Memaparkan catatan dengan label orang negatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orang negatif. Papar semua catatan

Kenapa saya menarik perhatian mereka yang tak boleh pakai?

Maya, kenapa I selalu attract lelaki yang tak boleh pakai? (Please jangan terasa...I am sure lelaki2 yang baca ni bukan jenis yang tak boleh pakai). Sama juga dengan lelaki, ada juga yang asyik berkenalan dengan wanita yang menipu atau menggunakan lelaki untuk wang. Macam mana pun, soalan "orang tak boleh pakai" ni mesti timbul beberapa kali sebulan, cuma cara pertanyaannya saja yang lain.

Menarik perhatian orang yang salah dan orang negatif ialah dua perkara berbeza! Pasti kita semua pernah jumpa orang yang boleh non stop bitc*ing pasal semua benda dalam hidup dia to the point kita rasa macam nak lari je. Orang yang menipu, orang yang tak boleh dipercayai/harap, kuat membenci, judgemental... orang macam inilah yang kita tak nak tertarik. Tetapi ada juga dikalangan mereka yang tetap menarik mereka yang negatif...

1. Anda tertarik dengan lelaki jenis yang sama. Rupa saja lain tapi jenis yang sama.Secara sedar you rasa you berhak dapat seorang yang baik, fikir yang anda tahu apa anda mahukan tetapi tetap tertarik pada jenis sama. Ramai wanita miss the red flags - mostly sebab they want to be with someone or they don't want to think that they'll make a mistake of thinking he is actually ok. Dari fokus pada dia, baik you fokus pada diri you. Jangan tunggu dia berubah dan letak tanggungjawab mengubah hidup you pada dia.
2. Anda menerima "orang yang tak boleh pakai". Bila anda berkenalan dengan seorang lelaki yang anda suka, ada chemistry, your feelings take over your rational. You tahu mungkin dia banyak masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kerja, dia tak berkerjaya macam you harapkan, dia tidak begitu baik dengan orang tua tetapi baik dengan you (all th- tapi, because you let your feelings take over, you accept dia. Dan, 6 bulan bila you dah kenal dia yang sebenar, you akan hairan macam mana you boleh end up dengan dia.
3. In my coaching class I bagitahu wanita yang 99% lelaki walaupun baik belum tentu sesuai dengan kita. Ini kerana kita hanya perlukan seorang lelaki untuk menjadi suami kita. Jadi, secara semulajadinya kita pasti akan kenal macam2 lelaki dan perangai sebelum kita jumpa si dia.
4. You believe in people's potential and not what is in front of you. Ada wanita/lelaki yang memang baik yang merasakan seseorang itu boleh berubah (unconciously). Jadi anda kekal dalam hubungan anda dengan harapan dia akan berubah menjadi seorang yang lebih baik, lebih segalanya. You kena tahu menilai jika seorang itu "is just in a bad patch" atau "working through something" dengan orang yang plainly pemalas, penipu dan sebagainya.
5. Orang negatif memang suka orang yang positif/berjaya/stabil. Ini kerana mereka "got nothing to lose". Mereka boleh menggunakan you untuk macam2 benda - pinjam duit, pinjam kereta, belikan dia itu, belikan dia ini. Dan kalau apa2 jadi, dia tak ada apa2 yang merugikan dia sebab dia memang macam tu. Dan selalunya "orang tak boleh pakai" they don't give up easy bila dia kenal seseorang yang berjaya/stabil. 

Ada banyak lagi sebab mengapa anda tertarik dengan mereka ini. I can go on and on about this. What I suggest is tengok balik mereka2 yang anda pernah keluar bersama. Apakah persamaan yang mereka ada - baik kecil atau besar. Apakah perkara2 tentang mereka yang anda tidak suka, menyakitkan hati, hilang kepercayaan dan lain-lain? Anggaplah itu sebagai red flags.

2014 masih baru - anda ada banyak masa untuk menilai seseorang bila berkenalan atau fokus pada diri anda!

Tips melayan kerenah orang yang suka complain/ merungut/negatif

Memandangkan Ramadhan nak dekat, ini mungkin topik yang bagus nak cerita. Sekali sekala pasti kita akan jumpa orang yang negatif. Selalunya kita tak perasan sebab ada yang kaki complain 24 jam benda semua negatif sampai kita dah naik biasa dan ada juga yang suka complain tentang apa2 yang berkenaan diri dia dan orang sekeliling dia. Macam mana nak tahu mereka orang negatif?Tak semua orang tahu macam mana nak handle orang yang negative ni. Bila berdepan dengan mereka ni,kita akan rasa down, kita akan cermin diri kita dan mula berfikir apa salah saya, teruk sangat ke saya ni…walaupun berdepan dengan mereka ni 15 minit sehari, impak dia boleh menyebabkan kita berasa sangat teruk/sedih untuk beberapa jam ataupun hari.

1.       Kaki complain 24 jam ( pasal semua benda)
  • Orang yang complain pasal hampir semua benda setiap hari. Makanan, kawan-kawan, kawan kerja, kerja, rumah, traffic jam dan semua benda dalam hidup dia. Secara umumnya dari semua benda kecik hinggalah ke semua benda besar pasti dia akan cari sebab utk complain.
  • Selalunya sinis dalam semua hal dan selalu buruk sangka tentang niat orang – hampir semua orang.
  • Selalu mencari jawapan ke arah negatif. Contoh – ‘ala sure tak jadi punya. Cuba lah, mesti sama je macam sebelum ni’.
  • Kalau kita share tentang sesuatu achievement atau sesuatu yang bagus, pasti kita akan mendapat response menyakitkan hati atau mengatakan benda tersebut tak patut berlaku atau benda tersebut itu tidak benar.
  • You tunjukkan dia sesuatu ke arah positif, sure kena kritik habis.
  • Jika bercerita tentang kejayaan benar tentang seseorang mendapat wang dengan banyak, pasti kena tegur dengan teruk.
  • Dia akan bagitahu cara dia yang lebih hebat dari orang yang orang yang berjaya tadi.
  • Salah orang, salah orang, salah orang. Sentiasa je ada orang atau benda yang nak di salahkan atau kena hentam.
  • Even if you boleh tolong diorang settle masalah diorang hari ni, besok diorang tetap akan cari masalah lain untuk complain.

  Si pemusnah harga diri (self esteem)
  • Dari muka boleh tahu, monyok je memanjang.
  • Dia akan buat you rasa diri you teruk bila you banding dengan dia, buat rasa diri you kekurangan,     kadang2 dengan niat.
  • Suka membandingkan dan hentam orang lain – Contoh: Anda beli basikal baru untuk bawa suka2. Anda rasa bagus dan gembira dengan basikal baru anda. Jumpa dengan kawan negatif ni dia akan kata something like ‘oh, cantik basikal you. I ada juga tengok, tapi I tak suka sebab brake dia cepat haus.’ Why can’t they just be happy for you? Kata je la ‘ Oh, nice bike!’ pun dah buat orang happy, kan?                                                                                                                                          

Orang-orang macam ni memang suck the life out of you. They drain you and leave you to dry. You boleh go on berhari-hari fikir apa you buat salah dan tak tahu apa pun salah you.

So, macam mana nak menangani orang macam ni?
  • Bila mereka cerita pasal benda negative, beri jawapan yang pendek – oh/I see/Ok. Bila nampak mereka ke arah positif atau beri kata2 positif, walaupun ciput, beri kata2 semangat mengesahkan pendapat atau benda2 yang diorang buat.
  • Lepak berkumpulan. Kalau you lepak berkumpulan, semua orang yang ada akan serba sedikit tanggung perasaaan negatif orang tersebut. Kadang2 ada kawan anda pandai mengambil hati dan akan membawa keluar perasaan positifnya.
  • Pastikan apa objektif komen mereka – terutamanya jika komennya menyakitkan dan ditujukan kepada anda. Jika anda ada seorang kawan yang suka memberi komen negatif, membuat anda rasa kekurangan,cuba tengok bila dia borak dengan rakan2 anda yang lain. Adakah dia juga beri mereka komen negatif? Jika ya, komen dia tak semestinya kepada anda, itu  cuma cara dia. Anggap saja diri orang itu begitu.
  • Cerita topik-topik yang tak serius. Cerita pasal movies, sukan, hobi etc. Sebab mungkin ada sesetengah topik memang sangat sensitif utk dia – kerja, famili atau kewangan. Jadi cuba elak dari bertanya tentang topik2 ini.
  • Hadkan masa korang spend dgn mereka.
  •  Cuba untuk tidak menilai/mengagak tentang mereka – nanti kita pun jadi macam dia.
  •  Jangan cuba bagitahu mereka salah. Buang masa je. Bila berlawan dengan benda2 negatif, kita akan berikan ia kekuatan dan kuasa. Ingat kita cuma tunjuk arah yang kita rasa benar. Selebihnya adalah pilihan mereka.
Don’t let them get to you. Some people are not ready to change and don’t want to change. They probably have been let down way too much to see that things can turn for the better. Now days, when I meet these people, I try keep my positive side up and tell myself there is nothing wrong with me or what I am doing. Belajar untuk tukar topik perbualan dengan diorang dan hadkan masa anda dengan mereka. Yang penting, kena belajar bersyukur. Bila kita bersyukur the world seems like a better place. InsyaAllah and good luck!