Dunia
internet sekarang telah banyak mengubah konsep pemalu/pendiam. Dulu, kalau anda
jenis outgoing, ianya ditentukan dengan berapa kerap anda keluar, berapa ramai
kawan anda ada dan aktiviti2 yg anda lakukan. Sekarang anda boleh jadi seorang
yg pendiam/pemalu tapi aktif di laman sosial membuat anda kelihatan seperti
anda seorang yg outgoing.
Jadi
macam kalau anda berkenalan dengan seorang yg pemalu/pendiam in real life?
Lainkan? So macam mana nak berkawan atau memikat hati mereka yg pemalu/pendiam?
1.
Terima mereka seadanya. Fahami yg mereka mungkin tidak berapa suka ke majlis2,
social gathering, atau suka bercakap in a group. Mereka mungkin sangat berbudi
bahasa, menghiburkan orang dengan cara mereka tersendiri bila bersosial dan
sangat memahami bila anda perlukan masa bersendirian.
2.
Fahami yg dia tidak suka situasi mengejut. Lebih baik anda memberi dia sedikit
maklumat tentang apa yg akan berlaku. Mereka mungkin suka keluar tetapi ianya
boleh menjadi sesuatu yg memenatkan. Jadi jangan rancang sesuatu yg
melibatkannya utk bersosial lepas satu event ke event yg lain.
3.
Jika mereka mahukan masa utk bersendirian, hormati mereka dengan memberi ruang
utk bersendirian (give them some space). Mereka kadang2 perlukan masa utk
recharge dan akan ok balik selepas sedikit masa. Jadi janganlah ambil hati bila
anda berhadapan situasi begini.
4.
Jangan tinggalkan mereka bila anda pergi ke majlis/acara sosial. Mereka akan
rasa janggal dan keseorang di majlis2 besar. Lagi ramai orang mereka perlu
bersosial, lebih banyak tenaga mereka perlukan. Bila pergi ke mana2 acara, keep
it brief atau fahami jika mereka mahu pulang awal dari suatu majlis.
5.
Kalau anda seorang yg outgoing, pastikan anda hubungi mereka utk update mereka
dimana anda berada. Mereka akan appreciate yg anda mengambil masa utk mereka.
Belajar utk berkata2 dengan menggunakan body language, senyuman jika anda ingin
mengambil hati mereka.
6.Orang
yg pemalu mungkin agak perlahan utk memberitahu apa mereka rasakan especially
kalau anda bergaduh atau berselisih faham. Anda mungkin fikirkan yg mereka
tidak kisah, tidak merasakan apa2 - mereka mungkin perlukan masa utk menyatakan
sesuatu hingga mereka benar2 pasti.
Jadi,
ambillah masa utk memahami mereka jika anda suka bersosial dan ingin memulakan
hubungan atau sedang berjumpa dengan seorang yang pemalu/pendiam.
saya seorang yang Pemalu dan Pendiam . . . :)
BalasPadamsalam bleh tak kite brkawan..sy pma
BalasPadamlu dan pndiam jgak