Baru2
ni, saya ajar kelas coaching saya dengan Hani (bukan nama betul). Dia bercerita tentang hubungan dia dengan lelaki.
Dia tiada masalah berhubung dengan lelaki, tetapi masalah dia adalah semua
lelaki yang dia kenal adalah jenis yang bermasalah. Mungkin anda boleh panggil
mereka losers (sorry guys, but this is real life -yg bukan jangan terasa).
Hani
seorang graduan, kerja pun ok dan mempunyai hidup yang agak sederhana, tiada
yang ekstrem - boleh katakan biasa. Sepanjang umur dia 20an dia ada ramai
kawan lelaki tetapi tak menjalin apa2 hubungan. Apabila dia berganjak ke 30an
dia merasa dirinya lebih yakin dan lebih berpengetahuan dalam menjalin
persahabatan dengan ramai lelaki. Dia keluar dengan beberapa lelaki...namun tiada seorang pun
yang dia minati keluar dengannya. Semua yang mengajak dia keluar adalah mereka
yang sukakan dia.
Kami
berbual agak panjang tentang mengapa hal ini berlaku. Dia hampir pasrah bahawa
mungkin takdirnya begitu...untuk berkenalan dengan lelaki loser. Mengapakah
hanya lelaki losers sahaja yang meminati dia?
Saya
kasihan dengan situasi dia - dia hanya mahukan cinta dari sesorang yang boleh
membimbing, mendengar rasa hati...setelah mendengar ceritanya dan hubungan2
yang dijalinkan, dia adalah antara cerita yang paling sedih saya dengar.
Tapi
masih ada harapan untuk Hani. Saya sedar yang kesilapan Hani ialah dia menerima
lelaki seadanya. Dia kurang keyakinan tentang diri dia. Dia hanya rasa yang dia
hanya boleh menarik lelaki yang seperti itu sahaja. Apabila dia berkenalan
dengan lelaki, kesemuanya memberitahu bahawa 1) mereka tidak sedia menjalin
hubungan serius 2) mereka tidak mempunyai pekerjaan yang bagus/tetap 3)mereka
banyak berhutang 4) mereka tak pasti jika Hani sanggup bersama mereka
Dan
apakah yang Hani lakukan?Walaupun lelaki tersebut telah menjelaskan situasinya?
1)Dia membenarkan dia masuk dalam hidup dia. 2)Dia terima dia seadanya. 3)Dia
mengharap yang lelaki itu akan berubah.
Minggu
bertukar ke bulan...lelaki tersebut tidak menunjukkan apa2 minat untuk
mempunyai hubungan yang lebih serius. Tapi dia masih bersama Hani. Oleh kerana Hani
membenarkan dia masuk ke dalam hidupnya, dia masih di situ - mungkin kerana
Hani satu2nya perempuan yang melayan dia, membantu dia. Tapi adakah dia
sebenarnya mahukan Hani? Mungkinkah dia akan tinggalkan Hani jika dia bertemu
dengan perempuan lain yang boleh menerimanya? Walau kurang pasti hala tuju
hubungannya, Hani masih tidak mahu berganjak kerana padanya lelaki ini adalah
yang terbaik baginya kerana dia belum tentu boleh dapat lelaki yang lebih bagus
dari dia.
Jika
anda dalam situasi sama macam Hani, saya
nasihatkan untuk mendengar semua isyarat yang lelaki berikan anda. Jika mereka kata mereka belum bersedia,
mereka perlukan masa, mereka mahukan ruang untuk berfikir - itulah maksud
mereka! Jadi jangan ambil ringan, jangan anggap mereka akan ubah fikiran dalam
masa terdekat. Mereka memang beritahu keadaan sebenar. Dia menerima lelaki
seperti ini dalam hidupnya. Jika anda tidak mahu menarik lelaki seperti ini
dalam hidup anda, jangan terima mereka dalam hidup anda. Layan semua lelaki
sama. Jangan jual mahal kepada mereka yang anda tak suka dengan harapan mereka
akan hilang minat terhadap anda. Mereka akan lebih berminat dan ingin memiliki
anda kerana mereka merasakan ianya seperti satu cabaran yang perlu mereka
atasi. Saya nasihat kepada Hani untuk membuka hatinya untuk berkenalan dengan
lelaki lain, dengar apakah maklumat2 yang diberikan lelaki, seperti apa yang
mereka mahukan, inginkan. Hani perlulah lebih yakin yang dia boleh berkenalan
dengan lelaki yang lebih positif. Antara perkara Hani boleh lakukan:
- Jauhi diri anda dari tempat2 anda kenal losers ini
- Lebih terbuka untuk berkenalan dengan lelaki di tempat2 anda tidak terfikir
- Mulai percaya tentang apa anda rasakan tentang lelaki
- Jika anda berkenalan dengan lelaki anda suka, tuliskan sebab-sebab atau cara anda boleh sabotaj hubungan anda dengan si dia - dan elak sabotaj hubungan anda
- Losers akan tertarik kepada mereka yang lemah kerana mereka adalah sasaran mudah untuk diperalatkan
- Jangan cuba nak "fix" situasi mereka
- Pentingkan diri anda sedikit dan matlamat diri anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan