunjukkan dia sesuatu ke arah positif, sure kena kritik habis.
  • Jika bercerita tentang kejayaan benar tentang seseorang mendapat wang dengan banyak, pasti kena tegur dengan teruk.
  • Dia akan bagitahu cara dia yang lebih hebat dari orang yang orang yang berjaya tadi.
  • Salah orang, salah orang, salah orang. Sentiasa je ada orang atau benda yang nak di salahkan atau kena hentam.
  • Even if you boleh tolong diorang settle masalah diorang hari ni, besok diorang tetap akan cari masalah lain untuk complain.

  Si pemusnah harga diri (self esteem)
  • Dari muka boleh tahu, monyok je memanjang.
  • Dia akan buat you rasa diri you teruk bila you banding dengan dia, buat rasa diri you kekurangan,     kadang2 dengan niat.
  • Suka membandingkan dan hentam orang lain – Contoh: Anda beli basikal baru untuk bawa suka2. Anda rasa bagus dan gembira dengan basikal baru anda. Jumpa dengan kawan negatif ni dia akan kata something like ‘oh, cantik basikal you. I ada juga tengok, tapi I tak suka sebab brake dia cepat haus.’ Why can’t they just be happy for you? Kata je la ‘ Oh, nice bike!’ pun dah buat orang happy, kan?                                                                                                                                          

Orang-orang macam ni memang suck the life out of you. They drain you and leave you to dry. You boleh go on berhari-hari fikir apa you buat salah dan tak tahu apa pun salah you.

So, macam mana nak menangani orang macam ni?
  • Bila mereka cerita pasal benda negative, beri jawapan yang pendek – oh/I see/Ok. Bila nampak mereka ke arah positif atau beri kata2 positif, walaupun ciput, beri kata2 semangat mengesahkan pendapat atau benda2 yang diorang buat.
  • Lepak berkumpulan. Kalau you lepak berkumpulan, semua orang yang ada akan serba sedikit tanggung perasaaan negatif orang tersebut. Kadang2 ada kawan anda pandai mengambil hati dan akan membawa keluar perasaan positifnya.
  • Pastikan apa objektif komen mereka – terutamanya jika komennya menyakitkan dan ditujukan kepada anda. Jika anda ada seorang kawan yang suka memberi komen negatif, membuat anda rasa kekurangan,cuba tengok bila dia borak dengan rakan2 anda yang lain. Adakah dia juga beri mereka komen negatif? Jika ya, komen dia tak semestinya kepada anda, itu  cuma cara dia. Anggap saja diri orang itu begitu.
  • Cerita topik-topik yang tak serius. Cerita pasal movies, sukan, hobi etc. Sebab mungkin ada sesetengah topik memang sangat sensitif utk dia – kerja, famili atau kewangan. Jadi cuba elak dari bertanya tentang topik2 ini.
  • Hadkan masa korang spend dgn mereka.
  •  Cuba untuk tidak menilai/mengagak tentang mereka – nanti kita pun jadi macam dia.
  •  Jangan cuba bagitahu mereka salah. Buang masa je. Bila berlawan dengan benda2 negatif, kita akan berikan ia kekuatan dan kuasa. Ingat kita cuma tunjuk arah yang kita rasa benar. Selebihnya adalah pilihan mereka.
Don’t let them get to you. Some people are not ready to change and don’t want to change. They probably have been let down way too much to see that things can turn for the better. Now days, when I meet these people, I try keep my positive side up and tell myself there is nothing wrong with me or what I am doing. Belajar untuk tukar topik perbualan dengan diorang dan hadkan masa anda dengan mereka. Yang penting, kena belajar bersyukur. Bila kita bersyukur the world seems like a better place. InsyaAllah and good luck!