Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan

Macam mana nak elak losers?


Baru2 ni, saya ajar kelas coaching saya dengan Hani (bukan nama betul).  Dia bercerita tentang hubungan dia dengan lelaki. Dia tiada masalah berhubung dengan lelaki, tetapi masalah dia adalah semua lelaki yang dia kenal adalah jenis yang bermasalah. Mungkin anda boleh panggil mereka losers (sorry guys, but this is real life -yg bukan jangan terasa).
Hani seorang graduan, kerja pun ok dan mempunyai hidup yang agak sederhana, tiada yang ekstrem - boleh katakan biasa. Sepanjang umur dia 20an dia ada ramai kawan lelaki tetapi tak menjalin apa2 hubungan. Apabila dia berganjak ke 30an dia merasa dirinya lebih yakin dan lebih berpengetahuan dalam menjalin persahabatan dengan ramai lelaki. Dia keluar dengan beberapa lelaki...namun tiada seorang pun yang dia minati keluar dengannya. Semua yang mengajak dia keluar adalah mereka yang sukakan dia.
Kami berbual agak panjang tentang mengapa hal ini berlaku. Dia hampir pasrah bahawa mungkin takdirnya begitu...untuk berkenalan dengan lelaki loser. Mengapakah hanya lelaki losers sahaja yang meminati dia?
Saya kasihan dengan situasi dia - dia hanya mahukan cinta dari sesorang yang boleh membimbing, mendengar rasa hati...setelah mendengar ceritanya dan hubungan2 yang dijalinkan, dia adalah antara cerita yang paling sedih saya dengar.
Tapi masih ada harapan untuk Hani. Saya sedar yang kesilapan Hani ialah dia menerima lelaki seadanya. Dia kurang keyakinan tentang diri dia. Dia hanya rasa yang dia hanya boleh menarik lelaki yang seperti itu sahaja. Apabila dia berkenalan dengan lelaki, kesemuanya memberitahu bahawa 1) mereka tidak sedia menjalin hubungan serius 2) mereka tidak mempunyai pekerjaan yang bagus/tetap 3)mereka banyak berhutang 4) mereka tak pasti jika Hani sanggup bersama mereka
Dan apakah yang Hani lakukan?Walaupun lelaki tersebut telah menjelaskan situasinya? 1)Dia membenarkan dia masuk dalam hidup dia. 2)Dia terima dia seadanya. 3)Dia mengharap yang lelaki itu akan berubah.
Minggu bertukar ke bulan...lelaki tersebut tidak menunjukkan apa2 minat untuk mempunyai hubungan yang lebih serius. Tapi dia masih bersama Hani. Oleh kerana Hani membenarkan dia masuk ke dalam hidupnya, dia masih di situ - mungkin kerana Hani satu2nya perempuan yang melayan dia, membantu dia. Tapi adakah dia sebenarnya mahukan Hani? Mungkinkah dia akan tinggalkan Hani jika dia bertemu dengan perempuan lain yang boleh menerimanya? Walau kurang pasti hala tuju hubungannya, Hani masih tidak mahu berganjak kerana padanya lelaki ini adalah yang terbaik baginya kerana dia belum tentu boleh dapat lelaki yang lebih bagus dari dia.

Jika anda dalam situasi sama macam Hani, saya  nasihatkan untuk mendengar semua isyarat yang lelaki berikan anda. Jika mereka kata mereka belum bersedia, mereka perlukan masa, mereka mahukan ruang untuk berfikir - itulah maksud mereka! Jadi jangan ambil ringan, jangan anggap mereka akan ubah fikiran dalam masa terdekat. Mereka memang beritahu keadaan sebenar. Dia menerima lelaki seperti ini dalam hidupnya. Jika anda tidak mahu menarik lelaki seperti ini dalam hidup anda, jangan terima mereka dalam hidup anda. Layan semua lelaki sama. Jangan jual mahal kepada mereka yang anda tak suka dengan harapan mereka akan hilang minat terhadap anda. Mereka akan lebih berminat dan ingin memiliki anda kerana mereka merasakan ianya seperti satu cabaran yang perlu mereka atasi. Saya nasihat kepada Hani untuk membuka hatinya untuk berkenalan dengan lelaki lain, dengar apakah maklumat2 yang diberikan lelaki, seperti apa yang mereka mahukan, inginkan. Hani perlulah lebih yakin yang dia boleh berkenalan dengan lelaki yang lebih positif. Antara perkara Hani boleh lakukan: 

  • Jauhi diri anda dari tempat2 anda kenal losers ini
  • Lebih terbuka untuk berkenalan dengan lelaki di tempat2 anda tidak terfikir
  • Mulai percaya tentang apa anda rasakan tentang lelaki
  • Jika anda berkenalan dengan lelaki anda suka, tuliskan sebab-sebab atau cara anda boleh sabotaj hubungan anda dengan si dia - dan elak sabotaj hubungan anda
  • Losers akan tertarik kepada mereka yang lemah kerana mereka adalah sasaran mudah untuk diperalatkan
  • Jangan cuba nak "fix" situasi mereka
  • Pentingkan diri anda  sedikit dan matlamat diri anda

 Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut tentang kelas bimbingan (coaching class), hubungi contact@findmychemistry.com.

Tanda2 lelaki tertarik dengan anda

Anda selalu berkenalan dengan lelaki.

Tapi kadang-kala anda akan berkenalan dengan seseorang yang macam lain daripada friendly je.

Kadang2 anda terlepas tanda2 dia tertarik dengan anda sebab anda selalu fikir dia tak mungkin minat dengan anda/ dia mungkin ada gf/ dia cuma nak be friendly je/dia anggap macam kawan.

Why oh why do you always underestimate yourself????Cuba baca panduan kat bawah ni kalau nak tahu dia minat kat anda atau tidak:

#1 Dia tanya soalan peribadi. Dia tanya soalan tentang diri you, buat apa dan juga kalau you are seeing someone. Dia nak find out awal2 kalau you available sebelum dia nak invest masa lebih dengan you.
#2 Dia puji anda. Dia puji pakaian anda cantik, senyuman anda menawan. Dia syiok la tu. But beware kalau dia memang jenis kaki puji. Some men memang by nature are flirtatious. I have a guy friend who loves to give compliments to women. Kalau you jenis cepat cair, habis.
#3 Dia cuba ambil hati sedaya upaya. Dia akan tanya berulang kalau you nak anything else, are you ok, ada apa2 dia boleh buat untuk you...tu tandanya dia dah syiok.
#4 Dia tak boleh stop senyum. Tengah2 borak dia bagi senyuman paling menawan dia kat you...tu maknanya dia suka lah tu.
#5 Kalau ada panggilan masuk dia akan cepat2 hentikan perbualan. Kalau dia terserempak dengan member dia tengah jalan dengan you dia cepat2 je say hello and goodbye. Dia tak nak buang masa untuk spend dengan you.
#6 Dia tanya bila boleh jumpa lagi. Anda berkenalan dengan dia melalui kawan. Sewaktu berjalan ke parking kereta, dia tanya bila kita boleh berjumpa lagi? :D
#7 Dia akan cari jalan untuk berhubung dengan you - via FB/phone no/whatsapp/instagram. Tak kiralah apa jenis favret social media korang guna, dia pun akan buka akaun atau join.
#8 Dia akan pastikan yang dia akan terus berhubung dengan you, walaupun dia cuma cakap hi atau tanya how was your day.
#9 Dia akan cerita sedikit tentang accomplishments dia dengan anda. Dia mungkin bagi hint samar2 atau ada juga yang suka cerita...yang penting dia dapat menarik perhatian anda.
#10 Dia akan pastikan anda tahu yang dia single.

So next time kalau berbual dengan lelaki, cuba beri perhatian terhadap benda2 yang dia katakan atau gerak geri dia. Ingat, tak rugi layan sesiapa dengan baik ;)

Tanda lelaki tak ready...

Tanda lelaki tak ready nak kawin/commit:
1. Kalau ajak pergi jumpa your parents, tak pernah ready atau tak cakap langsung.
2. Cerita nak kawin jauh sekali.
3.Dia susah admit dia sukakan/cinta anda.
4.Dia sendiri cakap dia tak ready (ramai pompuan miss benda ni).
5.Dia tak kenalkan anda kat family dia,member2 ataupun adik beradik dia.
6.Dia tak share banyak benda/info tentang diri dia.
7. Anda kena teka semua benda difikiran dia.
8.Kalau dia ada banyak masa utk benda lain, tapi bukan anda, tak minat sepenuhnya la tu maksudnya.
9.Dia tak pernah ajak pergi jumpa parents dia
10.Kalau pasal benda remeh temeh pun dia kritik,tu caranya dia nak bagitahu dia takkan happy dengan you.
11.Everytime korang gaduh dia gertak nak tinggalkan you...forget it.
12.Dia percaya member2 dia lebih dari you.
13.Dia terer berkata2, bagi bunga, bagi hadiah, ajak candle light dinner berbagai...tapi tak suka solve conflict,disagreements atau buat decision sama2...mungkin dia suka bab2 romantic but not the real deal.
14.Dia tak boleh buat commitment yg kecil.
15.Mata dia asyik tengok perempuan lain.
16. Dia still teringat ex dia.
17.Dia ada options lain (perempuan lain).
18.Dia happy dengan life dia.
19.Dia rasa dia kena pressure utk buat commitment.
20. You are just not the one.

Nah, 20 reasons kenapa lelaki tak ready nak serius/commit/kahwin.