Soalan umum:
- Mengapa kamu berminat untuk menikah pada waktu ini?
- Kalau ada satu benda tentang diri anda yang anda boleh ubah, apakah ia?
- Apakah ciri2 yang anda cari dalam seseorang pasangan?
- Bagaimana anda menerangkan tentang diri anda? (saya seorang yang pendiam, teliti, etc)
- Apakah pencapaian tertinggi dalam hidup anda hingga kini?
- Ceritakan 3 kisah yang anda telah melalui yang menjadi antara pengajaran penting dalam hidup anda.
- Apakah matlamat hidup anda?Apakah yang ingin anda lakukan sebelum anda meninggal?
Deen (Cara hidup Islam)
- Apakah perkara yang ingin anda perbaiki sebagai seorang Islam? (solat, puasa, amalan2)
- Berapa kali sehari anda solat? Bagaimana pula di tempat kerja?
- Berapa banyak surah dalam Quran yang telah anda hafal?
- Adakah anda berpuasa penuh di bulan Ramadan?
- Adakah kamu prihatin terhadap pengambilan makanan halal?
- Kamu pergi solat Jumaat?
- Adakah kamu mementingkan wanita yg menutup aurat sebagai calon isteri? Bagaimana dengan lelaki?
- Anda telah pergi mengerjakan umrah/haji? Bilakah anda ingin / berniat untuk pergi?
Keluarga:
- Adakah pendapat keluarga kamu/saudara mara kamu penting?Sampai mana tahap yang anda benarkan mereka memberi pendapat atau mengarah kamu melakukan sesuatu?
- Apakah peranan mereka dalam menentukan keputusan penting - perancangan perkahwinan, menjaga anak, bercuti dan lain2?
- Di mana kamu akan tinggal setelah berumah tangga?
- Adalah kamu selesa jika ahli keluarga lain tinggal bersama, terutama apabila mereka semakin membesar/ tua?
- Berapa banyak masakah kamu akan luangkan untuk keluarga kamu - berjumpa/menelefon?
- Apakah yg anda mahu/tidak mahu dari melihat cara hidup keluarga ibu bapa kamu?
Pekerjaan:
- Apakah perancangan kerjaya anda?
- Adakah anda berdua akan bekerja?
- Berapa jam anda akan peruntukkan untuk bekerja sehari?
- Adakah anda sanggup berpindah jika suami/isteri anda perlu bertukar tempat kerja?
- Bagaimana anda akan membahagikan masa kerja dan keluarga?
- Adakah anda akan menyokong jika si dia ingin melanjutkan pelajaran (atau sebaliknya)?
- Bagaimana si dia akan menyara anda jika salah seorang melanjutkan pelajaran?
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan