Memaparkan catatan dengan label sesi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sesi. Papar semua catatan

Sesi percuma untuk wanita 19hb Oktober!

Minggu lepas saya telah buat satu sesi campur di It's A Grind, Cyberjaya, dimana kita berbincang tentang pengalaman masing2 berkenalan dengan lelaki & perempuan online, berapa lama masa mereka akan tunggu untuk mengajak seorang perempuan itu keluar, berapa banyak emel/inbox atau orang yang mereka akan tegur sebelum mendapat respon dan sebagainya.

Oleh kerana ada beberapa isu yang mungkin ketinggalan dan tips yang tak dapat dikongsikan bersama pihak wanita, saya mengadakan satu sesi lagi pada hari minggu ini, Ahad 19hb.  Jika anda mencari jalan utk berkenalan dengan lelaki, antara medium yang senang zaman sekarang adalah penggunaan sosial media. Tetapi dimasa yang sama selain dari menambah kenalan, kita juga akan berhadapan dengan scammers - tak kira wanita atau lelaki. 

Jadi, pada sesi hari Ahad ini selain dari berbincang tentang bagaimana untuk menambah kenalan online, apakah yang anda patut jangka dari berkenalan seseorang online dan macam-macam topik lain, kita juga akan bincang soal keselamatan dan bagaimana profil seorang wanita boleh menarik scammers ataupun mengelak mereka dan menarik perhatian mereka yang mencari.

Anda hanya perlu menjadi ahli http://findmychemistry.com untuk sertai sesi ini.


Sesi Percuma Ahad 2.2.2014!

Jika anda berminat untuk mengetahui tentang kelas saya atau program lain, sila hubungi saya untuk temujanji Ahad ini, 2 Februari di KLCC. Ia adalah sesi pendek selama 30minit dimana kita akan membincangkan apa yang anda mahukan, matlamat dan kebimbangan anda. Kita juga akan menyentuh tentang apakah halangan yang anda hadapi dan sebagainya.Kemudian anda boleh pilih program yang sesuai dengan anda setelah menilai.
Sekiranya anda ada soalan lain atau soalan pendek berkaitan perhubungan anda boleh emel sahaja kepada contact@findmychemistry.com.


this is a short meet up session for you to ask me questions about my services and programmes, and find out how I can help you.

during this session, we will talk about:
1. what do you want to achieve? what are your goals and concerns?
2. What are your challenges?
3. find out which programme suits you, options and how it can help you.

If you have any questions, just email us.