3 peringkat cinta anda mesti tahu

3 peringkat ini anda perlu tahu sekiranya anda tidak tahu...ianya boleh membantu anda memahami apa yang sedang berlaku pada diri anda.Kenapa anda kadang2 tidak boleh lupakan seseorang dan sebagainya.

#1 Perasaan romantik atau nafsu. (Romantik = kecenderungan atau perasaan yang mencadangkan keseronokkan dan misteri yang dikaitkan dengan perasaan cinta)Perasaan romantik tercetus dgn estrogen dan testeron. Ia membuat anda ada tarikan fizikal yang kuat ‘ physical attraction’ dan menyediakan anda untuk hubungan emosi. Pada peringkat ini endorphin menyerap ke otak dan anda akan mendapat perasaan keseronokkan yang sangat mendalam. Anda akan rasa wanita/lelaki yang anda cintai itu atau suka seperti sempurna, sesuai dan tepat untuk anda. Anda akan merasa riang atau suka seperti apabila anda menikmati coklat. Malahan anda akan rasa tergila-gilakan dia ditahap ini. (Rasanya peringkat inilah dimana remaja selalu memikirkan atau merasakan mereka jatuh cinta dan kemungkinan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku).

#2 Perasaan fizikal dan perebutan kuasa adalah tahap ke dua dalam percintaan di mana perasaan love sick hadir. Anda mungkin hilang selera, tidur tidak lena (macam pepatah melayu: makan tak kenyang, mandi tak basah), teringat dia didalam kereta, meeting dan sebagainya. Pada peringkat ini dopamine, norepinephrine, and serotonin berlumba di dalam badan anda. Pada peringkat ini anda akan mula mengubah pasangan anda kepada pasangan ideal anda – disini bermulalah perebutan kuasa bermula. Anda menjadi lebih realistik – anda mula bergaduh tentang jalan mana yang lebih cepat, tentang samada nak makan makanan organic atau tidak dan sebagainya. Perasaan berahi/infatuation sudah mula pudar dan perasaan bergantung atau mengharap mula menguasai dan lama kelamaan perasaan infatuated/berahi itu hilang.

#3 Emotional attachment –ikatan emosi/pautan emosi (thanks hasry,atzan,eja and the rest!) atau cinta yang tak berbelah bagi. Ikatan emosi termasuklah komitmen terhadap perhubungan, perkongsian dalam hubungan (partnership) dan terhadap kanak2 (seperti mendapat anak). Pada peringkat ini anda telah pun mengenali baik buruk sikap pasangan anda dan memutuskan untuk hidup bersama. Konfrontasi berlaku pada peringkat ini (kadangkala di peringkat kedua sekiranya anda ikhlas dan benar). Anda akan memilih samada untuk meneruskan hubungan yang sah ataupun memilih untuk berpisah.

Cinta ialah sesuatu yang hidup, ianya berubah, membesar dan perlu di jaga.Di semua peringkat, cinta akan mengajar anda tentang kekuatan dan kelemahan anda dan juga pasangan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan