Kenapa saya menarik perhatian mereka yang tak boleh pakai?

Maya, kenapa I selalu attract lelaki yang tak boleh pakai? (Please jangan terasa...I am sure lelaki2 yang baca ni bukan jenis yang tak boleh pakai). Sama juga dengan lelaki, ada juga yang asyik berkenalan dengan wanita yang menipu atau menggunakan lelaki untuk wang. Macam mana pun, soalan "orang tak boleh pakai" ni mesti timbul beberapa kali sebulan, cuma cara pertanyaannya saja yang lain.

Menarik perhatian orang yang salah dan orang negatif ialah dua perkara berbeza! Pasti kita semua pernah jumpa orang yang boleh non stop bitc*ing pasal semua benda dalam hidup dia to the point kita rasa macam nak lari je. Orang yang menipu, orang yang tak boleh dipercayai/harap, kuat membenci, judgemental... orang macam inilah yang kita tak nak tertarik. Tetapi ada juga dikalangan mereka yang tetap menarik mereka yang negatif...

1. Anda tertarik dengan lelaki jenis yang sama. Rupa saja lain tapi jenis yang sama.Secara sedar you rasa you berhak dapat seorang yang baik, fikir yang anda tahu apa anda mahukan tetapi tetap tertarik pada jenis sama. Ramai wanita miss the red flags - mostly sebab they want to be with someone or they don't want to think that they'll make a mistake of thinking he is actually ok. Dari fokus pada dia, baik you fokus pada diri you. Jangan tunggu dia berubah dan letak tanggungjawab mengubah hidup you pada dia.
2. Anda menerima "orang yang tak boleh pakai". Bila anda berkenalan dengan seorang lelaki yang anda suka, ada chemistry, your feelings take over your rational. You tahu mungkin dia banyak masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kerja, dia tak berkerjaya macam you harapkan, dia tidak begitu baik dengan orang tua tetapi baik dengan you (all th- tapi, because you let your feelings take over, you accept dia. Dan, 6 bulan bila you dah kenal dia yang sebenar, you akan hairan macam mana you boleh end up dengan dia.
3. In my coaching class I bagitahu wanita yang 99% lelaki walaupun baik belum tentu sesuai dengan kita. Ini kerana kita hanya perlukan seorang lelaki untuk menjadi suami kita. Jadi, secara semulajadinya kita pasti akan kenal macam2 lelaki dan perangai sebelum kita jumpa si dia.
4. You believe in people's potential and not what is in front of you. Ada wanita/lelaki yang memang baik yang merasakan seseorang itu boleh berubah (unconciously). Jadi anda kekal dalam hubungan anda dengan harapan dia akan berubah menjadi seorang yang lebih baik, lebih segalanya. You kena tahu menilai jika seorang itu "is just in a bad patch" atau "working through something" dengan orang yang plainly pemalas, penipu dan sebagainya.
5. Orang negatif memang suka orang yang positif/berjaya/stabil. Ini kerana mereka "got nothing to lose". Mereka boleh menggunakan you untuk macam2 benda - pinjam duit, pinjam kereta, belikan dia itu, belikan dia ini. Dan kalau apa2 jadi, dia tak ada apa2 yang merugikan dia sebab dia memang macam tu. Dan selalunya "orang tak boleh pakai" they don't give up easy bila dia kenal seseorang yang berjaya/stabil. 

Ada banyak lagi sebab mengapa anda tertarik dengan mereka ini. I can go on and on about this. What I suggest is tengok balik mereka2 yang anda pernah keluar bersama. Apakah persamaan yang mereka ada - baik kecil atau besar. Apakah perkara2 tentang mereka yang anda tidak suka, menyakitkan hati, hilang kepercayaan dan lain-lain? Anggaplah itu sebagai red flags.

2014 masih baru - anda ada banyak masa untuk menilai seseorang bila berkenalan atau fokus pada diri anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan