Membina Keyakinan Diri

#1 of day 2 Ramadan
Ramadan ini seperti satu masa yang bagus untuk saya tulis serba sedikit tentang keyakinan.Sekali sekala saya akan jumpa mereka yang ambil kelas dengan saya untuk belajar tentang hubungan bila sebenarnya mereka lebih cenderung untuk belajar tentang keyakinan. So saya terfikir untuk tulis sedikit setiap hari pada Ramadan ini tentang keyakinan diri. Saya cuba selitkan latihan keyakinan untuk anda buat.

Ramai yang rasa mereka kurang yakin bila mereka rasakan mereka kurang menarik, mereka kurang dari segi kewangan, pelajaran, pekerjaan yang tidak bagus. Tetapi keyakinan ini sebenarnya tidak perlukan anda ada duit berjuta, rumah besar, barang mewah,kerja bagus.

Ada seorang millionaire ni..dia dapat jemputan ke sebuah event di mana orang2 lain yang successful pun attend. Bila dia sampai, dia rasa macam dia rasa tercabar dan hilang sedikit keyakinan bila sedar mereka yang hadir mempunyai harta yang lebih banyak, yacht yang lebih hebat dan macam-macam lagi. Dia bertambah upset bila dia jumpa seorang lelaki yang pernah pergi serata dunia dan menginap di hotel2 mewah dan makan di restoran mechelin dengan percuma (atas jemputan) dimana dia membayar beratus ribu untuk menginap/makan disitu.

First step (untuk saya), kualiti yang akan menetapkan samada orang akan sukakan anda/sayangkan anda dan juga untuk diri anda sendiri, ialah untuk menerima/diterima - acceptance. Facts is facts. Kita boleh ubah diri kita untuk jadi lebih bagus - kita boleh belajar, kerja kuat,workout dan setengah benda kita tidak boleh mengubahnya. It's nice to have tons of money but you still can be happy with what you have.

Cuba fikirkan apakah yang anda mahu dari orang lain?Kritik tentang cara anda lakukan sesuatu?Sebab kenapa pendapat atau apa yang anda percaya tidak tepat? Tidak. Saya rasa ramai yang nak orang lain terima dia seadanya -cara anda,  pendapat anda dan lain lain.

So, step one, accept who you are, the good and the bad. Plus, kalau kita tak accept orang lain atau diri kita sendiri, orang lain juga tidak akan terima kita.You may not show, but people can sense.


Latihan
Pada zaman sekarang,kita banyak terikut media hiburan, gaya hidup selebriti, mereka yang kaya raya atau mereka tercantik di dunia. Tetapi itukan sebenarnya mungkin 1-2 orang dalam beribu orang?
1) jadi, fikirkan hidup anda jika dibandingkan dengan mereka yang hidup daif didunia ini. Tentunya kita jauh lebih baik walaupun tidak ada segalanya. (bersyukur)

2) Cuba bandingkan diri anda dengan orang lain kat Malaysia ini. Jangan bandingkan mereka yang top 10 billionaire. Bandingkan dengan kawan-kawan anda yang terpaksa ada 2 pekerjaan untuk tampung diri dan keluarga,bandingkan dengan mereka yang terpaksa berhenti sekolah untuk menampung adik-adik belajar. Mungkin anda tidak lalui perkara sebegini.

3) Tulis 10 kualiti bagus tentang diri anda - anda boleh mulakan dengan anda seorang yang rendah diri, baik hati, tidak sombong...tulis sehingga 10. Simpan di handphone atau buku nota dan baca tiap2 hari.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (Adz-Dzariyat, 51: 20, 21)


Bersambung...

Mencari wanita bujang, antara 23-30 tahun

Mencari wanita 23-30 tahun, Muslim, menetap diKuala Lumpur, berbahasa Inggeris, menuntut ataupun bekerja untuk seorang lelaki berumur 25 tahun, Muslim, warga negara Kurdistan, sedang membuat Masters beliau disini untuk tujuan berkenalan untuk berkahwin.

Jika anda berminat, sila hubungi saya terus untuk maklumat lanjut.
contact@findmychemistry.com atau whatsapp 0176116432.