Macam mana nak elak losers?


Baru2 ni, saya ajar kelas coaching saya dengan Hani (bukan nama betul).  Dia bercerita tentang hubungan dia dengan lelaki. Dia tiada masalah berhubung dengan lelaki, tetapi masalah dia adalah semua lelaki yang dia kenal adalah jenis yang bermasalah. Mungkin anda boleh panggil mereka losers (sorry guys, but this is real life -yg bukan jangan terasa).
Hani seorang graduan, kerja pun ok dan mempunyai hidup yang agak sederhana, tiada yang ekstrem - boleh katakan biasa. Sepanjang umur dia 20an dia ada ramai kawan lelaki tetapi tak menjalin apa2 hubungan. Apabila dia berganjak ke 30an dia merasa dirinya lebih yakin dan lebih berpengetahuan dalam menjalin persahabatan dengan ramai lelaki. Dia keluar dengan beberapa lelaki...namun tiada seorang pun yang dia minati keluar dengannya. Semua yang mengajak dia keluar adalah mereka yang sukakan dia.
Kami berbual agak panjang tentang mengapa hal ini berlaku. Dia hampir pasrah bahawa mungkin takdirnya begitu...untuk berkenalan dengan lelaki loser. Mengapakah hanya lelaki losers sahaja yang meminati dia?
Saya kasihan dengan situasi dia - dia hanya mahukan cinta dari sesorang yang boleh membimbing, mendengar rasa hati...setelah mendengar ceritanya dan hubungan2 yang dijalinkan, dia adalah antara cerita yang paling sedih saya dengar.
Tapi masih ada harapan untuk Hani. Saya sedar yang kesilapan Hani ialah dia menerima lelaki seadanya. Dia kurang keyakinan tentang diri dia. Dia hanya rasa yang dia hanya boleh menarik lelaki yang seperti itu sahaja. Apabila dia berkenalan dengan lelaki, kesemuanya memberitahu bahawa 1) mereka tidak sedia menjalin hubungan serius 2) mereka tidak mempunyai pekerjaan yang bagus/tetap 3)mereka banyak berhutang 4) mereka tak pasti jika Hani sanggup bersama mereka
Dan apakah yang Hani lakukan?Walaupun lelaki tersebut telah menjelaskan situasinya? 1)Dia membenarkan dia masuk dalam hidup dia. 2)Dia terima dia seadanya. 3)Dia mengharap yang lelaki itu akan berubah.
Minggu bertukar ke bulan...lelaki tersebut tidak menunjukkan apa2 minat untuk mempunyai hubungan yang lebih serius. Tapi dia masih bersama Hani. Oleh kerana Hani membenarkan dia masuk ke dalam hidupnya, dia masih di situ - mungkin kerana Hani satu2nya perempuan yang melayan dia, membantu dia. Tapi adakah dia sebenarnya mahukan Hani? Mungkinkah dia akan tinggalkan Hani jika dia bertemu dengan perempuan lain yang boleh menerimanya? Walau kurang pasti hala tuju hubungannya, Hani masih tidak mahu berganjak kerana padanya lelaki ini adalah yang terbaik baginya kerana dia belum tentu boleh dapat lelaki yang lebih bagus dari dia.

Jika anda dalam situasi sama macam Hani, saya  nasihatkan untuk mendengar semua isyarat yang lelaki berikan anda. Jika mereka kata mereka belum bersedia, mereka perlukan masa, mereka mahukan ruang untuk berfikir - itulah maksud mereka! Jadi jangan ambil ringan, jangan anggap mereka akan ubah fikiran dalam masa terdekat. Mereka memang beritahu keadaan sebenar. Dia menerima lelaki seperti ini dalam hidupnya. Jika anda tidak mahu menarik lelaki seperti ini dalam hidup anda, jangan terima mereka dalam hidup anda. Layan semua lelaki sama. Jangan jual mahal kepada mereka yang anda tak suka dengan harapan mereka akan hilang minat terhadap anda. Mereka akan lebih berminat dan ingin memiliki anda kerana mereka merasakan ianya seperti satu cabaran yang perlu mereka atasi. Saya nasihat kepada Hani untuk membuka hatinya untuk berkenalan dengan lelaki lain, dengar apakah maklumat2 yang diberikan lelaki, seperti apa yang mereka mahukan, inginkan. Hani perlulah lebih yakin yang dia boleh berkenalan dengan lelaki yang lebih positif. Antara perkara Hani boleh lakukan: 

  • Jauhi diri anda dari tempat2 anda kenal losers ini
  • Lebih terbuka untuk berkenalan dengan lelaki di tempat2 anda tidak terfikir
  • Mulai percaya tentang apa anda rasakan tentang lelaki
  • Jika anda berkenalan dengan lelaki anda suka, tuliskan sebab-sebab atau cara anda boleh sabotaj hubungan anda dengan si dia - dan elak sabotaj hubungan anda
  • Losers akan tertarik kepada mereka yang lemah kerana mereka adalah sasaran mudah untuk diperalatkan
  • Jangan cuba nak "fix" situasi mereka
  • Pentingkan diri anda  sedikit dan matlamat diri anda

 Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut tentang kelas bimbingan (coaching class), hubungi contact@findmychemistry.com.

Tanda yang anda dah tak berminat dengan si dia


1.Anda suka whatsapp/text sahaja dari call. Kalau orang bercinta selalunya dia akan luangkan masa untuk telefon macam mana sibuk sekali pun. Kalau anda tiba2 rasa ada benda lagi penting nak buat, maybe it's time to figure out apa yang anda nak.


2. Dia back up anda. Dalam drama, wayang bolehlah. In real life it's a bit self centred lah kan. No one wants to be a back up. Imagine if you were a back up.

3. Asyik cancel jumpa dia. Bila anda asyik cancel nak jumpa dia over friends and family, atau create alasan untuk tak jumpa, tu maknanya dah takde hati. Mungkin anda dalam relationship tu sebab tak nak jadi single. Bila anda jumpa seseorang yang lagi hebat, korang akan dump dia. 

4. Korang okay flirt dengan orang lain. Kenapa be in a relationship kalau nak flirt dengan yang lain?

5. Kawan2 korang tak kenal dia siapa. Maybe awal2 tu faham juga tapi kalau dah lebih 6 bulan mungkin korang sendiri tak pasti tentang hubungan tu. (Unless kawan korang asyik kebas, tu lain cerita).

6. Anda ready je nak gaduh dengan dia. Kalau hal2 kecil pun korang cari hal, maknanya mungkin korang tak berani nak break up tapi harapkan dia yang akhirkan.

7. Asyik kritik atau sindir dia. "Cakap perlahan sikit boleh tak?" "Makan elok2 sikit boleh tak?", "tak ada baju elok lagi ke nak pakai?" Baik anda kaji balik kenapa asyik kritik atau sindir dia dan terus terang.

8. Anda takde rasa apa2 bila dia share something yang menggembirakan. Dia dapat promotion, kerja baru, naik gaji, menang sesuatu atau apa2 saja yang buat dia happy. Walaupun anda senyum tapi dalam hati anda rasa tak senang, tak kisah atau tak berminat. Kalau anda lagi ambil tahu tentang  relationship atau kejayaan kawan-kawan, rasanya anda kena fikir balik tentang hubungan anda.

9. Bila anda tak dapat nak luahkan perasaan anda kepada dia - yang anda sukakan dia, ingin bersama dia dll. Mulut macam berat je nak cakap. 

10. Bila anda pernah atau selalu terfikir nak break up dengan dia. People who are happy together don't think about breaking up. Kalau anda dah melalui benda-benda ni dan terfikir, mungkin kena fikir balik jika hubungan anda adalah sesuatu yang anda mahukan.

Photos from Melur&Thyme KLCC 27.10.2013

Minggu baru ni 27.10.13 (Ahad lepas) was the singles mixer di Melur&Thyme di KLCC. Jika anda mahu join mixer yang seterusnya pada bulan Disember, anda boleh email terus ke contact@findmychemistry.com untuk updates tentang mixers yang akan datang.

Apakah itu singles mixer/meet up? Singles mixer ialah gathering kecil antara mereka yang singles untuk bersosial dan berkenalan. Jika anda jarang keluar, mixer ini adalah satu cara yang bagus untuk berkenalan dengan ramai orang dalam masa yang cepat. Bergantung pada anda, anda boleh gunakan mixer ini untuk tujuan mencari pasangan, kawan sosial dan sebagainya. Perhubungan perlu dipupuk so you can't expect that bila you datang mixer, you suka someone and ada orang suka you balik, things will go smoothly. Take time to get to know the person, start off by asking them out for a date or invite them to do some social activities. Good luck!

Kalau ada soalan lain tentang mixer, atau kelas coaching untuk wanita hubungi contact@findmychemistry.com.

Blog owner with Mimi Salleh, author of Bujang OK