Mengambil hati kawan-kawan dan keluarga si dia

Dalam suatu hubungan yang penting hanyalah kamu dan dia. Tapi dalam dunia yang nyata, kita tidak hidup berdua...semua orang yang berkait dengan si dia akan mempunyai pandangan tersendiri tentang kamu, samada baik atau tidak. Dan hanya dengan 1 pendapat negatif sahaja boleh menyebabkan masalah. Ini antara tips yang anda boleh guna untuk menjadi 'si dia' yang di sukai / di terima oleh kawan2 dan famili dia.

1. BFF (best friend forever) dia
Apa yang bff dia risaukan: awak mungkin seorang loser atau jerk macam yang lepas. BFF dia akan perasan dengan cepat kalau anda sama saja macam loser boyfriend(s) dia yang lepas-lepas. Mungkin dia menjauhkan diri untuk berkenalan atau memberi pendapat/sokongan terhadap anda.
Penyelesaian: Cuba jadi kawan kepadanya - dan jadilah kawan yang benar.Ambil tahu tentang masalah kawannya....berikan pendapat  yang bertimbang rasa dan jujur.Dengar dengan baik apabila mereka bercerita tentang lelaki losers mereka pernah jumpa. Anda boleh dapat tahu dan mengelak untuk tersenarai dalam kategori lelaki-lelaki losers yang mereka kenal.

2. EX dia yang mesra
Apa yang ex dia risaukan: dia akan dilupakan. Perjumpaan minum kopi yang sekali sekala akan tidak ada lagi dan akan tertumpu pada anda sahaja, menambahkan lagi kerisauan yang ex dia sendiri mungkin tidak perasan.
Penyelesaian: Kebolehan si dia untuk berkawan dengan seseorang yang dia pernah mempunyai hubungan menunjukkan dia matang - jadi janganlah  menunjukkan anda begitu curiga kerana ia akan menunjukkan yang anda jealous tak kena tempat dan tidak berkeyakinan. Buatlah ex dia rasa seperti dia sebahagian dari hidup si dia tanpa perlu adanya exnya bersama. Kalau anda terserempak di mana2, act relax dan casual tak perlu nak lari pecut 100m atau bermasam muka. Dengan cara ini anda menunjukkan yang anda tidak rasa tergugat tentang hubungan anda dan si dia.

3.Mak dia
Apa yang mak dia risaukan: kamu dekati dia dan melukakan hatinya
Penyelesaian: Kalau harijadi si dia dekat atau ada ada sesuatu yang akan diraikan (kenaikan pangkat dll) rancangkan lah dengan ibunya untuk menyambut hari tersebut. 'Baiknya budak ni' ;)

4. Bapa dia
Apa yang bapa dia risaukan: kamu tak boleh bagikan kehidupan yang sepatutnya dia dapat. Walaupun si dia ada pekerjaan/karier yang baik, seorang bapa akan sentiasa risau samada anak perempuannya di jaga dengan baik.
Penyelesaian: Jangan cerita pasal gaji atau berapa banyak wang anda miliki dari hasil pekerjaan anda sekarang. Ceritalah tentang pelaburan jangka masa lama seperti rumah, kalau bapanya masih bekerja tanyakan tentang apakah persediaan dia untuk persaraan. Selain memuji bapanya anda juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggung jawab tentang soalan kewangan yang memikirkan tentang masa hadapan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan