Lafaz niat dan doa bulan Ramadhan 1434/2013

Alhamdulillah, Ramadhan kunjung tiba lagi. Hari ini sudah masuk hari ke 2 Ramadhan. Harap masih tak terlambat nak share maklumat niat/doa di bulan puasa ini. Semoga kita semua diberkati Allah dibulan yang mulia ini. InsyaAllah :)

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى



Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Doa Berbuka Puasa Sendirian


(Yang stuck drive sorang2 dalam kereta ke nanti, boleh baca doa ni) :


Ya Allah, KeranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan atas rezeki dari Mu aku berbuka puasa, dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Doa Berbuka Puasa dengan famili/beramai-ramai/jemaah

Yang atas ni untuk ber seorangan, untuk ramai ramai sila tukar perkataan "tu (ta)" kepada "na ( nun +alif). Barulah maksud ayat "aku" bertukar kepada "kami".

Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kamidengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)


Kalau ada silap, feel free untuk betulkan :)