Memaparkan catatan dengan label 4 jenis personaliti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 4 jenis personaliti. Papar semua catatan

Personality class @ Avenue K

Satu lagi kelas personaliti, kali ini di Avenue K 11 Mei. Semoga dapat belajar macam mana nak handle sesetengah orang - kawan2 ofis, mak bapak, kawan dan dalam perkenalan. Good luck!




Understanding Your Personality

Pernah tak anda terfikir apakah personaliti anda? Dan personaliti anda ni lebih padan kepada siapa? Apakah personaliti pasangan anda?ibubapa?rakan pejabat? Kenapa setengah orang susah nak buat pilihan? Kenapa setengah orang direct ? Kenapa setengah orang macam tense je all the time? Kenapa setengah orang dia nampak happy je all the time?

On Saturday,  I had a personality class with a few people and it was fun! Ada yang mint choc chip with a hint of delight, ada yang strawberry and the delight. Hopefully with this class, they'll understand more about themselves - tak kiralah dalam perhubungan, kerja atau bisnes...even macam mana nak handle anak base on perangai dia.

Kelas ini mengajar tentang jenis2 perangai, perangai anda, perangai orang lain, bagaimana anda boleh bertindak dalam sesuatu keadaan - terutamanya dalam membuat pilihan. Jika minat, insyaAllah bulan depan ada lagi dan akan diupdate di blog & fb.



Liyana the strawberry with the delight :)

Preview Secrets to Finding Mr Right & Understanding who you are


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin!


Hari Sabtu ini, 22 Mac, saya akan adakan 2 acara di San Fransisco Coffee di Alamanda, Putrajaya (wanita sahaja):


1. 10.30pagi - 11.30pagi 
Preview Secrets to Finding Mr Right. Jika anda berminat untuk mengetahui tentanga kelas ini lebih lanjut anda boleh hadir preview ini. Kalau anda mahukan tips tentang bagaimana boleh menjadi mudah didekati dan macam-macam lagi, dijemput datang. Sila isi borang di sebelah kanan blog ini jika berminat untuk hadir.



12.00t/hari - 1.30t/hari
Kelas memahami personaliti anda. Kelas memahami personaliti anda boleh membantu anda memahami diri sendiri dan juga mereka disekeliling anda (perangai ibu bapa anda, kawan, kawan pejabat ataupun clients/potential clients anda untuk mereka yang buat sales). Kelas ini akan membantu anda untuk meramalkan perangai mereka untuk membuat pilihan, soalan yang akan ditanya oleh mereka dan sebagainya. Kelas ini adalah RM25 ( harga pengenalan) untuk bulan Mac & April ini.

Emel ke contact@findmychemistry.com atau whatsapp ke 0176116432 jika anda berminat. 

Apakah personaliti anda?


Ada pelbagai ujian tentang personaliti di internet, ada antara anda yang mungkin pernah belajar tentang personaliti di kursus kerja dan sebagainya. Jika anda mengaplikasikannya adalah mudah untuk anda memahami seseorang dan berinteraksi agar anda mudah difahami atau mesra dengan orang lain - bukan sahaja untuk kerja tapi dengan pasangan anda.

Terdapat 4 personaliti asas:
1) Merah (task oriented/outgoing)
Merah adalah mereka yang tegas, tidak ingin tahu tentang maklumat terperinci sesuatu tetapi fokus kepada outcome,tidak suka buang masa, pasti dan yakin dengan perkara mereka mahukan, tidak ramai kawan
2) Hijau (task oriented/reserve)
Anda seorang yang suka meneliti, kemas, suka mengikut prosedur, perlukan maklumat penuh sebelum membuat apa2 pilihan, lebih bersikap suka sendirian, punctual
3)Biru (people oriented/outgoing)
Anda seorang happy go lucky, pelupa, cepat mesra, pandai memberi motivasi, tidak suka duduk diam, suka berjenaka, sifat ingin tahu,pemaaf
4) Kuning (people oriented/reserve)
Anda seorang pendamai, tidak suka konflik, sensitif, sukar buat keputusan, baik hati, suka membuat orang selesa dengannya

APAKAH PERSONALITI ANDA?
HIJAU - ALBERT EINSTEIN, BILL GATES
MERAH - DONALD TRUMP, MARK ZUCKERBERG
BIRU - LADY GAGA, WALTER DISNEY
KUNING - PRINCESS DIANA, BONO

Seseorang akan mempunyai 1 perangai dominan, contohnya seorang berperangai 'hijau' diikuti dengan  perangai 'kuning'. Anda boleh cari maklumat lanjut tentang 4 jenis personaliti dan 16 jenis personaliti untuk ketahui dengan mendalam. 

Terdapat pelbagai ujian personaliti di internet yang anda boleh cuba untuk ketahui lebih lanjut tentang diri anda jika anda tidak pasti tentang personaliti anda. Tetapi cari mudah ialah dengan perhatikan mereka sekeliling atau melihat mereka yang anda kenal dengan baik (ahli keluarga, rakan baik). Bila anda boleh bezakan, anda boleh memahami perangai mereka dan berhubung dengan mereka sekeliling anda dengan lebih bagus.

Maklumat tentang personaliti dan ujian terdapat dalam kelas Secrets to Finding Mr Right.