Launching Find My Chemistry Online Match Portal

Over the weekend we had a fantastic pre-launch celebration and mixer. Everyone had a superb time, and the food we had over at Ministry of Coffee was simply delicious! (Thanks Mark and Ariffin!).

Antara foto semasa pelancaran:







Apakah itu Find My Chemistry online match portal?
Find My Chemistry online match ialah sebuah program carian jodoh online. Mungkin ada antara anda yang biasa menggunakan dan ada juga antara anda tidak pernah menggunakan dan biasalah, pastinya ada yang skeptikal dengan konsep berkenalan sosial ini.

Setelah 2 tahun lebih membuat carian jodoh, saya dapati ramai wanita dan segelintir lelaki yang tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan, tidak tahu bermula dimana, segan untuk pergi melakukan aktiviti sosial dan ada juga memulakan suatu hubungan tetapi tidak begitu tahu bagaimana untuk meneruskan.

Jadi dengan adanya online match ini, anda boleh mencari kenalan baru dan juga mereka yang berpotensi untuk menjadi pasangan suami/isteri. Saya nasihatkan dalam mengguna online match ini, jika anda mendapat hi atau mesej dari mana2 pihak, cubalah dulu untuk berkenalan, dan tapis kemudian. Ramai pengguna facebook, terutamanya wanita (tidak semua) begitu teliti atau berhati2 dengan siapa mereka berkenalan. Jika anda berumur 20an, ianya mungkin tidak menjadi masalah untuk mendapat kenalan lelaki yang ramai. Tetapi, jika anda 30an,40an ianya akan menjadi sukar. Oleh itu terima dahulu, walaupun bukan citarasa anda. Pengalaman saya, dari kelas coaching yang saya ajar, mereka yang berumur 30an berjaya untuk bertunang atau memulakan hubungan adalah antara mereka yang mengubah sedikit apa yang mereka cari selama ini.

Contohnya,jika selama ini anda mencari lelaki yang 5 tahun lebih tua dari anda, kali ini, anda cuba mencari lelaki yang 10 tahun lebih tua dan juga 5 tahun lebih muda dari anda.  Dari situ sahaja anda akan mendapat lebih peluang. Jika selama ini anda mencari wanita yang berkulit cerah, kali ini mungkin anda bertegur dengan wanita yang berkulit hitam manis, sawo matang dan sebagainya. Perubahan 5% inilah yang kadang2 boleh membantu anda untuk berkenalan dengan lebih ramai orang.

InsyaAllah, dalam minggu ini anda boleh mengisi carian dan profil anda. Kami akan kemas kinikan maklumat dari masa ke semasa apabila ianya berjalan lancar. Pastikan anda mengikuti blogspot ini...insyaAllah saya akan buat sesi percuma bagaimana membuat profil anda lebih menarik dan juga cara menulis untuk menarik minat untuk orang menghubungi anda.

Untuk apa2 pertanyaan lanjut tentang online portal ini, hubungi contact@findmychemistry.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan