Macam mana suami nak tengok isteri dia sentiasa cantik dan kemas, begitu lah juga wanita. Nabi SAW selalu mulakan dgn miswak bila dia pulang dan sukakan bauan yang paling wangi.
2. Berikanlah dia nama panggilan yang dia suka
Panggilah isteri anda dengan nama yang manis. Rasulullah pun ada bagi nicknames kat isteri-isteri dia.
Ingatlah, anda satu2 boyfriend dia dan kawan terbaik. Wanita suka bila diberitahu mereka disayangi, jadi, bagitahulah padanya. Talifonlah dia dari ofis, tanyakan dia sudah makan atau belum dan khabar.
3. Jangan cepat marah
Seorang isteri mungkin melakukan perkara elok sepanjang hari- suami tidak perasan hinggalah dia melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan si suami. Anda harus focus dan lihat segala kebaikkan yang dia lakukan selama ini.
Janganlah terlampau marah sekiranya seorang isteri sedih atau berkecil hati terhadap kamu. Peganglah atau peluklah dia. Beritahu anda sayangkan dia dan mahu berbincang dengan elok sekiranya ada salah faham.
4. Hargailah dia
Contohnya setelah dia masak berjam-jam anda makan dan memberitahu dia yang makanan terlebih garam. Fikirkan bagaimana perasaan dia. Beritahu dia anda berterima kasih dia meluangkan masa untuk masak untuk anda.
Hantarkan dia email,berikan dia hadiah…buku ke, tudung ke…ais krim ke yang hanya untuk dia pada bila2. Anda tak perlu berikan dia intan permata untuk dia merasa dihargai.
5. Have fun
Buatlah lawak jenaka dengan isteri anda. Wanita gemarkan suami yang boleh berjenaka. Isteri akan sangat menghargai seorang suami yang boleh buat dia tersenyum.
6. Jadilah yang terbaik untuk dia
Selalulah berdoa agar perkahwinan anda berjaya. Ramai yang bercerai pada zaman sekarang, jadi jika anda masih berkahwin atau akan berkahwin, selalulah doa supaya perkahwinan anda dirahmati Allah.
Dialah kawan baik anda –ceritakan lah segala masalah dengan dia kerana dialah yang mungkin akan menjadi orang paling jujur dengan anda. Remember she is your garment and you are her garment, so hide her faults and mistakes.
InsyaAllah. Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan