Macam mana nak jumpa Mr.Right/ Miss Right?

Although not widely discussed or talked openly, marriage is a high priority in our Malaysian
 Muslim society. In fact it is one of the highest priority in being a Muslim since it is wajib and not fardhu.

I think many women reach a stalemate (jalan buntu) situation once they reach the age of 30. Searching a soul mate is not an easy quest, the wiser we become with age, the many questions arise, questioning security, stability, happiness, money and so forth. A lot of soul searching comes with it too, like 'Allah why haven't I found someone?', 'Why am I still not married?' Some blame others, like their parents, friends, work etc. However, at the end of the day, it comes back to you.

Ini mungkin antara faktor yang menahan anda dari mencari pasangan dan apa anda boleh buat untuk memberi diri anda peluang untuk berkenalan atau untuk jumpa pasangan anda.

1) Berhenti dari membiarkan hubungan lama anda untuk mempengaruhi hubungan baru.
Ramai orang suka buat comparison (berbezaan) tentang hubungan mereka yang lepas. Contohnya antara mereka yang berjumpa saya akan beritahu...."Maya, I tak nak yang below 40. My experience dengan lelaki yang below 30 ni, diorang tak mature,clingy, tak tahu apa yang diorang nak"....ada juga yang kata " Maya, please carikan I someone yang macam ex I" (a guy asked me this). I even asked the guy to get over the fact that his ex is married and that he will mostlikely never meet anyone like her and only and if only dia betul2 over that, he can come back to me and ask to be introduced to someone. Maybe just maybe, korang perasan tak yang you are stuck in a cycle? Keep falling for the same type of people?So, how to break it? Mungkin cuba berkenalan dengan orang yang opposite dari apa yang you want. Fikir balik, adakah anda asyik berjumpa orang jenis yang sama?Kesedaran/awareness is the key here.

2) Jangan settle for less.
Ramai orang, bukan di Malaysia saja, mat salleh pun sama...menerima hakikat yang anda takkan jumpa Mr.Right /Miss Right. Kita dah ada mind set yang di ajar dari generasi ke generasi yang kadang2 kita kena terima apa yang ada depan kita. Mungkin ianya ok sekarang, tetapi fikirkan 10 tahun dari sekarang bila anda lihat pasangan anda dan tidak merasa sebarang perasaan, kemarahan atau sesuatu kekosongan. Cuma ingat, jangan berfikiran negatif, selalu fikirkan yang anda akan berjumpa sebab bila anda merasakan anda tidak akan langsung berjumpa Mr.Right/Miss Right anda atau peluang sangat tipis, anda sebenarnya menutup peluang anda sendiri dari berjumpa dan akan menanam perasaan anda tidak akan berjumpa dengan dia. Dan, kadang2 Mr.Right/Miss Right kita tak semestinya perfect macam kita nak, jadi berilah mereka peluang.

3)Anda selalu complain tentang lelaki (kalau perempuan), dan perempuan (kalau anda lelaki).
Ini pulak habit dari kecil yang terbawa-bawa hingga ke dewasa. Mungkin anda ada kawan2 yang juga kaki complain tentang lelaki/perempuan...jadi bila bercerita seronok sahaja sebab kawan2 sependapat. But be careful what you wish for! Lagi selalu kita kata secara tidak sedar anda program subconscious mind anda untuk percaya apa yang anda kata. Jika anda boleh fikirkan seorang lelaki/perempuan yang tidak ada apa2 kriteria yang anda complain, insyaAllah anda mungkin boleh jumpa Mr.Right/Miss Right anda.

4.Anda fikir soulmate cuma dalam movie...atau rasa soulmate anda tak exist.
Ini berkait dengan cerita tadi. Bila anda fikir si dia tak ada dalam dunia ni...anda dah tutup semua possibility. Bila jumpa orang baru pun nanti subconscious anda akan kata..tapi dia ni tak ada apa yang i nak...walaupun anda sebenarnya sukakan orang tu tapi sebab anda selalu rasa/katakan tak ada, anda rasa dia bukan yang anda mahukan. Dah melepas:( Ingat, believe yang Mr.Right/Miss Right exist, then will only he or she walk through your door.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan