Launching Find My Chemistry Online Match Portal

Over the weekend we had a fantastic pre-launch celebration and mixer. Everyone had a superb time, and the food we had over at Ministry of Coffee was simply delicious! (Thanks Mark and Ariffin!).

Antara foto semasa pelancaran:







Apakah itu Find My Chemistry online match portal?
Find My Chemistry online match ialah sebuah program carian jodoh online. Mungkin ada antara anda yang biasa menggunakan dan ada juga antara anda tidak pernah menggunakan dan biasalah, pastinya ada yang skeptikal dengan konsep berkenalan sosial ini.

Setelah 2 tahun lebih membuat carian jodoh, saya dapati ramai wanita dan segelintir lelaki yang tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan, tidak tahu bermula dimana, segan untuk pergi melakukan aktiviti sosial dan ada juga memulakan suatu hubungan tetapi tidak begitu tahu bagaimana untuk meneruskan.

Jadi dengan adanya online match ini, anda boleh mencari kenalan baru dan juga mereka yang berpotensi untuk menjadi pasangan suami/isteri. Saya nasihatkan dalam mengguna online match ini, jika anda mendapat hi atau mesej dari mana2 pihak, cubalah dulu untuk berkenalan, dan tapis kemudian. Ramai pengguna facebook, terutamanya wanita (tidak semua) begitu teliti atau berhati2 dengan siapa mereka berkenalan. Jika anda berumur 20an, ianya mungkin tidak menjadi masalah untuk mendapat kenalan lelaki yang ramai. Tetapi, jika anda 30an,40an ianya akan menjadi sukar. Oleh itu terima dahulu, walaupun bukan citarasa anda. Pengalaman saya, dari kelas coaching yang saya ajar, mereka yang berumur 30an berjaya untuk bertunang atau memulakan hubungan adalah antara mereka yang mengubah sedikit apa yang mereka cari selama ini.

Contohnya,jika selama ini anda mencari lelaki yang 5 tahun lebih tua dari anda, kali ini, anda cuba mencari lelaki yang 10 tahun lebih tua dan juga 5 tahun lebih muda dari anda.  Dari situ sahaja anda akan mendapat lebih peluang. Jika selama ini anda mencari wanita yang berkulit cerah, kali ini mungkin anda bertegur dengan wanita yang berkulit hitam manis, sawo matang dan sebagainya. Perubahan 5% inilah yang kadang2 boleh membantu anda untuk berkenalan dengan lebih ramai orang.

InsyaAllah, dalam minggu ini anda boleh mengisi carian dan profil anda. Kami akan kemas kinikan maklumat dari masa ke semasa apabila ianya berjalan lancar. Pastikan anda mengikuti blogspot ini...insyaAllah saya akan buat sesi percuma bagaimana membuat profil anda lebih menarik dan juga cara menulis untuk menarik minat untuk orang menghubungi anda.

Untuk apa2 pertanyaan lanjut tentang online portal ini, hubungi contact@findmychemistry.com.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia!

Salam Ahad dan Selamat Hari Merdeka!

Memandang sempena perayaan Merdeka juga cuti hujung minggu yang panjang, yang mana balik kampung drive elok2 ya. Berhati2 di jalan raya!

InsyaAllah online dating portal di findmychemistry.com akan siap 2-3 hari lagi. Saya mengalu-alukan kepada anda yang mencari pasangan, mengembangkan kenalan untuk mengisi online match portal ini. Ianya percuma untuk didaftar dan jika anda benar-benar serius anda boleh gunakan perkhidmatan berbayar.

Tips untuk menggunakan online match service:
1) Isikan maklumat anda sepenuh mungkin, jika anda sibuk, isikan pada masa yang lain
2) Letakkan gambar yang jelas, tidak terlalu jauh. Elak letakkan gambar profil bersama orang lain, anak kecil. Letakkan gambar seorang sahaja.
3) Pilih nama pengguna "user name" yang mencirikan diri anda. Jangan letak nama yang seperti lelaki bila anda adalah seorang perempuan dan sebaliknya. Jangan letakkan nama yang tidak sopan kerana ini akan membuat orang tidak selesa dan tidak mahu berhubung dengan anda.
4) Di bahagian-bahagian di mana anda perlu letakkan pendapat atau maklumat diri anda sendiri, tulislah tentang diri anda, pengalaman bercuti ke, bekerja...jangan tulis perasaan anda tentang hubungan yang lepas, atau orang2 yang anda tidak minat berkenalan atau tidak suka.

Banyak lagi tips akan dikongsikan lagi untuk menonjolkan lagi profil anda agar menarik dan mendapat perhatian! Jangan lupa, check out our website next week findmychemistry.com!

Please sign up, IT'S FREE!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Hope you all had a wonderful Raya with your family and friends. Dah masuk minggu ke2 raya ni, ramailah yang akan berkunjung ke rumah member2, clients, berkunjung open house atau beraya kat rumah saudara mara.

Saya ingin update pada 30hb Ogos ini saya akan adakan kelas Finding Mr Right berkumpulan di KL.Jika anda pernah dengar tentang kelas ini, mungkin anda pernah terfikir tentang perkara-perkara ini:

Plus, tambah raya ni, adalah peluang yang baik untuk berkenalan kerana terdapat banyak open house, jemputan beraya dan waktu yang ramai orang akan catch up tentang pelbagai perkara. Ambil peluang ini untuk membuat kenalan baru dan sebagainya. 
Sila hubungi contact@findmychemistry.com untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang kelas coaching ini. Harga early bird adalah RM200 seorang jika berdaftar sebelum 15hb Ogos ini. 

Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin!

Sambungan : Apa itu kurang keyakinan atau harga diri?

#2 of day 5 Ramadhan

Kurang keyakinan ini bergantung kepada cara kita lihat diri kita. Ianya berbeza dengan cara kita lihat imej diri kita (saya Islam, saya orang Malaysia) di mana kita tidak menyatakan samada kita suka atau tidak suka diri kita. Kurang keyakinan atau kurang merasa diri kita ini berharga adalah pendapat secara keseluruhan tentang diri kita dan juga dimana kita letakkan harga diri kita sebagai seorang individu. Seorang yang menilai dirinya negatif akan mengatakan – saya tidak cukup bagus, saya tidak berkuasa, saya tidak guna. 
Pastinya kita semua ada tanggapan sendiri tentang diri kita, cuma dalam konteks ini, mereka yang kurang berkeyakinan melihat apa yang mereka ada tidak cukup bagus (ianya boleh jadi wang, pelajaran, fizikal, kawan, minat, transport,dll) atau memandang rendah terhadap kebolehan atau pencapaian sendiri. Sebenarnya mereka yang kurang keyakinan ini melihat diri mereka lebih teruk dari keadaan sebenar. 
Jika anda merasakan yang anda tidak bernilai dan tidak layak untuk perkara-perkara hebat atau berkongsi perkara-perkara hebat dalam hidup anda bermakna anda merasakan tidak yakin atau tiada harga diri tentang diri sendiri. Perasaan ini boleh membuat anda terluka dan merosakkan diri anda.

(Dalam kelas Finding Mr Right saya ini ada tentang topik macam mana nak berkeyakinan tentang diri bila berhadapan dengan lelaki)

Bersambung 

Detox - cara lupakan seseorang

Sempena ramadhan ni, rasanya adalah masa yang sesuai untuk detox tentang relationship anda yang tak menjadi. Kerap kali saya jumpa mereka yang nak mulakan sesuatu yang baru, tetapi sebab diorang masih stuck dengan memori lama, masih membandingkan ex girlfriend/boyfriend diorang dengan orang baru yang mereka kenal.Setengah tidak sedar yang mereka masih terikat pada sesuatu - memori, perasaan mereka ketika bersama...
1) Tidak ada orang yang serupa. Semua orang tu special. Kalau twins pun lain2 perangai apatah lagi orang yang dari keluarga berlainan.
2)Buang gambar2 lama,FB, surat, apa2 benda yang mengingatkan anda pada dia.
3) The ship has sailed. Terimalah hakikat yang relationship tu dah over. You masih terkenangkan dia, dia pulak happy dengan life dia, rumah tangga /anak2.You deserve to move on and have a happy life too.
4)Cuba ingat mengapa ianya tak menjadi in the first place.Adakah sebab you slow sangat nak buat pililhan? Adakah sebab keluarga dia tak boleh terima you? Adakah dia pasang yang lain? Kenapa dia reject you? Betulkah yang you mampu buat apa saja waktu itu untuk dia? Kalau ya, mengapa ianya tidak berlaku?
5) Lepaskan perasaan menyesal anda. Jika anda masih terkenang, belajarlah untuk melepaskan sesalan anda itu.Fokus tentang perkara baik yang telah pun berlaku pada anda sejak saat itu.
6) Kita tak boleh control benda-benda yang berlaku pada kita, tapi kita boleh buat pililhan cara kita menghadapi perkara2 itu. 
7) Ingat tiada benda yang kekal. Kita berubah, masa berubah, situasi berubah dan orang berubah. Find the little things that make you happy. Be grateful for what you have.
8) Berdoa, solat dan minta pada Allah. Baca surah 94 al-insyirah (alam nashrah...)
9) Maafkan dia. Apa yang dah jadi, dah jadi.Kalau dia sakitkan hati you sekali pun, menipu you,was not on your side... maafkan dia. Percaya yang Allah has better plan for you. InsyaAllah.

Membina Keyakinan Diri

#1 of day 2 Ramadan
Ramadan ini seperti satu masa yang bagus untuk saya tulis serba sedikit tentang keyakinan.Sekali sekala saya akan jumpa mereka yang ambil kelas dengan saya untuk belajar tentang hubungan bila sebenarnya mereka lebih cenderung untuk belajar tentang keyakinan. So saya terfikir untuk tulis sedikit setiap hari pada Ramadan ini tentang keyakinan diri. Saya cuba selitkan latihan keyakinan untuk anda buat.

Ramai yang rasa mereka kurang yakin bila mereka rasakan mereka kurang menarik, mereka kurang dari segi kewangan, pelajaran, pekerjaan yang tidak bagus. Tetapi keyakinan ini sebenarnya tidak perlukan anda ada duit berjuta, rumah besar, barang mewah,kerja bagus.

Ada seorang millionaire ni..dia dapat jemputan ke sebuah event di mana orang2 lain yang successful pun attend. Bila dia sampai, dia rasa macam dia rasa tercabar dan hilang sedikit keyakinan bila sedar mereka yang hadir mempunyai harta yang lebih banyak, yacht yang lebih hebat dan macam-macam lagi. Dia bertambah upset bila dia jumpa seorang lelaki yang pernah pergi serata dunia dan menginap di hotel2 mewah dan makan di restoran mechelin dengan percuma (atas jemputan) dimana dia membayar beratus ribu untuk menginap/makan disitu.

First step (untuk saya), kualiti yang akan menetapkan samada orang akan sukakan anda/sayangkan anda dan juga untuk diri anda sendiri, ialah untuk menerima/diterima - acceptance. Facts is facts. Kita boleh ubah diri kita untuk jadi lebih bagus - kita boleh belajar, kerja kuat,workout dan setengah benda kita tidak boleh mengubahnya. It's nice to have tons of money but you still can be happy with what you have.

Cuba fikirkan apakah yang anda mahu dari orang lain?Kritik tentang cara anda lakukan sesuatu?Sebab kenapa pendapat atau apa yang anda percaya tidak tepat? Tidak. Saya rasa ramai yang nak orang lain terima dia seadanya -cara anda,  pendapat anda dan lain lain.

So, step one, accept who you are, the good and the bad. Plus, kalau kita tak accept orang lain atau diri kita sendiri, orang lain juga tidak akan terima kita.You may not show, but people can sense.


Latihan
Pada zaman sekarang,kita banyak terikut media hiburan, gaya hidup selebriti, mereka yang kaya raya atau mereka tercantik di dunia. Tetapi itukan sebenarnya mungkin 1-2 orang dalam beribu orang?
1) jadi, fikirkan hidup anda jika dibandingkan dengan mereka yang hidup daif didunia ini. Tentunya kita jauh lebih baik walaupun tidak ada segalanya. (bersyukur)

2) Cuba bandingkan diri anda dengan orang lain kat Malaysia ini. Jangan bandingkan mereka yang top 10 billionaire. Bandingkan dengan kawan-kawan anda yang terpaksa ada 2 pekerjaan untuk tampung diri dan keluarga,bandingkan dengan mereka yang terpaksa berhenti sekolah untuk menampung adik-adik belajar. Mungkin anda tidak lalui perkara sebegini.

3) Tulis 10 kualiti bagus tentang diri anda - anda boleh mulakan dengan anda seorang yang rendah diri, baik hati, tidak sombong...tulis sehingga 10. Simpan di handphone atau buku nota dan baca tiap2 hari.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (Adz-Dzariyat, 51: 20, 21)


Bersambung...