Macam mana nak mula cakap dengan orang yang kita baru kenal?

So anda dapat invitation utk pergi barbeque rumah kawan anda hujung minggu nanti?atau wedding invitation?house warming? Adakah anda nervous untuk berjumpa orang baru?malas kerana tak kenal sesiapa? Untuk mencari bakal gf/bini atau bakal bf/suami anda kenalah rajin bersosial sikit. Sebab kenalah tunjuk yang anda exist, kalau tak macam mana nak compete dizaman serba canggih dan moden ni? 

1. Fikirkan sesuatu yang anda boleh bualkan, kalau nervous buat lah homework apa cerita latest didunia skrg ni. Jadi kalau anda di tegur atau mulakan perbualan anda dah idea apa nak cakap. 

2. Bila orang tegur, atau anda nak tegur orang, jangan over think. Just tegur. " Hi, saya Maya. You kawan ofis Sheila ke?". Tadaaaaa :)

3. Beri perhatian. Bila anda berbual atau tetiba anda berada dalam satu group, beri perhatian. Tanya soalan utk menunjukkan anda mendengar (jangan over pulak). Dengar lebih dari bercakap kalau anda tetap takde idea nak cakap apa.

4. Fikirkan yang baik2 tentang orang lain. Kalau ada orang start bergosip, tak perlulah join sekali. 

5. Tunjuk keyakinan diri anda tapi pada masa yang sama stay humble. Pergilah bertegur dengan mereka yang ada dan anda akan perasan yang orang lain juga akan menegur anda.

6. Ingat nama2 orang yang anda berkenalan. Bila anda berbual atau bertanya, selitkan nama mereka 
"Ahmad, you pernah makan cendol yang kat Lake Garden tu?" Bila kita ingat nama orang kita akan ingat mereka dan mereka akan rasa yang kita ambil perhatian mendengar apa yang mereka bualkan.

7. Cuba cari persamaan. Kita akan cepat mesra dengan mereka yang kita ada persamaan - kampung parents, tempat lahir, music, makanan, jenis movie, sukan dll. Tapi kalau anda rasa mereka tak mahu borak tentang hal2 tersebut, tak payah push lagi utk borak (maybe they're having a bad day).

8. Tahu bila nak stop borak. Kalau korang dah berborak 5-15minit tu kira baguslah tu. Stop berborak tu benda normal, sebab semua perbualan ada beginning.middle and end. Korang boleh stop bercakap, it was nice meeting you Ahmad. Nanti maybe we can talk some more?" :) and jangan lupa exchange phone numbers/ambik gambar kalau they ask...maklumlah zaman sekarang...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan