" Saya tak bermaksud nak start an affair".
Ramai orang cakap macam ni...and most of them tak pernah ada intention untuk
menyakitkan hati pasangan mereka. Umumnya mereka adalah orang yang comitted
terhadap perhubungan mereka tetapi mereka tak gembira. Takde orang yg happy
dalam hubungan mereka nak mulakan satu hubungan yang lain. Mungkin mereka
sangat tak gembira, mungkin sedikit tak gembira. Mungkin juga mereka tak pernah
ada niat utk memulakan hubungan sulit dan tiba2 ada orang yang memasuki hidup
mereka. Selalunya mereka start small dan lama2 mereka nak tahu lebih. Perlahan2
mereka berkenalan. Selalunya pada permulaan ia adalah sesuatu yg melibatkan
emosi. Macam mana ia berlaku, akhirnya mereka sedar yg mereka telah melanggar
batas. Dan selalunya mereka sedar bila mereka sudah terlanggar. Then perasaan
mix feeling bermula sebab ianya sesuatu yg mereka ingin tahu dan dapat, tapi
pada masa yang sama mereka rasa teruk sebab mereka tiada niat utk menjadi orang
yg jahat, the bad guy, the cheater.
Contohnya ada satu pasangan ni, Amir & Lina
(bukan nama betul). Lina sedih bila dapat tahu yg Amir mulakan sebuah hubungan
sulit, tapi pada masa yg sama dia tidak begitu terkilan kerana dia sendiri pun
berada dlm affair.
Ramai orang enter a relationship dengan fikir yang
pasangan mereka akan fill their emptiness, insecurities and after sometime bila
mereka tidak dapat, mereka akan cari ditempat lain. Mungkin seorang yang lebih
mengambil berat, lebih sexy, lebih pandai bergurau - utk mengesahkan (validate
them - I teach this in my class) harga diri dan apa yang mereka rasakan.
TV/media banyak sgt influence contohnya memberi
impression yg kita memerlukan sesuatu:
iklan tv tentang kereta - anda perlukannya
iklan tentang rumah besar - anda perlukannya
Pakai baju ni - anda akan nampak hebat dan lebih
diterima
dan mcm2 lagi.
Jadi bila Lina ada semuanya, tetapi masih percaya dia
tidak gembira atau tiada kegembiraan, dia pergi mencari.
But all is not lost! Mereka boleh tengok balik
kehidupan mereka...Ingat anda bertanggungjawab utk buat diri anda gembira dan
bukan orang lain. Bila anda sayang diri anda then anda boleh share perasaan
sayang anda dengan orang lain. Kita tak boleh meletakkan tanggungjawab untuk
menggembirakan diri kita pada orang lain dan memastikan mereka terus mengisi
diri kita dengan perasaan sayang & cinta.
- Belajar utk fokus pada diri anda dahulu, perbuatan
anda, tingkah laku anda dari fokus samada tingkah laku pasangan anda betul
- Niat adalah sangat penting dalam perhubungan. Sedar
yang anda ada pilihan utk niat utk belajar atau niat utk tidak disakiti. Lina
dan Amir sedar yg niat mereka utk belajar mengenal satu sama lain mengeratkan
mereka dan niat utk melindungi diri dari kesakitan (pain caused by emptiness)
cuma menjauhkan mereka
-terokai kebimbangan dan kepercayaan anda dari sibuk
ingin mengubah pasangan anda
Kadangkala anda perlu mengubah sesuatu dalam diri
anda dan belajar bertanggungjawab utk emosi diri anda. At this point both Amir
& Lina have no intention of continuing their affair.
Anyway, ini cuma cerita yg saya dengar.Ada banyak
masalah lain yg couples go through dan orang mulakan hubungan sulit atas macam2 sebab - tetapi ini rata2 sebab yg selalu saya dengar; unhappiness, unsatisfied, loneliness, never enough, etc.
* Saya bukan marriage councellor. Jika anda mempunyai
masalah, cakaplah dengan orang yg dipercayai seperti ibu bapa/adik beradik,
kawan2 rapat. Muslim marriage
counselling - Jawi, bahagian perkahwinan & pembangunan keluarga.