3 tips utama untuk online dating

Banyak orang menggunakan online dating untuk pelbagai sebab - terlalu sibuk, tidak punya masa untuk keluar, segan nak berkenalan dengan orang, tak tahu mana nak kenal orang dan bermacam sebab. Dengan adanya pelbagai applications, dating websites ramai yang memilih cara ini untuk berkenalan. Selebriti Wardina Saffiyah pun kenal husband dia online, so anda pun mungkin ada peluang untuk berkenalan dengan future partner anda online.

Jadi hari ini  kita tengok 3 tips utama tentang online dating:

#3 Fikir sebelum anda tulis
Anda boleh letak seberapa banyak gambar anda yg anda mahu, tapi kalau anda lelaki dan letak nama seperti 'Abang Power'. Kalau inbox anda tak masuk message, jangan lah hairan. Sesetengah dating website tidak membenarkan anda menukar nama anda setelah sign up. Jadi pastikan anda letak nama yang sesuai dan tidak memberi tanggapan yang salah.

#2 Ambil gambar yang bagus
Ambil gambar yg bagus - dapatkan cahaya yg elok dan jangan photoshop.  Pastikan gambar itu menunjukkan diri anda. Jangan letak gambar makanan, selebriti, curi gambar dan sebagainya. Jika niat anda adalah untuk mencari si dia melalui online, pastikan letak gambar anda dan bukan anak sedara anda. Jangan buat orang confuse kerana dari online banyak benda yg orang menganggap.

#1 Jujur
Jika anda benar2 serius, pastikan anda jujur dalam ber-online dating. Dengan cara ini anda akan dapat lebih respond dari mereka yg serius dari mereka yg hanya ingin mencuba nasib.

Jika anda mahukan tips2 lain, dating website mana yang anda patut join dan lain2 maklumat, anda boleh join mixer kali ini pada 26hb Mei di Plaza Damas. Kami akan kongsi maklumat dengan mereka yang datang tentang online dating. Klik sini untuk maklumat atau whatsapp 0176116432.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan