Soalan-soalan yang patut anda tanya bakal pasangan anda - bahagian 2

Minat/ Masa Lapang

  • Apa aktiviti2 yang si dia minat di waktu lapang?
  • Berapa banyak masa anda luangkan untuk menonton tv?
  • Apakah minat yang akan anda kongsi dengan si dia?
  • Berapa banyak masa yang anda ingin luangkan sendirian?
  • Apakah pandangan anda tentang percutian berasingan?
Kehidupan Sosial
  • Berapa banyak masa anda/si dia ingin luangkan bersama kawan-kawan?sebagai pasangan?bersama keluarga?sendirian?
  • Apakah pandangan anda/si dia tentang mempunyai kawan yang berlainan jantina?
Tempat Tinggal
  • Di mana anda mahu tinggal?Mengapa?
  • Adakah anda mahu tinggal dekat dengan keluarga kamu?sedara mara kamu?
  • Adakah anda suka tinggal di bandar? di kampung?
Anak
  • Berapa ramai anak anda mahu?
  • Bilakah anda rasa anda/si dia bersedia untuk menimang cahaya mata?
  • Bagaimana anda akan membahagikan tugasan menjaga anak? (siapa jaga malam?siapa tukar lampin?dll)
  • Apakah yang anda rasa penting untuk mengajar anak2?
  • Apakah pandangan anda tentang cara menjaga anak?Adakah anda akan merotan?
  • Adakah anda akan mengambil pembantu untuk menjaga anak anda?atau hantar ke rumah asuhan?tinggalkan bersama ibu bapa/sedara mara dll?
  • Bagaimana anda akan pastikan anak anda akan mendapat pelajaran agama yang baik?
  • Apakah yang anda akan lakukan jika anda tidak boleh mendapat anak?
Kewangan
  • Berapa banyak akaun simpanan perlu anda ada?akaun semasa?bersama?
  • Siapa yang perlu bayar bil-bil?
  • Bagaimana dengan hak milik sebelum bersama?
  • Bagaimana anda akan membahagikan wang untuk rumah?diri sendiri?untuk kebajikan?
  • Berapa banyakkah pasangan anda boleh berbelanja tanpa perlukan izin anda terlebih dahulu?
  • Berapa banyakkah wang hantaran yang akan diberi atau patut diberi?
  • Katakanlah anda dan si dia dalam situasi kewangan yang agak ketat dan tiba-tiba adiknya atau abangnya datang untuk minta wang pinjaman untuk memulakan perniagaan (di mana yang 2 sebelumnya tidak berjaya)adakah anda akan membenarkannya?
  • Apakah 5 keutamaan yang penting bagi anda untuk perancangan kewangan?
Bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan