Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan

Apa tu friend zone? Dan satu tip penting macam mana untuk jangan masuk/keluar dari friend zone

Wikipedia: In popular culture, the "friend zone" refers to a platonic relationship wherein one person wishes to enter into a romantic or sexual relationship, while the other does not. It is generally considered to be an undesirable situation by the lovelorn person.[1] Once the friend zone is established, it is said to be difficult to move beyond that point in a relationship.

Basically seorang kawan yang korang dah lama kenal, mungkin suka tapi tak pernah nak cuba ajak dia keluar 1 to 1 – maybe sebab dah lama sangat dah kawan, takut dia tak rasa apa yang anda rasa, takut spoil friendship dan macam2 lagilah.Selalunya mereka deny yang diorang ada apa2 tapi spend masa yang sangat banyak utk orang tu samada dari segi fizikal atau emosi . Contohnya: borak berjam2 tentang masalah ofis, pergi kenduri bersama, belikan benda2 mereka suka, selalu mendengar keluhan dan memberi pandangan positif, buat benda2 menarik bersama (tak kira berdua atau dengan kawan2 lain dan lain-lain.

Kalau ikut Wikipedia, katanya ‘to be difficult to move beyond that point in a relationship’. Is this a lost hope? Bagaimana jika anda rasa anda nak bagi one last try sebelum anda decide nak move on atau start cari teman lelaki/perempuan dengan serius?Selalunya lelaki atau perempuan kita akan cepat letak orang ini di kategori ‘kawan’ /’boleh lebih dari kawan’. Bila once mereka dah letak kita dalam kategori tersebut, susah untuk mereka mengubah fikiran. Memang susah tapi kalau anda hint dengan betul, insyaAllah masih ada harapan.

Ada banyak cara-cara untuk mula tunjuk – dan kalau dia sedar mungkin dia boleh terima (kecuali dia dah start jumpa orang lain). Waktu terbaik utk start buat ialah waktu masing-masing single…kalau dah jumpa orang lain tu, maybe it’s best you pun move along.


Tapi tip penting yang you boleh buat bermula hari ini ialah –JANGAN JADI RELATIONSHIP THERAPIST DIA. Lepas ni, stop dan jangan lagi melayan cerita dia keluar dengan mamat ni la, minah ni…kenapa mamat ni buat macam tu la, kenapa perempuan tu buat macam ni la….dan you pun dengan baiknya kata…tu lah you, buat la macam ni, macam tu….dengan memberikan lagi kata2 semangat untuk dia pursue dengan orang tu dan tutup sendiri apa2 peluang untuk cuba keluar dengan si dia. Dia akan  menganggap anda sebagai kawan yang baik dan setia kerana selalu ada untuk support dia di masa susah dan senang.

Macam mana nak jadi lebih dari 'kawan saja' - for men

Susahkan...awak mungkin minat seorang perempuan...tapi dia anggap awak macam seorang kawan sahaja. Macam mana nak lari dari status macam kawan ni?

Tanda dia anggap awak member sahaja:

  • Kalau dia anggap awak sebagai abang sahaja atau adik...atau kata he's like a brother to me...maknanya awak cuma dlm zon kawan dia
  • kalau awak asyik jadi doormat dia memang awak akan remain dlm friend zone dia (door mat...jadi tukang tunggu dia...orang back up dia)
  • Dia kawan baik I/ You are a really good/best friend
  • You faham semua pasal I
  • Dia citer semua masalah dia dengan lelaki kepada kamu
  • Dia tanya awak pendapat tentang hubungan dgn lelaki
Bila you finally have the courage nak ajak dia keluar minum, dia kata....i don't want to ruin our friendship. Macam mana situasi ni boleh berlaku?

1. Dia tak tertarik dengan awak
2. Awak pak turut ' door mat'
3. Awak tak kurang aset atau pendapatan /gaji rendah 
4.Dia jenis psycho...dia tak boleh terima rejection, dia cuma boleh berkawan dgn lelaki jika dia tidak berminat utk bersama lelaki tersebut

So macam mana nak lari dari 'zon kawan' ni? Tak senang tapi tak juga mustahil!

1. Jangan jadi terlalu available / mudah utk di hubungi, mudah berjumpa etc.
2. Keluar dengan wanita lain. Kalau dia sukakan awak, dia pasti mula cemburu.
3. Minta pendapat tentang wanita anda keluar.
4.Bagitau dia anda cuma nak jadi kawan sahaja...dia bukan bodoh, kalau anda reject dia, dia akan mula menunjukkan yg dia juga boleh jadi teman material.
5.Anda mula layan dia sebagai teman istimewa. Ajak dia pergi minum coffee dan bawa ke tempat2 menarik yang anda takkan bawa seorang kawan.
6. Kalau dia respon, jangan tunjukkan benda2 yang dia boleh agak anda lakukan, buat dia tidak menentu, biar dia tertanya2. Ada banyak perbezaan antara perlukan seseorang dan mahukan seseorang. Sekiranya dia rasa yang anda akan tinggalkan dia untuk seseorang yang lain, pastinya reaksi dia terhadap anda sangat berlainan!