Tanda yang anda dah tak berminat dengan si dia


1.Anda suka whatsapp/text sahaja dari call. Kalau orang bercinta selalunya dia akan luangkan masa untuk telefon macam mana sibuk sekali pun. Kalau anda tiba2 rasa ada benda lagi penting nak buat, maybe it's time to figure out apa yang anda nak.


2. Dia back up anda. Dalam drama, wayang bolehlah. In real life it's a bit self centred lah kan. No one wants to be a back up. Imagine if you were a back up.

3. Asyik cancel jumpa dia. Bila anda asyik cancel nak jumpa dia over friends and family, atau create alasan untuk tak jumpa, tu maknanya dah takde hati. Mungkin anda dalam relationship tu sebab tak nak jadi single. Bila anda jumpa seseorang yang lagi hebat, korang akan dump dia. 

4. Korang okay flirt dengan orang lain. Kenapa be in a relationship kalau nak flirt dengan yang lain?

5. Kawan2 korang tak kenal dia siapa. Maybe awal2 tu faham juga tapi kalau dah lebih 6 bulan mungkin korang sendiri tak pasti tentang hubungan tu. (Unless kawan korang asyik kebas, tu lain cerita).

6. Anda ready je nak gaduh dengan dia. Kalau hal2 kecil pun korang cari hal, maknanya mungkin korang tak berani nak break up tapi harapkan dia yang akhirkan.

7. Asyik kritik atau sindir dia. "Cakap perlahan sikit boleh tak?" "Makan elok2 sikit boleh tak?", "tak ada baju elok lagi ke nak pakai?" Baik anda kaji balik kenapa asyik kritik atau sindir dia dan terus terang.

8. Anda takde rasa apa2 bila dia share something yang menggembirakan. Dia dapat promotion, kerja baru, naik gaji, menang sesuatu atau apa2 saja yang buat dia happy. Walaupun anda senyum tapi dalam hati anda rasa tak senang, tak kisah atau tak berminat. Kalau anda lagi ambil tahu tentang  relationship atau kejayaan kawan-kawan, rasanya anda kena fikir balik tentang hubungan anda.

9. Bila anda tak dapat nak luahkan perasaan anda kepada dia - yang anda sukakan dia, ingin bersama dia dll. Mulut macam berat je nak cakap. 

10. Bila anda pernah atau selalu terfikir nak break up dengan dia. People who are happy together don't think about breaking up. Kalau anda dah melalui benda-benda ni dan terfikir, mungkin kena fikir balik jika hubungan anda adalah sesuatu yang anda mahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan