Sambungan : Apa itu kurang keyakinan atau harga diri?

#2 of day 5 Ramadhan

Kurang keyakinan ini bergantung kepada cara kita lihat diri kita. Ianya berbeza dengan cara kita lihat imej diri kita (saya Islam, saya orang Malaysia) di mana kita tidak menyatakan samada kita suka atau tidak suka diri kita. Kurang keyakinan atau kurang merasa diri kita ini berharga adalah pendapat secara keseluruhan tentang diri kita dan juga dimana kita letakkan harga diri kita sebagai seorang individu. Seorang yang menilai dirinya negatif akan mengatakan – saya tidak cukup bagus, saya tidak berkuasa, saya tidak guna. 
Pastinya kita semua ada tanggapan sendiri tentang diri kita, cuma dalam konteks ini, mereka yang kurang berkeyakinan melihat apa yang mereka ada tidak cukup bagus (ianya boleh jadi wang, pelajaran, fizikal, kawan, minat, transport,dll) atau memandang rendah terhadap kebolehan atau pencapaian sendiri. Sebenarnya mereka yang kurang keyakinan ini melihat diri mereka lebih teruk dari keadaan sebenar. 
Jika anda merasakan yang anda tidak bernilai dan tidak layak untuk perkara-perkara hebat atau berkongsi perkara-perkara hebat dalam hidup anda bermakna anda merasakan tidak yakin atau tiada harga diri tentang diri sendiri. Perasaan ini boleh membuat anda terluka dan merosakkan diri anda.

(Dalam kelas Finding Mr Right saya ini ada tentang topik macam mana nak berkeyakinan tentang diri bila berhadapan dengan lelaki)

Bersambung 

Detox - cara lupakan seseorang

Sempena ramadhan ni, rasanya adalah masa yang sesuai untuk detox tentang relationship anda yang tak menjadi. Kerap kali saya jumpa mereka yang nak mulakan sesuatu yang baru, tetapi sebab diorang masih stuck dengan memori lama, masih membandingkan ex girlfriend/boyfriend diorang dengan orang baru yang mereka kenal.Setengah tidak sedar yang mereka masih terikat pada sesuatu - memori, perasaan mereka ketika bersama...
1) Tidak ada orang yang serupa. Semua orang tu special. Kalau twins pun lain2 perangai apatah lagi orang yang dari keluarga berlainan.
2)Buang gambar2 lama,FB, surat, apa2 benda yang mengingatkan anda pada dia.
3) The ship has sailed. Terimalah hakikat yang relationship tu dah over. You masih terkenangkan dia, dia pulak happy dengan life dia, rumah tangga /anak2.You deserve to move on and have a happy life too.
4)Cuba ingat mengapa ianya tak menjadi in the first place.Adakah sebab you slow sangat nak buat pililhan? Adakah sebab keluarga dia tak boleh terima you? Adakah dia pasang yang lain? Kenapa dia reject you? Betulkah yang you mampu buat apa saja waktu itu untuk dia? Kalau ya, mengapa ianya tidak berlaku?
5) Lepaskan perasaan menyesal anda. Jika anda masih terkenang, belajarlah untuk melepaskan sesalan anda itu.Fokus tentang perkara baik yang telah pun berlaku pada anda sejak saat itu.
6) Kita tak boleh control benda-benda yang berlaku pada kita, tapi kita boleh buat pililhan cara kita menghadapi perkara2 itu. 
7) Ingat tiada benda yang kekal. Kita berubah, masa berubah, situasi berubah dan orang berubah. Find the little things that make you happy. Be grateful for what you have.
8) Berdoa, solat dan minta pada Allah. Baca surah 94 al-insyirah (alam nashrah...)
9) Maafkan dia. Apa yang dah jadi, dah jadi.Kalau dia sakitkan hati you sekali pun, menipu you,was not on your side... maafkan dia. Percaya yang Allah has better plan for you. InsyaAllah.

Membina Keyakinan Diri

#1 of day 2 Ramadan
Ramadan ini seperti satu masa yang bagus untuk saya tulis serba sedikit tentang keyakinan.Sekali sekala saya akan jumpa mereka yang ambil kelas dengan saya untuk belajar tentang hubungan bila sebenarnya mereka lebih cenderung untuk belajar tentang keyakinan. So saya terfikir untuk tulis sedikit setiap hari pada Ramadan ini tentang keyakinan diri. Saya cuba selitkan latihan keyakinan untuk anda buat.

Ramai yang rasa mereka kurang yakin bila mereka rasakan mereka kurang menarik, mereka kurang dari segi kewangan, pelajaran, pekerjaan yang tidak bagus. Tetapi keyakinan ini sebenarnya tidak perlukan anda ada duit berjuta, rumah besar, barang mewah,kerja bagus.

Ada seorang millionaire ni..dia dapat jemputan ke sebuah event di mana orang2 lain yang successful pun attend. Bila dia sampai, dia rasa macam dia rasa tercabar dan hilang sedikit keyakinan bila sedar mereka yang hadir mempunyai harta yang lebih banyak, yacht yang lebih hebat dan macam-macam lagi. Dia bertambah upset bila dia jumpa seorang lelaki yang pernah pergi serata dunia dan menginap di hotel2 mewah dan makan di restoran mechelin dengan percuma (atas jemputan) dimana dia membayar beratus ribu untuk menginap/makan disitu.

First step (untuk saya), kualiti yang akan menetapkan samada orang akan sukakan anda/sayangkan anda dan juga untuk diri anda sendiri, ialah untuk menerima/diterima - acceptance. Facts is facts. Kita boleh ubah diri kita untuk jadi lebih bagus - kita boleh belajar, kerja kuat,workout dan setengah benda kita tidak boleh mengubahnya. It's nice to have tons of money but you still can be happy with what you have.

Cuba fikirkan apakah yang anda mahu dari orang lain?Kritik tentang cara anda lakukan sesuatu?Sebab kenapa pendapat atau apa yang anda percaya tidak tepat? Tidak. Saya rasa ramai yang nak orang lain terima dia seadanya -cara anda,  pendapat anda dan lain lain.

So, step one, accept who you are, the good and the bad. Plus, kalau kita tak accept orang lain atau diri kita sendiri, orang lain juga tidak akan terima kita.You may not show, but people can sense.


Latihan
Pada zaman sekarang,kita banyak terikut media hiburan, gaya hidup selebriti, mereka yang kaya raya atau mereka tercantik di dunia. Tetapi itukan sebenarnya mungkin 1-2 orang dalam beribu orang?
1) jadi, fikirkan hidup anda jika dibandingkan dengan mereka yang hidup daif didunia ini. Tentunya kita jauh lebih baik walaupun tidak ada segalanya. (bersyukur)

2) Cuba bandingkan diri anda dengan orang lain kat Malaysia ini. Jangan bandingkan mereka yang top 10 billionaire. Bandingkan dengan kawan-kawan anda yang terpaksa ada 2 pekerjaan untuk tampung diri dan keluarga,bandingkan dengan mereka yang terpaksa berhenti sekolah untuk menampung adik-adik belajar. Mungkin anda tidak lalui perkara sebegini.

3) Tulis 10 kualiti bagus tentang diri anda - anda boleh mulakan dengan anda seorang yang rendah diri, baik hati, tidak sombong...tulis sehingga 10. Simpan di handphone atau buku nota dan baca tiap2 hari.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (Adz-Dzariyat, 51: 20, 21)


Bersambung...

Mencari wanita bujang, antara 23-30 tahun

Mencari wanita 23-30 tahun, Muslim, menetap diKuala Lumpur, berbahasa Inggeris, menuntut ataupun bekerja untuk seorang lelaki berumur 25 tahun, Muslim, warga negara Kurdistan, sedang membuat Masters beliau disini untuk tujuan berkenalan untuk berkahwin.

Jika anda berminat, sila hubungi saya terus untuk maklumat lanjut.
contact@findmychemistry.com atau whatsapp 0176116432.

Kemas kini maklumat carian jodoh

Saya sedang mengemas kini maklumat mereka / anda yang pernah mengisi borang carian jodoh diblog ini.
Jika anda ada perubahan yang ingin anda lakukan atau ada maklumat terkini yang ingin anda kongsi sila hubungi saya.

Saya juga perlukan gambar terkini anda jadi kalau boleh, sila emel saya gambar terkini anda bersama nama untuk saya kemaskini.

Bulan ini insyaAllah saya akan melihat permohonan yang lepas dan cuba bantu dimana boleh. Jika anda benar-benar serius mencari sila hubungi saya supaya kita boleh berjumpa dan berbincang dengan lebih lanjut.

Jika anda bujang/janda/duda/balu dan ingin berkenalan dengan lebih ramai wanita atau pun lelaki untuk tujuan mencari jodoh, sila isi borang carian jodoh di blog saya atau whatsapp 017611632. Semua maklumat diri anda adalah sulit.