Memaparkan catatan dengan label kelas percuma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelas percuma. Papar semua catatan

Program Ikhtiar Mencari Jodoh

Saya listkan kesemua kelas bimbingan saya dan menyenaraikan sebagai Program Ikhtiar Mencari Jodoh - sebab sememangnya ini adalah antara ikhtiar bagi sesetengah anda yang mencari kenalan, hubungan jangka panjang, perkahwinan dan cinta.

2017 dah hampir setengah tahun. Adakah anda telah melakukan sesuatu untuk mencari jodoh anda? Adakah anda masih tertanya-tanya bagaimana? Adakah anda masih menunggu seseorang yang tak pasti? Adakah anda masih tertanya mengapa tidak ada yang saya suka dan jika saya suka, mengapa mereka tidak sukakan saya kembali? Mungkin anda telah pergi banyak ceramah jodoh atau ceramah agama berkenaan jodoh. Namun masih ramai wanita yang saya jumpa kadang2 kala tidak tahu dimana untuk bermula berkenalan atau apakah yang patut dilakukan untuk merapati atau berpeluang untuk berkenalan.

Online Attraction 
Jom brunch/coffee sambil berbual, kongsi pengalaman berkenalan dengan lelaki/perempuan menggunakan sosial media, dapatkan tips tentang:

  • macam mana nak buat profil menarik online (tak kiralah fb ke or online match site),
  • macam mana nak elak dari spammers, scammers, orang menipu dan macam2 lagi
  • kenapa anda patut meramaikan kawan / kawan lelaki
  • kenapa anda jangan terlalu pada seorang lelaki shj yang bagi reaksi positif kepada anda
  • apa sebenarnya online dating/match dan gunanya
  • 3 jenis gambar patut letak 
  • mindset macam mana you patut ada
  • jenis2 orang yg gunakan online dating/media sosial utk berkenalan
  • siapakah sasaran anda?
  • macam mana untuk menarik perhatian agar mereka mesej kepada anda & langkah seterusnya (jika dia berhubung/tidak berhubung)

a)Asas persediaan diri mencari Mr Right (RM40) 
Adakah anda sedang mencari atau ingin melakukan sesuatu untuk mencari jodoh anda? Tetapi tidak tahu dimana anda perlu bermula? Siapakah mereka yang mungkin sesuai dan berkemungkian boleh menjadi jodoh anda? Atau adakah anda belum bersedia untuk berumah tangga tetapi inginkan kenalan? Asas persediaan diri ini boleh membantu anda mendapat ilham atau memberi anda pemahaman tentang:

  •  Fahami diri anda dan dimana anda berada sekarang
  •  Set minda yang betul – sangat penting!
  • Siapakah si dia yang anda mencari?
  • Adakah anda terlalu berangan-angan?
  •  Adakah perangai anda menghindari anda dari berkenalan atau menolak peluang berkenalan?
  • 6 kesilapan kerap yang dilakukan wanita yang menghadkan lelaki tertarik pada mereka
 b)Memahami personaliti harian dan dalam bercinta (RM40)
Cara saya mungkin agak berlainan. Saya suka berkenalan dengan orang untuk mengetahui tentang karakter seseorang. Sesetengah cara menarik perhatian orang yang digunakan orang lain mungkin tidak sesuai dengan anda. Boleh jadi anda seorang pemalu, seorang go getter, seorang yang pendiam dan banyak berfikir, seorang yang happy go lucky –semua orang mempunyai perangai tersendiri…dan orang yang anda suka juga mempunyai perangai tersendiri. Untuk memberi diri anda peluang atau untuk tahu jika anda perlu memberi masa kepada seseorang itu, anda boleh belajar tentang karakternya.

c)Kenali lelaki: Alpha vs. Beta males – bagaimana untuk membezakan dan siapakah mereka? (RM50)
Ramai wanita gilakan atau mahukan alpha male untuk menjadi pasangan, samada mereka sedar ataupun tidak. Mungkin zaman dahulu, dikategorikan alpha male seorang yang dapat melindungi kita daripada binatang buas, pandai mencari makanan, dapat memberi kita keperluan dan perlindungan. Bezanya sekarang seorang alpha male dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai pekerjaan yang bagus dan stabil, rupa fizikal, pandai berinteraksi dan juga intelek. Ini adalah perkara asas yang wanita akan cari untuk survive di masa sekarang. Ramai yang tahu tapi tidak faham lelaki alpha dan beta ini. Apakah keperluan masing2 dan yang manakah yang lebih sesuai untuk anda?

 d)Membina Keyakinan (dengan mereka sekitar anda dan lelaki) (RM60)
Keyakinan berbual & berinteraksi – tidak semua orang boleh berbual dan berinteraksi seperti kawan2 mereka yang lain. Jika anda pergi ke sesi personaliti, anda akan faham mengapa mereka bertindak seperti yang mereka bertindak. Ianya juga bergantung cara anda dibesarkan, bersekolah samada anda diajar untuk berbual dan berinteraksi dengan lelaki atau perempuan atau anda hanya lebih dengan perempuan.
Keyakinan ini sebenarnya bergantung pada apa yang anda tahu. Jika anda mempunyai satu minat yang sangat mendalam,  berkemungkinan anda akan tahu tentang ianya dengan bagus kerana ianya sesuatu yang anda sukakan, tahu dan peka. Tetapi, bila anda dikemukakan dengan topik yang anda tidak tahu anda akan merasa kurang yakin.
Jadi saya akan menyentuh 2 topik ini, bagaimana untuk anda menjadi lebih yakin untuk berbual dengan sesiapa sahaja, dan bagaimana untuk mengendali sesuatu situasi bila anda tidak tahu tentang perbualan tersebut atau tidak faham – terutamanya bila bergaul dengan lelaki.

Coaching lanjutan one to one – akan ditentukan selepas perjumpaan
Jika anda merasakan anda perlukan personal coaching dan bimbingan untuk membantu anda dengan kesemua sesi diatas, memerlukan sokongan dan penyelesaian masalah peribadi anda, anda boleh membuat temujanji dengan saya untuk berbincang dengan lebih lanjut.

Finding Mr Right - Program keseluruhan ' Ikhtiar Mencari Jodoh' dan topik2 lain yang menarik! Sila emel/whatsapp untuk maklumat lanjut.

Kelas-kelas ini akan saya adakan sepanjang November & Disember. 

Sesi percuma untuk wanita 19hb Oktober!

Minggu lepas saya telah buat satu sesi campur di It's A Grind, Cyberjaya, dimana kita berbincang tentang pengalaman masing2 berkenalan dengan lelaki & perempuan online, berapa lama masa mereka akan tunggu untuk mengajak seorang perempuan itu keluar, berapa banyak emel/inbox atau orang yang mereka akan tegur sebelum mendapat respon dan sebagainya.

Oleh kerana ada beberapa isu yang mungkin ketinggalan dan tips yang tak dapat dikongsikan bersama pihak wanita, saya mengadakan satu sesi lagi pada hari minggu ini, Ahad 19hb.  Jika anda mencari jalan utk berkenalan dengan lelaki, antara medium yang senang zaman sekarang adalah penggunaan sosial media. Tetapi dimasa yang sama selain dari menambah kenalan, kita juga akan berhadapan dengan scammers - tak kira wanita atau lelaki. 

Jadi, pada sesi hari Ahad ini selain dari berbincang tentang bagaimana untuk menambah kenalan online, apakah yang anda patut jangka dari berkenalan seseorang online dan macam-macam topik lain, kita juga akan bincang soal keselamatan dan bagaimana profil seorang wanita boleh menarik scammers ataupun mengelak mereka dan menarik perhatian mereka yang mencari.

Anda hanya perlu menjadi ahli http://findmychemistry.com untuk sertai sesi ini.


Understanding Your Personality

Pernah tak anda terfikir apakah personaliti anda? Dan personaliti anda ni lebih padan kepada siapa? Apakah personaliti pasangan anda?ibubapa?rakan pejabat? Kenapa setengah orang susah nak buat pilihan? Kenapa setengah orang direct ? Kenapa setengah orang macam tense je all the time? Kenapa setengah orang dia nampak happy je all the time?

On Saturday,  I had a personality class with a few people and it was fun! Ada yang mint choc chip with a hint of delight, ada yang strawberry and the delight. Hopefully with this class, they'll understand more about themselves - tak kiralah dalam perhubungan, kerja atau bisnes...even macam mana nak handle anak base on perangai dia.

Kelas ini mengajar tentang jenis2 perangai, perangai anda, perangai orang lain, bagaimana anda boleh bertindak dalam sesuatu keadaan - terutamanya dalam membuat pilihan. Jika minat, insyaAllah bulan depan ada lagi dan akan diupdate di blog & fb.



Liyana the strawberry with the delight :)

Preview Secrets to Finding Mr Right & Understanding who you are


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin!


Hari Sabtu ini, 22 Mac, saya akan adakan 2 acara di San Fransisco Coffee di Alamanda, Putrajaya (wanita sahaja):


1. 10.30pagi - 11.30pagi 
Preview Secrets to Finding Mr Right. Jika anda berminat untuk mengetahui tentanga kelas ini lebih lanjut anda boleh hadir preview ini. Kalau anda mahukan tips tentang bagaimana boleh menjadi mudah didekati dan macam-macam lagi, dijemput datang. Sila isi borang di sebelah kanan blog ini jika berminat untuk hadir.



12.00t/hari - 1.30t/hari
Kelas memahami personaliti anda. Kelas memahami personaliti anda boleh membantu anda memahami diri sendiri dan juga mereka disekeliling anda (perangai ibu bapa anda, kawan, kawan pejabat ataupun clients/potential clients anda untuk mereka yang buat sales). Kelas ini akan membantu anda untuk meramalkan perangai mereka untuk membuat pilihan, soalan yang akan ditanya oleh mereka dan sebagainya. Kelas ini adalah RM25 ( harga pengenalan) untuk bulan Mac & April ini.

Emel ke contact@findmychemistry.com atau whatsapp ke 0176116432 jika anda berminat. 

LADIES ONLY - Kelas Preview

Jika anda mempunyai masa Ahad ini, silalah ke kelas prebiu Secrets to Finding Mr Right untuk berbual dengan wanita2 bujang lain tentang pengalaman mereka dan mendapatkan tips dari saya! Sila sahkan paling lewat pada hari Sabtu (8.2.14).




Kelas Secrets to Finding Mr Right!

Berapa hari lagi kita akan melangkah ke 2014! Adakah anda bersedia? Adakah anda mempunyai new year's resolution? Ingin berkenalan dengan lebih ramai lelaki/perempuan? Ingin menunaikan janji kepada pasangan anda sedang berjumpa sekarang? Ingin berkahwin? InsyaAllah semua itu boleh berlaku.

Anyway, saya ingin update tentang kelas Secrets to Finding Mr Right percuma yang terakhir pada tahun ini 2013. Kelas ini akan diadakan pada:
Tarikh: 14hb Disember, Sabtu ini
Waktu: 10.30pagi
Tempat: San Francisco Coffee, Alamanda, Putrajaya

Ianya adalah kelas percuma untuk wanita sahaja dan anda boleh bawa kawan2 anda jika segan untuk datang seorang diri. 

Jika anda berminat sila isi borang disebelah kanan (Preview Secrets of Finding Mr Right) atau email ke contact@findmychemistry.com untuk pertanyaan lanjut.

KELAS PERCUMA - PREVIEW OF SECRETS TO FINDING MR RIGHT

Sempena Ramadan Mubarak ini, satu kelas PERCUMA diadakan Ahad ini 21hb Julai pada 10pagi -11.30pagi, untuk mereka yang single yang mahu melakukan perubahan dalam hidup mereka untuk mencari pasangan. Kami akan berikan nasihat, strategi dan doa-doa yang berkaitan dengan jodoh.

Hanya sedikit sumbangan untuk rumah anak yatim diminta http://yatimsemarak.blogspot.com. Berikut adalah pakej yang anda boleh sumbangkan:

Pakej A: Sahur sahaja RM15
Pakej B: Iftar sahaja RM20
Pakej C: Iftar dan duit raya RM25
Resit akan diberikan.



Jika anda berminat, sila hubungi 0176116432/ contact@findmychemistry.com untuk maklumat lanjut.