- Apa aktiviti2 yang si dia minat di waktu lapang?
- Berapa banyak masa anda luangkan untuk menonton tv?
- Apakah minat yang akan anda kongsi dengan si dia?
- Berapa banyak masa yang anda ingin luangkan sendirian?
- Apakah pandangan anda tentang percutian berasingan?
Kehidupan Sosial
- Berapa banyak masa anda/si dia ingin luangkan bersama kawan-kawan?sebagai pasangan?bersama keluarga?sendirian?
- Apakah pandangan anda/si dia tentang mempunyai kawan yang berlainan jantina?
Tempat Tinggal
- Di mana anda mahu tinggal?Mengapa?
- Adakah anda mahu tinggal dekat dengan keluarga kamu?sedara mara kamu?
- Adakah anda suka tinggal di bandar? di kampung?
Anak
- Berapa ramai anak anda mahu?
- Bilakah anda rasa anda/si dia bersedia untuk menimang cahaya mata?
- Bagaimana anda akan membahagikan tugasan menjaga anak? (siapa jaga malam?siapa tukar lampin?dll)
- Apakah yang anda rasa penting untuk mengajar anak2?
- Apakah pandangan anda tentang cara menjaga anak?Adakah anda akan merotan?
- Adakah anda akan mengambil pembantu untuk menjaga anak anda?atau hantar ke rumah asuhan?tinggalkan bersama ibu bapa/sedara mara dll?
- Bagaimana anda akan pastikan anak anda akan mendapat pelajaran agama yang baik?
- Apakah yang anda akan lakukan jika anda tidak boleh mendapat anak?
Kewangan
- Berapa banyak akaun simpanan perlu anda ada?akaun semasa?bersama?
- Siapa yang perlu bayar bil-bil?
- Bagaimana dengan hak milik sebelum bersama?
- Bagaimana anda akan membahagikan wang untuk rumah?diri sendiri?untuk kebajikan?
- Berapa banyakkah pasangan anda boleh berbelanja tanpa perlukan izin anda terlebih dahulu?
- Berapa banyakkah wang hantaran yang akan diberi atau patut diberi?
- Katakanlah anda dan si dia dalam situasi kewangan yang agak ketat dan tiba-tiba adiknya atau abangnya datang untuk minta wang pinjaman untuk memulakan perniagaan (di mana yang 2 sebelumnya tidak berjaya)adakah anda akan membenarkannya?
- Apakah 5 keutamaan yang penting bagi anda untuk perancangan kewangan?
Bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan