Resolution 2012

2012 sudah bermula...adakah anda aim untuk makan lebih sihat, membuat lebih banyak wang, berkenalan atau dikenalkan kepada lebih ramai singles, mereka yg bujang, duda,janda,balu ataupun ingin berkahwin?

Anda sedang meletakkan harapan ' tahun ini'. Bagaimana tentang 'hubungan' tahun lepas 2011?Cuba anda fikir tentang apa yang kamu katakan pada 2011 adakah - saya akan keluar dengan lebih ramai wanita, dikenalkan kepada lebih ramai lelaki? Adakah anda berkata anda akan jadi lebih berani untuk mengajak wanita keluar?atau memberanikan diri utk berkenalan lelaki?(termasuklah mencari wang lebih, makan makanan lebih sihat, exercise, diet etc).

Contohnya kalau anda jenis yg tidak keluar, dan mungkin hanya keluar 3-4 orang sahaja tahun lepas, dan berniat utk keluar berjumpa 12 orang tahun ini, iaitu seorang sebulan.....itu adalah satu pencapaian yg agak tinggi. Ramai orang yang berkata 'oh tahun ni aku akan keluar dengan ramai perempuan' hakikatnya adakah mereka telah melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang mereka katakan?

Jadi, anda perlulah setkan target yang realistik. Siapkan diri anda untuk keluar bertemu si dia, walaupun anda belum jumpa lagi si dia. Jagalah pemakanan anda, penampilan anda...banyakkan membaca isu2 semasa, luangkan masa untuk belajar sesuatu yang baru dan sebagainya.

Lihatlah 2012 sebagai sabagai satu tahun yang lebih positif. Letakkan target yang sesuai dan tak terlalu over. Ini akan membantu anda dalam bertanya seseorang untuk keluar dengan anda ataupun memngajak seseorang untuk keluar dengan anda. InsyaAllah anda akan berkenalan dengan lebih ramai orang yang inginkan hubungan jangka panjang. Ingat, stay positive!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan