Sambungan : Apa itu kurang keyakinan atau harga diri?

#2 of day 5 Ramadhan

Kurang keyakinan ini bergantung kepada cara kita lihat diri kita. Ianya berbeza dengan cara kita lihat imej diri kita (saya Islam, saya orang Malaysia) di mana kita tidak menyatakan samada kita suka atau tidak suka diri kita. Kurang keyakinan atau kurang merasa diri kita ini berharga adalah pendapat secara keseluruhan tentang diri kita dan juga dimana kita letakkan harga diri kita sebagai seorang individu. Seorang yang menilai dirinya negatif akan mengatakan – saya tidak cukup bagus, saya tidak berkuasa, saya tidak guna. 
Pastinya kita semua ada tanggapan sendiri tentang diri kita, cuma dalam konteks ini, mereka yang kurang berkeyakinan melihat apa yang mereka ada tidak cukup bagus (ianya boleh jadi wang, pelajaran, fizikal, kawan, minat, transport,dll) atau memandang rendah terhadap kebolehan atau pencapaian sendiri. Sebenarnya mereka yang kurang keyakinan ini melihat diri mereka lebih teruk dari keadaan sebenar. 
Jika anda merasakan yang anda tidak bernilai dan tidak layak untuk perkara-perkara hebat atau berkongsi perkara-perkara hebat dalam hidup anda bermakna anda merasakan tidak yakin atau tiada harga diri tentang diri sendiri. Perasaan ini boleh membuat anda terluka dan merosakkan diri anda.

(Dalam kelas Finding Mr Right saya ini ada tentang topik macam mana nak berkeyakinan tentang diri bila berhadapan dengan lelaki)

Bersambung 

Detox - cara lupakan seseorang

Sempena ramadhan ni, rasanya adalah masa yang sesuai untuk detox tentang relationship anda yang tak menjadi. Kerap kali saya jumpa mereka yang nak mulakan sesuatu yang baru, tetapi sebab diorang masih stuck dengan memori lama, masih membandingkan ex girlfriend/boyfriend diorang dengan orang baru yang mereka kenal.Setengah tidak sedar yang mereka masih terikat pada sesuatu - memori, perasaan mereka ketika bersama...
1) Tidak ada orang yang serupa. Semua orang tu special. Kalau twins pun lain2 perangai apatah lagi orang yang dari keluarga berlainan.
2)Buang gambar2 lama,FB, surat, apa2 benda yang mengingatkan anda pada dia.
3) The ship has sailed. Terimalah hakikat yang relationship tu dah over. You masih terkenangkan dia, dia pulak happy dengan life dia, rumah tangga /anak2.You deserve to move on and have a happy life too.
4)Cuba ingat mengapa ianya tak menjadi in the first place.Adakah sebab you slow sangat nak buat pililhan? Adakah sebab keluarga dia tak boleh terima you? Adakah dia pasang yang lain? Kenapa dia reject you? Betulkah yang you mampu buat apa saja waktu itu untuk dia? Kalau ya, mengapa ianya tidak berlaku?
5) Lepaskan perasaan menyesal anda. Jika anda masih terkenang, belajarlah untuk melepaskan sesalan anda itu.Fokus tentang perkara baik yang telah pun berlaku pada anda sejak saat itu.
6) Kita tak boleh control benda-benda yang berlaku pada kita, tapi kita boleh buat pililhan cara kita menghadapi perkara2 itu. 
7) Ingat tiada benda yang kekal. Kita berubah, masa berubah, situasi berubah dan orang berubah. Find the little things that make you happy. Be grateful for what you have.
8) Berdoa, solat dan minta pada Allah. Baca surah 94 al-insyirah (alam nashrah...)
9) Maafkan dia. Apa yang dah jadi, dah jadi.Kalau dia sakitkan hati you sekali pun, menipu you,was not on your side... maafkan dia. Percaya yang Allah has better plan for you. InsyaAllah.