Cara macam mana nak menaikkan keyakinan diri

Keyakinan diri ini sebenarnya ialah bila you dapat terima diri you seadanya, baik, buruk, salah ataupun betul. Kalau anda merasakan diri anda seorang yang kurang berkeyakinan, sebenarnya ada cara untuk menjadi lebih yakin dengan diri anda dan kemungkinan mengapa anda hilang perasaan tersebut.

Soalan: Saya memang seorang yang tak confident, sudah banyak kali saya cuba untuk mengubah, tetapi masih sama. Bila saya lihat mereka disekitar saya yang berkeyakinan, saya hairan mengapa saya tidak boleh begitu. Bila saya fikirkan balik tentang hidup saya, tiada apa2 yang begitu teruk, tapi saya tetap menyalahkan diri saya. Saya cepat menilai orang dan merasakan mereka tidak sukakan saya. Adakah ini biasa? Macam mana saya boleh mendapat keyakinan?

1. Berhenti fikirkan yang semua orang confident.  Terima diri anda seadanya dan percaya anda boleh berubah. Perubahan akan mengambil masa, bukan sehari dua.

2. Fikirkan tentang apa yang anda mahir atau pandai (sesuatu yang positif tentang diri anda). Semua orang ada minat sendiri atau sesuatu yang mereka mahir. Buatlah senarai perkara apa yang anda mahir dan ingin mahir. Ambil peluang untuk mengasah kemahiran anda dan ambil peluang untuk belajar apa yang and ingin tahu atau mahir.



3. Masa kita kecil, kita sangat yakin. Kita kaitkan pengalaman kita dengan diri kita. Bila kita membesar, dalam mula mempunyai "kesedaran diri" (tentang siapa diri kita, apakah peranan kita dalam hidup, apakah yang ibu bapa kita mahukan dari kita, siapakah kita di mata kawan-kawan dan orang lain, apakah yang kita lakukan ini penting dan lain-lain) di situlah kita mula ragu tentang diri kita dan mula merasa tidak yakin. 

4.Harap yang terbaik. Bila kita mengharap atau mahukan sesuatu itu menjadi atau seperti kita jangkakan (iaitu yang terbaik) kita selalunya yakin. Satu masa dahulu mereka mengajar kita untuk expect failure (kegagalan) agar kita tidak begitu bersedih jika kita gagal. Tapi pada saya adalah lebih baik jika kita lihat perkara dengan positif dari menjadi pessimis.

5. Percaya kepada kebolehan anda. Tak semua orang tahu semua perkara, sesetengah mereka cuma tahu sesetengah perkara lebih dari orang yang lain. Jangan terlalu bergantung kepada perkara yang anda tahu dan tidak tahu, tetapi terhadap apa yang anda sanggup belajar dan ingin tahu.Jika ada orang mengkritik anda, anggaplah ianya peluang untuk anda memperbaiki diri anda. Jika mereka lebih baik dari anda, belajarlah dari mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan