Ladies: Adakah si dia menipu?

Dia selalu balik lewat. Jarang telefon anda. Anda rasa ada sesuatu yang tak kena. Dia macam lain dari biasa. Adakah dia menipu anda? Selalunya firasat wanita adalah betul. Jadi dengar hati/perasan anda dan selidik jika ianya betul.

1. Tengok / perhatikan cara penggunaan telefon bimbit dia.
Adakah dia selalu matikan telefon bimbitnya bila bersama anda? Mungkin dia tidak mahu menjawab panggilan 'si dia' bila dia bersama kamu.Adakah dia semakin jarang menjawab panggilan kamu?Jika anda boleh check handphone dia, checklah untuk panggilan berulang yang tidak dikenali.Check bill telefonnya, check panggilan lama kepada nombor anda tidak kenal.

2.Perhatikan di mana dia berada bila dia tidak bersama anda. Adakah dia bercakap tentang seorang wanita yang lain lebih dari biasa?Adakah dia menghabiskan masa dengan orang lain (bukan kawan2 lelakinya) lebih dari anda? Jaga2. kadang2 kawan2 dia pun cover utk dia.

3.Check dia dimana dia kata dia berada. Dia kata dia kerja lewat? Dia kata dia akan pergi minum dengan kawan2 dia di Starbucks Bukit Bintang? Pergi buat suprise. Bawalah makanan favourite dia kalau dia dia kerja lewat malam, atau saja beritahu ianya suprise dan kebetulan anda berada berdekatan dengan kawasan dia berada.

4. Cipta profil palsu. Tengok jika dia termakan umpan anda. Dari situ anda boleh lihat wataknya dan jika dia setia kepada anda.

5.Lihat perubahan diri. Tiba-tiba dia kelihatan terlebih peka tentang penampilannya dari biasa. Dia cepat merungut atau menjadi defensif bila anda tanya dia ke mana, buat apa dsbgnya. Dia mungkin ubah persepsi agar anda kelihatan seperti seorang yang paranoid tentang keadaannya.

6. Gertak dia. Katakan sahaja anda tahu yang dia berjumpa orang lain. Kemungkinan besar dia akan kata tidak sampai ke penghujung. Tapi kalau anda pun pandai berlakon, mungkin anda dapat apa yang anda cari.

Ingat...
  • Samada mengintip pasangan anda itu betul atau salah,ianya ialah sesuatu yang sukar. Kebanyakkan wanita ingin tahu kebenaran agar mereka dapat meneruskan hubungan atau tidak.
  • Berjaga-jaga apabila anda beritahu bagaimana anda mendapat tahu tentang kelakuannya kerana dia boleh menggunakan alasan tersebut kepada anda dimasa akan datang.
  • Jangan sekali tuduh dia tanpa bukti yang kukuh, ini kerana mereka hanya akan terus menipu dan menutup jejak mereka dengan lebih baik. Jika anda ada semua bukti yang kukuh dan pasti, pastikan anda mempunyai plan yang tidak melibatkan keganasan atau sesuatu yang tidak diingini.Jika anda tidak menemui sebarang keraguan selepas anda menyiasat, jangan terus paranoid. Lepas dan lupakan...kalau tak nanti boleh jadi psycho ok?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan