Memaparkan catatan dengan label hilang minat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hilang minat. Papar semua catatan

Bila benda berlaku terlalu cepat


Baru2 ni saya jumpa seseorang, yang kongsi dengan saya cerita yang saya dengar berkali-kali. Mungkin anda pernah mengalami atau sedang mengalami - perhubungan yang terlalu cepat.
(Yes, there are people who get married very quickly, but they are probably at the right place at the right time and met the right person.You can normally count just how many friends or people you know that had this happened to them).
Anyway, this lady, dia berkenalan dengan seorang lelaki ini melalui kawan2 dia - got along well and texted each other everyday for 2 weeks. Dia rasa macam dia faham everything that is happening in his life and that they understood each other. Satu hari, bila dia text lelaki tu dia tak jawab. Dia cuma jawab kemudian dia agak sibuk dan akan call nanti. Malam dia text, kata dia penat dan akan call besok. Besok dia tak text atau call langsung. The day after he apologies tapi makin lama dia makin kurang call atau text. Bila tanya what's wrong, dia kata tak ada apa2. Bila tanya you busy ke, ada problem at work...dia get upset and kata dia penat because of work. Then one day, dia hilang terus. Dia sedih, dia cuba contact, tak dapat langsung. Dia tak faham kenapa benda ni berlaku sebab things were really going well, he texted, called, met a few times and then simply dissapeared. 



1) Bunyi macam korang cepat sangat kenal - macam you tahu banyak pasal dia. Honestly, 2-3 minggu ialah time di mana korang masih nak kenal2.No, no, no. Korang tak kenal dia. 2 weeks? Nah.Korang mungkin ada idea dia ni jenis macam mana , tapi korang takkan tahu seseorang dalam masa 1-3 minggu. Dia cuma tunjukkan apa yang you nak - baik, loving, caring.

2) You nak percaya yang dia adalah untuk you. You rasa yang dia faham you dan dia rasa apa yang you rasa.You rasa sebab you dapat bertahan berwhatsapp dengan dia untuk 2,3 minggu, you ada something special going on. Dan kenapa benda tu tak real atau sebenarnya dia tak rasa apa you rasa? Dia hilang. Vanished into thin air. Kalau mamat tu betul2 suka dengan you, dia takkan hilang macam tu je. Logik kan?

3) Dia cerita banyak benda dan you rasa macam you faham each other sangat2. You guys connected. People who care about you don't just walk off one day and leave. Percayalah yang orang boleh cakap apa pun untuk dapatkan apa yang mereka nak (isi masa lapang, testing dll) dan lepas tu terus hilang.

So, jangan terlalu mengharap bila you berada dalam situasi macam ni. There is no 50 shades of gray. Sometimes the writing is on the wall. Memang it's hard to think yang ada orang boleh isi masa free time dengan you atau you antara 4-5 orang pilihan dia, tapi kadang2 memang macam tu. Dia bukan untuk you. Jangan buang masa tunggu.

Tanda yang anda dah tak berminat dengan si dia


1.Anda suka whatsapp/text sahaja dari call. Kalau orang bercinta selalunya dia akan luangkan masa untuk telefon macam mana sibuk sekali pun. Kalau anda tiba2 rasa ada benda lagi penting nak buat, maybe it's time to figure out apa yang anda nak.


2. Dia back up anda. Dalam drama, wayang bolehlah. In real life it's a bit self centred lah kan. No one wants to be a back up. Imagine if you were a back up.

3. Asyik cancel jumpa dia. Bila anda asyik cancel nak jumpa dia over friends and family, atau create alasan untuk tak jumpa, tu maknanya dah takde hati. Mungkin anda dalam relationship tu sebab tak nak jadi single. Bila anda jumpa seseorang yang lagi hebat, korang akan dump dia. 

4. Korang okay flirt dengan orang lain. Kenapa be in a relationship kalau nak flirt dengan yang lain?

5. Kawan2 korang tak kenal dia siapa. Maybe awal2 tu faham juga tapi kalau dah lebih 6 bulan mungkin korang sendiri tak pasti tentang hubungan tu. (Unless kawan korang asyik kebas, tu lain cerita).

6. Anda ready je nak gaduh dengan dia. Kalau hal2 kecil pun korang cari hal, maknanya mungkin korang tak berani nak break up tapi harapkan dia yang akhirkan.

7. Asyik kritik atau sindir dia. "Cakap perlahan sikit boleh tak?" "Makan elok2 sikit boleh tak?", "tak ada baju elok lagi ke nak pakai?" Baik anda kaji balik kenapa asyik kritik atau sindir dia dan terus terang.

8. Anda takde rasa apa2 bila dia share something yang menggembirakan. Dia dapat promotion, kerja baru, naik gaji, menang sesuatu atau apa2 saja yang buat dia happy. Walaupun anda senyum tapi dalam hati anda rasa tak senang, tak kisah atau tak berminat. Kalau anda lagi ambil tahu tentang  relationship atau kejayaan kawan-kawan, rasanya anda kena fikir balik tentang hubungan anda.

9. Bila anda tak dapat nak luahkan perasaan anda kepada dia - yang anda sukakan dia, ingin bersama dia dll. Mulut macam berat je nak cakap. 

10. Bila anda pernah atau selalu terfikir nak break up dengan dia. People who are happy together don't think about breaking up. Kalau anda dah melalui benda-benda ni dan terfikir, mungkin kena fikir balik jika hubungan anda adalah sesuatu yang anda mahukan.