4 gambar yang membuat orang fikir anda bukan single atau hilang fokus

Mari kita jujur...gambar profil anda memang penting. Anda tak perlu menjadi orang yang paling lawa untuk berkenalan dengan orang online, cuma penampilan yang baik.
Tak semestinya gambar anda yang menarik perhatian, tetapi apa yang anda lakukan dalam gambar tersebut yang memainkan peranan penting sebab orang akan menilai.
1. Ambil gambar dengan perempuan /lelaki. Bila anda ambil gambar dengan perempuan lain atau lelaki lain, automatik orang akan fikir bahawa itu teman istemewa anda walaupun bukan.
2.Gambar dengan baby atau anak buah. Bagi mereka yang tak kenal anda, sekali lihat pasti terfikir anda sudah berkahwin dan mempunyai anak. Jadi jangan letak gambar anda dgn anak2 buah walaupun mereka favourite anda...well not on the profile pic at least!
3.Ambil gambar berdiri ramai-ramai. Yang mana satu dia ya?Yang ini ke?Kawan dia lawa lah.Dah melepas.
4. Classy vs.trashy. Pakaian adalah penting, termasuklah cara posing. Kalau dah terlebih nanti nampak cheap atau anda trying too hard. Keep it simple and not too much.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan