Memaparkan catatan dengan label single mixer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label single mixer. Papar semua catatan

Tanda2 anda keluar dengan suami orang

Anda ada terasa something wrong dengan hubungan anda? Kemungkinan besar ya!

#1 Dia tak pernah nak pergi tempat dekat2 kawasan dia tinggal
Takkan la dia nak awak terserempak dgn wife dia kan? If dia ajak keluar minum,kemungkinan besar dia takkan ajak awak keluar dekat rumah dia, walaupun untuk roti canai dan nasi lemak. Dia akan pilih restoran atau buat aktiviti yg agak jauh dari tempat biasa dia.

#2 Awak cuma jumpa beberapa orang kawan dia
Dia tidak kenalkan awak dgn kawan2 dia atau family (kalau family mungkin ok lagi). Dan kalau dia kenalkan pun mungkin a small circle of friends and balik2 the same group of people. Tak de pulak dia kenalkan dengan kawan2 ofis, kawan2 main sukan dia etc. Bila dia limitkan pengenalan awak dgn orang, bermakna dia ada geng kawan2 yg tahu dia kahwin dan mereka ikut shj rentak si dia.

#3 Awak cuma tahu nombor mobile dia saja
Dia tak bagi awak nombor lain selain nombor mobile dia. Tak bagi nombor ofis atau rumah. Kalau dia tak bagi senang untuk dia untuk contact awak sahaja.

#4 Tengok2 kalau dia ada simpan gambar perempuan
Samada dalam wallet dia, kereta, ofis atau mana2 tempat. Kalau dia ada gambar dalam wallet dan kata ‘oh tu ex I’, kawan I…be on alert!

#5 check out his car. Is he driving a mpv and kata dia single?atau say dia dah divorce tapi drive kereta ni because of the kids…a single man will not drive a family car.

#6 Perhatian dia tak konsisten
Dia cuma free Selasa/Khamis. Ada masa dia call kata rindu sangat lepas tu besok dia dalam dunia dia sendiri. Dia cuma call waktu dia drive, dia selalu kena letak talifon bila dah sampai destinasi. Umumnya perhatian dia cuma pada waktu tertu (hari atau masa).

#Dia tak boleh…
dia tak boleh cakap pada bila2 masa dengan awak. Dia pesan jangan call malam, dia suruh awak talifon waktu2 tertentu, dia tak reply sms anda lepas berjam-jam, dia tak boleh buat benda2 secara spontan…macam jom kita gi minum coffee.

Mungkin ada juga orang single yg mcm ni, tapi kalau semua tanda dia ada…jaga2!

Remember him?You sure shocked the world Tiger!


26 Disember - singles mixer/ perjumpaan untuk mereka yang single

Singles mixer adalah sebuah perjumpaan mereka yang bujang yang ingin berkenalan dengan mereka yang juga bujang.

 Pada 26 Disember ini kami akan adakan mixer di Delicious@Dua Residency,Jalan Tun Razak KL dari jam 3.30petang - 6.30petang (lebih kurang).Penyertaan adalah terbuka untuk mereka berumur minimum 23 tahun, bujang, telah bercerai atau balu.Harga untuk seorang ialah RM60 dan anda mesti membayar deposit sebanyak RM40 pada Jumaat 23 Disember, selebihnya pada hari Isnin.

Antara aktiviti ialah speed dating >>the idea is untuk memberi anda peluang untuk berjumpa dengan pelbagai jenis orang dan sekiranya anda sudah lama tak date, ini akan beri anda a great exercise untuk berkenalan dengan mereka yang juga single.

Untuk pertanyaan lanjut sms 0176116432/ email maya@findmychemistry.com