Basically seorang kawan yang
korang dah lama kenal, mungkin suka tapi tak pernah nak cuba ajak dia keluar 1
to 1 – maybe sebab dah lama sangat dah kawan, takut dia tak rasa apa yang anda
rasa, takut spoil friendship dan macam2 lagilah.Selalunya mereka deny yang
diorang ada apa2 tapi spend masa yang sangat banyak utk orang tu samada dari
segi fizikal atau emosi . Contohnya: borak berjam2 tentang masalah ofis, pergi
kenduri bersama, belikan benda2 mereka suka, selalu mendengar keluhan dan
memberi pandangan positif, buat benda2 menarik bersama (tak kira berdua atau
dengan kawan2 lain dan lain-lain.
Kalau ikut Wikipedia, katanya ‘to
be difficult to move beyond that point in a relationship’. Is this a lost hope?
Bagaimana jika anda rasa anda nak bagi one last try sebelum anda decide nak
move on atau start cari teman lelaki/perempuan dengan serius?Selalunya lelaki
atau perempuan kita akan cepat letak orang ini di kategori ‘kawan’ /’boleh
lebih dari kawan’. Bila once mereka dah letak kita dalam kategori tersebut,
susah untuk mereka mengubah fikiran. Memang susah tapi kalau anda hint dengan
betul, insyaAllah masih ada harapan.
Ada banyak cara-cara untuk mula
tunjuk – dan kalau dia sedar mungkin dia boleh terima (kecuali dia dah start
jumpa orang lain). Waktu terbaik utk start buat ialah waktu masing-masing
single…kalau dah jumpa orang lain tu, maybe it’s best you pun move along.
Tapi tip penting yang you boleh
buat bermula hari ini ialah –JANGAN JADI RELATIONSHIP THERAPIST DIA. Lepas ni,
stop dan jangan lagi melayan cerita dia keluar dengan mamat ni la, minah ni…kenapa
mamat ni buat macam tu la, kenapa perempuan tu buat macam ni la….dan you pun
dengan baiknya kata…tu lah you, buat la macam ni, macam tu….dengan memberikan
lagi kata2 semangat untuk dia pursue dengan orang tu dan tutup sendiri apa2
peluang untuk cuba keluar dengan si dia. Dia akan menganggap anda sebagai kawan yang baik dan
setia kerana selalu ada untuk support dia di masa susah dan senang.