Update on singles mixer 26 Dec 20011

Ini gambar mixer event pada 26.12.2011. Sekiranya anda minat untuk menyertai dimasa akan datang, anda boleh ke laman web kami www.findmychemistry.com untuk menjadi ahli.Selain daripada invites ke mixer, anda akan di update mengenai latest search/carian terkini lelaki atau wanita bujang, duda/janda ataupun balu dan pakej/program carian jodoh kami. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan ke maya@findmychemistry.com. Di bawah adalah gambar antara mereka yang hadir.







26 Disember - singles mixer/ perjumpaan untuk mereka yang single

Singles mixer adalah sebuah perjumpaan mereka yang bujang yang ingin berkenalan dengan mereka yang juga bujang.

 Pada 26 Disember ini kami akan adakan mixer di Delicious@Dua Residency,Jalan Tun Razak KL dari jam 3.30petang - 6.30petang (lebih kurang).Penyertaan adalah terbuka untuk mereka berumur minimum 23 tahun, bujang, telah bercerai atau balu.Harga untuk seorang ialah RM60 dan anda mesti membayar deposit sebanyak RM40 pada Jumaat 23 Disember, selebihnya pada hari Isnin.

Antara aktiviti ialah speed dating >>the idea is untuk memberi anda peluang untuk berjumpa dengan pelbagai jenis orang dan sekiranya anda sudah lama tak date, ini akan beri anda a great exercise untuk berkenalan dengan mereka yang juga single.

Untuk pertanyaan lanjut sms 0176116432/ email maya@findmychemistry.com

3 peringkat cinta anda mesti tahu

3 peringkat ini anda perlu tahu sekiranya anda tidak tahu...ianya boleh membantu anda memahami apa yang sedang berlaku pada diri anda.Kenapa anda kadang2 tidak boleh lupakan seseorang dan sebagainya.

#1 Perasaan romantik atau nafsu. (Romantik = kecenderungan atau perasaan yang mencadangkan keseronokkan dan misteri yang dikaitkan dengan perasaan cinta)Perasaan romantik tercetus dgn estrogen dan testeron. Ia membuat anda ada tarikan fizikal yang kuat ‘ physical attraction’ dan menyediakan anda untuk hubungan emosi. Pada peringkat ini endorphin menyerap ke otak dan anda akan mendapat perasaan keseronokkan yang sangat mendalam. Anda akan rasa wanita/lelaki yang anda cintai itu atau suka seperti sempurna, sesuai dan tepat untuk anda. Anda akan merasa riang atau suka seperti apabila anda menikmati coklat. Malahan anda akan rasa tergila-gilakan dia ditahap ini. (Rasanya peringkat inilah dimana remaja selalu memikirkan atau merasakan mereka jatuh cinta dan kemungkinan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku).

#2 Perasaan fizikal dan perebutan kuasa adalah tahap ke dua dalam percintaan di mana perasaan love sick hadir. Anda mungkin hilang selera, tidur tidak lena (macam pepatah melayu: makan tak kenyang, mandi tak basah), teringat dia didalam kereta, meeting dan sebagainya. Pada peringkat ini dopamine, norepinephrine, and serotonin berlumba di dalam badan anda. Pada peringkat ini anda akan mula mengubah pasangan anda kepada pasangan ideal anda – disini bermulalah perebutan kuasa bermula. Anda menjadi lebih realistik – anda mula bergaduh tentang jalan mana yang lebih cepat, tentang samada nak makan makanan organic atau tidak dan sebagainya. Perasaan berahi/infatuation sudah mula pudar dan perasaan bergantung atau mengharap mula menguasai dan lama kelamaan perasaan infatuated/berahi itu hilang.

#3 Emotional attachment –ikatan emosi/pautan emosi (thanks hasry,atzan,eja and the rest!) atau cinta yang tak berbelah bagi. Ikatan emosi termasuklah komitmen terhadap perhubungan, perkongsian dalam hubungan (partnership) dan terhadap kanak2 (seperti mendapat anak). Pada peringkat ini anda telah pun mengenali baik buruk sikap pasangan anda dan memutuskan untuk hidup bersama. Konfrontasi berlaku pada peringkat ini (kadangkala di peringkat kedua sekiranya anda ikhlas dan benar). Anda akan memilih samada untuk meneruskan hubungan yang sah ataupun memilih untuk berpisah.

Cinta ialah sesuatu yang hidup, ianya berubah, membesar dan perlu di jaga.Di semua peringkat, cinta akan mengajar anda tentang kekuatan dan kelemahan anda dan juga pasangan anda.

5 cara hebat untuk tidak dapat date ke 2

Ada setengah orang yang memang ok. Dia selalu di ajak keluar. Lelaki atau perempuan...sama saja. Mereka memang mahukan date ke 2, tapi jarang berlaku.Kenapa tak dapat second date?

1. Anda cerita  tentang EX anda.
Tak siapa yang mahu tahu dengan panjang lebar tentang orang yang mereka tak kenal. Dan nampak macam anda masih tak get over dia lagi. 

2.Cerita banyak sangat tentang diri anda.
Seronok saya dapat meluangkan masa berkenalan dengan awak - saya dapat tahu benda2 anda suka buat zaman remaja,favourite colour, makanan kegemaran anda, siapa best friend awak, siapa boyfriend dia, dia ada berapa ramai adik beradik...anda pernah kerja dimana,berapa lama, siapa bos anda, kenapa awak berenti bekerja di sana semuanya dalam masa 2 jam....ye ke seronok?tidak langsung.

3. TMI (too much info)
Awak selalu sendawa kuat? Awak kadang kala terkentut kuat? Awak baru start period? OK, bill please.

4. Plan our future
Minggu depan I free, kita boleh pergi makan kat Marche the Curve, next month ada concert Jim Morrison kita boleh tengok...bulan 3 ni F1, kalau you suka, I boleh temankan...lagi 9 months ada ATP world tour, kita boleh pegi tengok...nanti bila you free, I boleh kenalkan you kat mak bapak I...erk?

5. Layan pelayan dengan teruk
I tadi minta ice coffee bukan coffee...you tak dengar ke tadi? Tak reti ke serve makanan? ok, you're embarassing me.

Layanlah date anda dengan baik,berminatlah dengan topik yang diceritakan...tukarlah kalau anda tidak berminat dan jangan terburu-buru. InsyaAllah anda ok.

Orlando Bloom dengan isteri,  Mirinda Kerr

Kenapa Mr.Nice Guy selalu tak dapat yang dia nak?

Siapa sebenarnya Mr.Nice Guy? Mr.Nice Guy adalah jenis lelaki yang suka bersetuju. Dia bersetuju dengan hampir semua situasi sebab dia baik. Mr.Nice Guy beri wanita peluang ke dalam hidup dia dan biar dia buat apa yang dia suka dan mengharap mereka akan suka dia kerana dia bersetuju dengan kemahuan mereka. Bagi dia adalah penting wanita sukakan dia.

Masalahnya dengan mereka yang suka bersetuju, mereka kelihatan seperti tiada pendirian,tiada penghormatan diri sendiri ataupun boring. Bila dia sukakan seseorang dia akan buat apa saja untuk perempuan itu...kalau si wanita tak ada transport nak balik rumah, dia akan hantar, kalau si wanita kata 'oh, weekend ni I tak free' dia akan kata 'it's ok, lain kali bila you ready pun boleh'. Mr.apa2 pun boleh:(

Perempuan mahukan lelaki yang 'take the lead', membuat pilihan untuk diri mereka sendiri,tahu apa mereka mahukan dan yang akan berbahas bila dia tidak setuju dengan sesuatu.

Jadi, apa yang patut anda lakukan?Jadi bad boy? Tak perlu - anda cuma perlu jadi lelaki yang hebat. Untuk menjadi lelaki hebat anda mestilah percaya dengan diri anda sendiri. Anda mesti buat pilihan yang tak semestinya membuat date anda happy. Anda perlu membuat dia rasa seperti anda boleh keluar dengan siapa sahaja, tetapi anda pilih dia. Perempuan tak mahu keluar dengan anda hanya kerana dia sahajalah pilihan anda.

Jangan lah jadi Mr.Nice Guy semata-mata kerana anda mahukan wanita sukakan anda. A man with an opinion, who is daring to say no, who decides what he wants and calls the call is definitely more interesting ...so become the Great Guy. Good luck!
gambar semata-mata ;)

Kenapa anda asyik mendapat lelaki yang salah?

Sekarang ni memang susah nak cari lelaki yang boleh sweep you of your feet...jadi perempuan kena cuba untuk buat peluang untuk jumpa mereka atau buat mereka layan anda dengan lebih baik.

Sekiranya anda selalu menarik/menawan perhatian mereka yang salah ini,tak kiralah yang single, dah kawin atau yang lagi muda dari anda - mungkin juga anda melakukan sesuatu yang salah.Jadi anda perlu melakukan sesuatu untuk mengubah dari berjumpa dengan mereka ini - cepat.

Anda barangkali menarik golongan ini kerana diawal perhubungan anda kerana tidak menetapkan jenis karekter apa yang anda tidak akan bertolak ansur (perangai2 yang anda tak suka, prinsip dll) atau sanggup melayan.

Sebab tu, lelaki yang anda dapat tadi akan perasan atau kesan dgn cepat...dan dia akan menggunakan, dan pijak anda. Jadi setkan standard yang tinggi dan anda mungkin akan mendapat mereka yang lebih baik etc.


DISEMBER - Bulan terakhir untuk menjadi ahli secara percuma

Akhirnya sampai juga kita penghujung tahun 2011. Cepatnya masa berlalu. Please take note, Disember 2011 ialah bulan terakhir kepada mereka yang ingin join sebagai ahli program carian jodoh Find My Chemistry secara PERCUMA. 
Mulai 2012, kami akan mengenakan bayaran untuk penyertaan program dan pengesahan sebagai ahli. Kami akan mula mengenakan syarat dan terma yang ketat untuk mereka yang menyertai program kami kerana kami hanya mahukan mereka yang benar-benar serius dalam pencarian jodoh.
Oleh itu, sekiranya anda ingin menyertai tapi tidak berapa pasti untuk mengambil pakej kami, disarankan utk anda sign up sebagai member DISEMBER 2011 ini.Anda juga boleh sign up untuk mereka yang mungkin anda rasa mungkin berminat untuk join.

Kenapa sertai sekarang?
Fee untuk menjadi ahli dan pengesahan ialah RM100.00 Untuk menjadi ahli sahaja RM60. Sekarang kami mempunyai membuka keahlian dan pengesahan kepada semua secara percuma.

Jangan tunggu lama, jodoh anda mungkin menunggu anda! Don't wait till next year!