2017 - Bagaimana nak communicate dengan lelaki atau perempuan?

Ni memang topik hangat. Setiap kali discuss atau dalam sesi one to one saya topik ni mesti keluar. Macam mana nak cakap dengan lelaki atau perempuan effectively? Bila cakap dapat respon yang lain atau takde respon langsung. Kenapa dia ok je mula2 lepas tu dah macam tak minat? Kenapa mamat ni aggressive sangat? So, sempena nak Ramadan ni dan juga sebab 2017 pun dah half way through, saya buat this session utk perempuan dan lelaki (separately of course). Rasanya ni fantastic time utk brush up for those yang single especially untuk time raya (yg masih kena jawab why you tak kahwin lagi). So I am including a few things on these topics - body language, how to start a conversation and continue a conversation, topics to avoid etc. Ladies 20.5.17/ Guys 21.5.17 (11am, Putrajaya)

 Kenapa dan siapa patut join this session?
 Kalau you single
 Have a hard time untuk bercakap sahaja
 Asyik tak tahu what when wrong
 Tak sure diri di mana walaupun ramai kenalan lelaki
Types of men ( ini topic popular ok?) - lepas you belajar benda ni you'll see men in a totally different way and boleh spot dia macam mana dan how to communicate with them especially to talk their language!

 Oh yes, ada session for men juga kali ni. Bertahun-tahun ada je kawan lelaki tanya Maya you tak buat for guys ke? So rasanya the time dah sampai. Sama juga topic kat atas ni cuma beza you belajar pasal perempuan, macam mana nak communicate dengan mereka. So contact saya via email findmychemistry@gmail.com atau whatsapp/pm saya for further info. InsyaAllah tak rugi ok? Share the love!

Cari jodoh 2016

Just for your info, I am still running this platform. If you are interested or would like to know how I can help, email me at findmychemistry@gmail.com. Will update more soon.
Maya

Program Ikhtiar Mencari Jodoh

Saya listkan kesemua kelas bimbingan saya dan menyenaraikan sebagai Program Ikhtiar Mencari Jodoh - sebab sememangnya ini adalah antara ikhtiar bagi sesetengah anda yang mencari kenalan, hubungan jangka panjang, perkahwinan dan cinta.

2017 dah hampir setengah tahun. Adakah anda telah melakukan sesuatu untuk mencari jodoh anda? Adakah anda masih tertanya-tanya bagaimana? Adakah anda masih menunggu seseorang yang tak pasti? Adakah anda masih tertanya mengapa tidak ada yang saya suka dan jika saya suka, mengapa mereka tidak sukakan saya kembali? Mungkin anda telah pergi banyak ceramah jodoh atau ceramah agama berkenaan jodoh. Namun masih ramai wanita yang saya jumpa kadang2 kala tidak tahu dimana untuk bermula berkenalan atau apakah yang patut dilakukan untuk merapati atau berpeluang untuk berkenalan.

Online Attraction 
Jom brunch/coffee sambil berbual, kongsi pengalaman berkenalan dengan lelaki/perempuan menggunakan sosial media, dapatkan tips tentang:

  • macam mana nak buat profil menarik online (tak kiralah fb ke or online match site),
  • macam mana nak elak dari spammers, scammers, orang menipu dan macam2 lagi
  • kenapa anda patut meramaikan kawan / kawan lelaki
  • kenapa anda jangan terlalu pada seorang lelaki shj yang bagi reaksi positif kepada anda
  • apa sebenarnya online dating/match dan gunanya
  • 3 jenis gambar patut letak 
  • mindset macam mana you patut ada
  • jenis2 orang yg gunakan online dating/media sosial utk berkenalan
  • siapakah sasaran anda?
  • macam mana untuk menarik perhatian agar mereka mesej kepada anda & langkah seterusnya (jika dia berhubung/tidak berhubung)

a)Asas persediaan diri mencari Mr Right (RM40) 
Adakah anda sedang mencari atau ingin melakukan sesuatu untuk mencari jodoh anda? Tetapi tidak tahu dimana anda perlu bermula? Siapakah mereka yang mungkin sesuai dan berkemungkian boleh menjadi jodoh anda? Atau adakah anda belum bersedia untuk berumah tangga tetapi inginkan kenalan? Asas persediaan diri ini boleh membantu anda mendapat ilham atau memberi anda pemahaman tentang:

  •  Fahami diri anda dan dimana anda berada sekarang
  •  Set minda yang betul – sangat penting!
  • Siapakah si dia yang anda mencari?
  • Adakah anda terlalu berangan-angan?
  •  Adakah perangai anda menghindari anda dari berkenalan atau menolak peluang berkenalan?
  • 6 kesilapan kerap yang dilakukan wanita yang menghadkan lelaki tertarik pada mereka
 b)Memahami personaliti harian dan dalam bercinta (RM40)
Cara saya mungkin agak berlainan. Saya suka berkenalan dengan orang untuk mengetahui tentang karakter seseorang. Sesetengah cara menarik perhatian orang yang digunakan orang lain mungkin tidak sesuai dengan anda. Boleh jadi anda seorang pemalu, seorang go getter, seorang yang pendiam dan banyak berfikir, seorang yang happy go lucky –semua orang mempunyai perangai tersendiri…dan orang yang anda suka juga mempunyai perangai tersendiri. Untuk memberi diri anda peluang atau untuk tahu jika anda perlu memberi masa kepada seseorang itu, anda boleh belajar tentang karakternya.

c)Kenali lelaki: Alpha vs. Beta males – bagaimana untuk membezakan dan siapakah mereka? (RM50)
Ramai wanita gilakan atau mahukan alpha male untuk menjadi pasangan, samada mereka sedar ataupun tidak. Mungkin zaman dahulu, dikategorikan alpha male seorang yang dapat melindungi kita daripada binatang buas, pandai mencari makanan, dapat memberi kita keperluan dan perlindungan. Bezanya sekarang seorang alpha male dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai pekerjaan yang bagus dan stabil, rupa fizikal, pandai berinteraksi dan juga intelek. Ini adalah perkara asas yang wanita akan cari untuk survive di masa sekarang. Ramai yang tahu tapi tidak faham lelaki alpha dan beta ini. Apakah keperluan masing2 dan yang manakah yang lebih sesuai untuk anda?

 d)Membina Keyakinan (dengan mereka sekitar anda dan lelaki) (RM60)
Keyakinan berbual & berinteraksi – tidak semua orang boleh berbual dan berinteraksi seperti kawan2 mereka yang lain. Jika anda pergi ke sesi personaliti, anda akan faham mengapa mereka bertindak seperti yang mereka bertindak. Ianya juga bergantung cara anda dibesarkan, bersekolah samada anda diajar untuk berbual dan berinteraksi dengan lelaki atau perempuan atau anda hanya lebih dengan perempuan.
Keyakinan ini sebenarnya bergantung pada apa yang anda tahu. Jika anda mempunyai satu minat yang sangat mendalam,  berkemungkinan anda akan tahu tentang ianya dengan bagus kerana ianya sesuatu yang anda sukakan, tahu dan peka. Tetapi, bila anda dikemukakan dengan topik yang anda tidak tahu anda akan merasa kurang yakin.
Jadi saya akan menyentuh 2 topik ini, bagaimana untuk anda menjadi lebih yakin untuk berbual dengan sesiapa sahaja, dan bagaimana untuk mengendali sesuatu situasi bila anda tidak tahu tentang perbualan tersebut atau tidak faham – terutamanya bila bergaul dengan lelaki.

Coaching lanjutan one to one – akan ditentukan selepas perjumpaan
Jika anda merasakan anda perlukan personal coaching dan bimbingan untuk membantu anda dengan kesemua sesi diatas, memerlukan sokongan dan penyelesaian masalah peribadi anda, anda boleh membuat temujanji dengan saya untuk berbincang dengan lebih lanjut.

Finding Mr Right - Program keseluruhan ' Ikhtiar Mencari Jodoh' dan topik2 lain yang menarik! Sila emel/whatsapp untuk maklumat lanjut.

Kelas-kelas ini akan saya adakan sepanjang November & Disember. 

Sesi percuma untuk wanita 19hb Oktober!

Minggu lepas saya telah buat satu sesi campur di It's A Grind, Cyberjaya, dimana kita berbincang tentang pengalaman masing2 berkenalan dengan lelaki & perempuan online, berapa lama masa mereka akan tunggu untuk mengajak seorang perempuan itu keluar, berapa banyak emel/inbox atau orang yang mereka akan tegur sebelum mendapat respon dan sebagainya.

Oleh kerana ada beberapa isu yang mungkin ketinggalan dan tips yang tak dapat dikongsikan bersama pihak wanita, saya mengadakan satu sesi lagi pada hari minggu ini, Ahad 19hb.  Jika anda mencari jalan utk berkenalan dengan lelaki, antara medium yang senang zaman sekarang adalah penggunaan sosial media. Tetapi dimasa yang sama selain dari menambah kenalan, kita juga akan berhadapan dengan scammers - tak kira wanita atau lelaki. 

Jadi, pada sesi hari Ahad ini selain dari berbincang tentang bagaimana untuk menambah kenalan online, apakah yang anda patut jangka dari berkenalan seseorang online dan macam-macam topik lain, kita juga akan bincang soal keselamatan dan bagaimana profil seorang wanita boleh menarik scammers ataupun mengelak mereka dan menarik perhatian mereka yang mencari.

Anda hanya perlu menjadi ahli http://findmychemistry.com untuk sertai sesi ini.


The Day of Arafah - Saturday,9th (in Malaysia)

The 9th day of Dhul-Hijja (the Month of Hajj) is called the Day of Arafah. It is the day during which Hajj pilgrims gather at the mount of Arafah praying and supplicating to the Almighty.
Fasting on the day of Arafah is an expiation for two years:
It is highly recommended (mustahabb) for non-pilgrims to fast during this day for the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) was asked about fasting on the day of Arafah, so he said, It expiates the sins (Minor) of the past year and the coming year.”(Muslim)
Allah frees slaves from the fire on Arafah more than any other day:
The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said, ‘There is no day on which Allah frees people from the Fire more so than on the day of Arafah. He comes close to those (people standing on ’Arafah), and then He revels before His Angels saying, ‘What are these people seeking.” (Tirmidzi).
Ianya juga antara hari terbaik untuk berdoa. Jadi jangan terlepas peluang untuk berdoa bagi anda yang mencari jodoh, menanti jodoh, mengharapkan ditemukan jodoh untuk berdoa. Doakan juga untuk pintu hati anda terbuka untuk menerima jodoh. Dan jika masa anda belum tiba, doa agar anda diberikan kekuatan untuk bersabar.
Antara doa anda boleh baca:
 An Nur ayat 26, Al Furqan ayat 74, Al baqrah 153 (kesabaran), Al Anbiya 89, Yusuf ayat 4, Yunus 81, Al-Harsh 21, Taha 1-5.
InsyaAllah.

Findmychemistry.com - Malaysia's local Muslim singles introduction site ;)

Just to remind everyone that our site findmychemistry.com is actually up and you guys can start registering. There is no "window shopping" first, so, if you are interested to search or be search you will need to register. 


There are a few tweaks in progress but do bare with us as hopefully it will give you all the convenience you need to contact and meet new people.

 Selain dari itu, satu kelas percuma akan diadakan untuk membantu anda yang tidak biasa mengguna sites seperti ini. Di kelas ini juga saya akan ajar bagaimana untuk anda menarik perhatian orang untuk berhenti dan melihat profil page anda. Apakah motif sebenarnya atau mindset yang anda patut ada apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan seperti ini? Mengapa anda banyak menarik minat mereka yang tidak berkualiti?Gambar bagaimanakah yang menarik perhatian dan mengapa perlunya anda meletakkan gambar pada profil anda...dan macam2 maklumat lain. Ini semua akan diadakan di It's A Grind, Cyberjaya, Ahad 12hb Oktober, 11pagi. 

Jika anda berminat, register dulu di findmychemistry.com dan kemudian baca maklumat selanjutnya di homepage untuk mendaftar diri. Saya cuma mengambil tidak lebih 8 orang satu sesi, jadi jika anda minat, cepat daftar ya!  Jika anda ada apa2 yang anda tidak pasti atau perlukan bantuan, klik sahaja pada contact us dan kami akan cuba membantu anda. Website masih agak baru, jadi mungkin tidak kelihatan seperti ramai yg telah daftar, tapi insyaAllah, dalam minggu yang akan datang, kami harap untuk melihat lebih ramai yang serta :) 

Congrats to Naza, and thank you to Ministry of Coffee and Explorer House, Siem Reap

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Naza kerana memenangi percutian percuma untuk 2 orang selama 2 malam di Explorer House, Siem Reap, Cambodia, termasuk airport transfer sempena pelancaran Find My Chemistry Online Portal tempoh hari.

Dengan ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Explorer House Siem Reap atas sumbangan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ministry of Coffee, Mont Kiara atas sumbangan makanan tambahan pada hari pelancaran. Everyone really enjoyed your mushroom! That was everyone's favourite :)

  1. Address: # 715 & 717, St 14, Mondul I, Svay Dangkum, Central Market, Cambodia


  • J-G-09, SohoKL, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, Mont Kiara
    50480 Kuala Lumpur, MalaysiaPhone: 0362115531
    Email: info@coffeecraft.asia