Bila beraya...mesti ditanya 'bila nak kahwin?'

Semoga anda semua happy meraikan raya setakat ini. Rayalah time paling banyak sekali jumpa orang - family jauh, saudara mara, kawan2 kerja dulu, baru, jiran tetangga dan juga orang2 yang kita belum pernah jumpa dan kenal.

Antara soalan favret yg didengari selain musim kawin/kenduri, bila nak kawin? dah kawin ke? ingatkan dah kawin...dan macam2 lagi lah yg ada perkataan kawin di awal,tengah, hujung ayat. Kadang2 hairan, dah tahu soal jodoh ni soal sensitif masih dok nak tanya. Biasalah...kadang2 kita berjumpa orang yg tak faham atau tahu soalan tu soalan sensitif...especially aunty2 yg lebih tua. So abaikan saja, senyum dan bagitahu saja 'kalau makcik kenal yg sepadan dengan saya, recommend lah' jangan marahkan dia, manalah dia nak tahu. Lagi2 makcik yg duduk kampung, buat  kuih atau bercucuk tanam, kerja kecil2an..dunia dia kecil jadi itulah jadi soalan dia utk socialise dengan anda yg serba IT, serba canggih,frequent flyer,serba serbi.

Most of the aunties yg serba serbi, they don't ask that much. Yang relatives tu standard la, nak tahu anak sedara dah kawin ke, nak kawin ke, dengan siapa etc.Pakcik2, uncle2 jarang tanya...tak penting sangat kot melainkan nak promote anak mereka.

My advice, cakap je straight anda single. Kalau kenal sesiapa yg sesuai, minta direcommendkan. Ramai mak-mak yg bercerita tentang anak2 mereka yg single time raya. Berkenalanlah dengan aunty2, uncle2 yang korang akan jumpa beraya nanti. Asyik tengok awek cun atau mamat hensem tapi tak buat apa2 pun tak guna.

Jom jadi lebih proaktif raya ni nak berkenalan dengan ramai orang. Tak rugi berkenalan dengan sesiapa pun sebenarnya...anggaplah setiap mereka yg anda kenal akan membuka lebih banyak pintu perkenalan dan insyaAllah kepada si dia.

Selamat beraya dan pandu selamat di Syawal ini!



1 ulasan:

  1. Btol tu. Time raya ni sambil2 beraya buleh brkenal2lan dgn mcm2 org. Soal sedara mara tnya tu biasa la. Biarkan je dorang tanye.Da kawin ke lum, straight foward je ckap blum, msih solo lg. Bila nk kawin? Bila dh ada gf/bf le. Bg yg dh ada kekasih tp blum kawin, lg depa suka tnya. Hang bila nk kawin tk baik cintan lama2 nak oii. Tgh merancang lah nie.. Tk pun cakap mcm ni..Knp? Nk sponsor kami ke?? Ha..ha..sure diorang trlopong..

    BalasPadam