Selamat berpuasa;)
Ramadhan Kareem!
Assalamualaikum,
Find My Chemistry ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kalau ada yang tersinggung, tersalah kata atau adanya kesilapan yang lain.
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang lebih bermakna kepada kita semua.
Semoga Allah akan menerima puasa kita, solat kita, ibadah dan segala niat dan kebaikkan yang kita lakukan di Ramadhan ini, insyaAllah.
Marilah kita sama2 melakukan yang terbaik Ramadhan ini, kerana hanya Allah yang tahu jika kita akan bertemunya di tahun depan lagi.
Ramadhan Mubarak,
Find My Chemistry Team

Soalan-soalan yang anda patut tanya bakal pasangan hidup anda - bahagian 1
Ini adalah antara soalan penting yang anda harus fikirkan sebelum berkahwin. Ianya boleh membantu anda menilai hal-hal penting berkenaan perkahwinan. Anda boleh tanyakan calon anda atau kepada diri anda sahaja. Anda juga boleh tanyakan pendapat kawan2 si dia berkenaan soalan2 ini. Sesetengah soalan mungkin akan berbunyi kurang Islam tetapi ianya sesuai dengan kenyataan hidup aliran zaman sekarang yang jika tidak di ambil perhatian mungkin boleh menyebabkan situasi yang tidak diingini di masa akan datang.
Soalan umum:
Soalan umum:
- Mengapa kamu berminat untuk menikah pada waktu ini?
- Kalau ada satu benda tentang diri anda yang anda boleh ubah, apakah ia?
- Apakah ciri2 yang anda cari dalam seseorang pasangan?
- Bagaimana anda menerangkan tentang diri anda? (saya seorang yang pendiam, teliti, etc)
- Apakah pencapaian tertinggi dalam hidup anda hingga kini?
- Ceritakan 3 kisah yang anda telah melalui yang menjadi antara pengajaran penting dalam hidup anda.
- Apakah matlamat hidup anda?Apakah yang ingin anda lakukan sebelum anda meninggal?
Deen (Cara hidup Islam)
- Apakah perkara yang ingin anda perbaiki sebagai seorang Islam? (solat, puasa, amalan2)
- Berapa kali sehari anda solat? Bagaimana pula di tempat kerja?
- Berapa banyak surah dalam Quran yang telah anda hafal?
- Adakah anda berpuasa penuh di bulan Ramadan?
- Adakah kamu prihatin terhadap pengambilan makanan halal?
- Kamu pergi solat Jumaat?
- Adakah kamu mementingkan wanita yg menutup aurat sebagai calon isteri? Bagaimana dengan lelaki?
- Anda telah pergi mengerjakan umrah/haji? Bilakah anda ingin / berniat untuk pergi?
Keluarga:
- Adakah pendapat keluarga kamu/saudara mara kamu penting?Sampai mana tahap yang anda benarkan mereka memberi pendapat atau mengarah kamu melakukan sesuatu?
- Apakah peranan mereka dalam menentukan keputusan penting - perancangan perkahwinan, menjaga anak, bercuti dan lain2?
- Di mana kamu akan tinggal setelah berumah tangga?
- Adalah kamu selesa jika ahli keluarga lain tinggal bersama, terutama apabila mereka semakin membesar/ tua?
- Berapa banyak masakah kamu akan luangkan untuk keluarga kamu - berjumpa/menelefon?
- Apakah yg anda mahu/tidak mahu dari melihat cara hidup keluarga ibu bapa kamu?
Pekerjaan:
- Apakah perancangan kerjaya anda?
- Adakah anda berdua akan bekerja?
- Berapa jam anda akan peruntukkan untuk bekerja sehari?
- Adakah anda sanggup berpindah jika suami/isteri anda perlu bertukar tempat kerja?
- Bagaimana anda akan membahagikan masa kerja dan keluarga?
- Adakah anda akan menyokong jika si dia ingin melanjutkan pelajaran (atau sebaliknya)?
- Bagaimana si dia akan menyara anda jika salah seorang melanjutkan pelajaran?
Bersambung...
Mengambil hati kawan-kawan dan keluarga si dia
Dalam suatu hubungan yang penting hanyalah kamu dan dia. Tapi dalam dunia yang nyata, kita tidak hidup berdua...semua orang yang berkait dengan si dia akan mempunyai pandangan tersendiri tentang kamu, samada baik atau tidak. Dan hanya dengan 1 pendapat negatif sahaja boleh menyebabkan masalah. Ini antara tips yang anda boleh guna untuk menjadi 'si dia' yang di sukai / di terima oleh kawan2 dan famili dia.
1. BFF (best friend forever) dia
Apa yang bff dia risaukan: awak mungkin seorang loser atau jerk macam yang lepas. BFF dia akan perasan dengan cepat kalau anda sama saja macam loser boyfriend(s) dia yang lepas-lepas. Mungkin dia menjauhkan diri untuk berkenalan atau memberi pendapat/sokongan terhadap anda.
Penyelesaian: Cuba jadi kawan kepadanya - dan jadilah kawan yang benar.Ambil tahu tentang masalah kawannya....berikan pendapat yang bertimbang rasa dan jujur.Dengar dengan baik apabila mereka bercerita tentang lelaki losers mereka pernah jumpa. Anda boleh dapat tahu dan mengelak untuk tersenarai dalam kategori lelaki-lelaki losers yang mereka kenal.
2. EX dia yang mesra
Apa yang ex dia risaukan: dia akan dilupakan. Perjumpaan minum kopi yang sekali sekala akan tidak ada lagi dan akan tertumpu pada anda sahaja, menambahkan lagi kerisauan yang ex dia sendiri mungkin tidak perasan.
Penyelesaian: Kebolehan si dia untuk berkawan dengan seseorang yang dia pernah mempunyai hubungan menunjukkan dia matang - jadi janganlah menunjukkan anda begitu curiga kerana ia akan menunjukkan yang anda jealous tak kena tempat dan tidak berkeyakinan. Buatlah ex dia rasa seperti dia sebahagian dari hidup si dia tanpa perlu adanya exnya bersama. Kalau anda terserempak di mana2, act relax dan casual tak perlu nak lari pecut 100m atau bermasam muka. Dengan cara ini anda menunjukkan yang anda tidak rasa tergugat tentang hubungan anda dan si dia.
3.Mak dia
Apa yang mak dia risaukan: kamu dekati dia dan melukakan hatinya
Penyelesaian: Kalau harijadi si dia dekat atau ada ada sesuatu yang akan diraikan (kenaikan pangkat dll) rancangkan lah dengan ibunya untuk menyambut hari tersebut. 'Baiknya budak ni' ;)
4. Bapa dia
Apa yang bapa dia risaukan: kamu tak boleh bagikan kehidupan yang sepatutnya dia dapat. Walaupun si dia ada pekerjaan/karier yang baik, seorang bapa akan sentiasa risau samada anak perempuannya di jaga dengan baik.
Penyelesaian: Jangan cerita pasal gaji atau berapa banyak wang anda miliki dari hasil pekerjaan anda sekarang. Ceritalah tentang pelaburan jangka masa lama seperti rumah, kalau bapanya masih bekerja tanyakan tentang apakah persediaan dia untuk persaraan. Selain memuji bapanya anda juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggung jawab tentang soalan kewangan yang memikirkan tentang masa hadapan.

Update mixer 15.7.2012
Mixer kali ni di Penang Village, Alamanda Putrajaya kali ni tak ramai yang datang sebab ramai yang cancel last minute atas urusan kerja, kesihatan dan macam2 lagi (yang sakit semoga cepat sembuh!). Ini antara mereka yang datang...seronok betul, siap posing ambil gambar lagi.
Sempena Ramadhan yang semakin hampir,kami ingin mengucapkan selamat berpuasa, semoga Ramadan ini menjadi Ramadan yang lebih bagus dari yang lepas untuk kita semua. Tiada perjumpaan singles akan diadakan sepanjang Ramadhan, perjumpaan seterusnya akan diadakan insyaAllah pada bulan Syawal nanti. Selamat berpuasa!

Singles Mixer/Gathering 15th July
Next mixer/gathering will be at Penang Village, Alamanda, Putrajaya.
Date: 15.7.2012, Sunday
Time: 3.30pm-6.30pm
Fee: RM60 (inclusive of f&b)
Date: 15.7.2012, Sunday
Time: 3.30pm-6.30pm
Fee: RM60 (inclusive of f&b)
Langgan:
Catatan (Atom)