Ada pelbagai ujian tentang personaliti di internet, ada antara anda yang mungkin pernah belajar tentang personaliti di kursus kerja dan sebagainya. Jika anda mengaplikasikannya adalah mudah untuk
anda memahami seseorang dan berinteraksi agar anda mudah difahami atau mesra
dengan orang lain - bukan sahaja untuk kerja tapi dengan pasangan anda.
Terdapat
4 personaliti asas:
1) Merah (task oriented/outgoing)
Merah
adalah mereka yang tegas, tidak ingin tahu tentang maklumat terperinci sesuatu
tetapi fokus kepada outcome,tidak suka buang masa, pasti dan yakin dengan
perkara mereka mahukan, tidak ramai kawan
2) Hijau (task oriented/reserve)
Anda
seorang yang suka meneliti, kemas, suka mengikut prosedur, perlukan maklumat
penuh sebelum membuat apa2 pilihan, lebih bersikap suka sendirian, punctual
3)Biru (people oriented/outgoing)
Anda
seorang happy go lucky, pelupa, cepat mesra, pandai memberi motivasi,
tidak suka duduk diam, suka berjenaka, sifat ingin tahu,pemaaf
4) Kuning (people oriented/reserve)
Anda
seorang pendamai, tidak suka konflik, sensitif, sukar buat keputusan, baik
hati, suka membuat orang selesa dengannya
APAKAH PERSONALITI ANDA?
HIJAU - ALBERT EINSTEIN, BILL GATES
MERAH - DONALD TRUMP, MARK ZUCKERBERG
BIRU - LADY GAGA, WALTER DISNEY
KUNING - PRINCESS DIANA, BONO
Seseorang
akan mempunyai 1 perangai dominan, contohnya seorang berperangai 'hijau' diikuti dengan perangai 'kuning'. Anda boleh cari maklumat lanjut tentang 4 jenis personaliti dan 16
jenis personaliti untuk ketahui dengan mendalam.
Terdapat
pelbagai ujian personaliti di internet yang anda boleh cuba untuk ketahui lebih lanjut tentang diri anda jika anda tidak pasti tentang personaliti anda. Tetapi
cari mudah ialah dengan perhatikan mereka sekeliling atau melihat mereka yang
anda kenal dengan baik (ahli keluarga, rakan baik). Bila anda boleh bezakan,
anda boleh memahami perangai mereka dan berhubung dengan mereka sekeliling anda
dengan lebih bagus.
Maklumat tentang personaliti dan ujian terdapat dalam kelas Secrets to Finding Mr Right.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan