Tips keyakinan utk wanita plus size

Antara wanita yg kami kenal yg join kelas coaching kami atau programme matchmaking adalah wanita plus size. Ada antara mereka pula yang kurang berkeyakinan tentang diri mereka kerana merasakan mereka berbadan besar lelaki tak mahu kenal. Jadi saya akan bertanya…habis tu kenapa ada sahaja wanita yg berbadan besar yg kawin?Cuba tengok apa yg mereka ada, yg mungkin anda tak ada. 

Here are the tips:

1. Self – acceptance . Mereka terima diri mereka seadanya. Jika anda tak boleh terima, lakukan sesuatu untuk berubah seperti diet, bersenam, healthy lifestyle, tukar fesyen pakaian  dan sebagainya

2. Jangan anggap lelaki fikir yang anda tak menarik. Lepaskan anggapan atau assumption.

3. Letak gambar sebenar’sekarang’. Jika anda menggunakan fb atau mana2 social network utk mendapatkenalan lelaki, letak gambar anda yg sebenar. Anda akan menapis mereka yg tidak minat berkenalan dgn anda dan yg penting anda tidak tipu. Di tipu lagi teruk dari dia tahu yg anda boleh diet kalau anda nak turunkan berat anda.

4. Terima untuk direject. Semua orang yang berada dalam proses berkenalan, lelaki atau perempuan, pasti akan ada yang kena reject…walaupun mereka pelakon hebat, cantik, pandai etc.Jika anda selalu salahkan saiz anda atau masalah temujanji anda…hentikan. Ingat semua orang mesti pernah kena reject!

5. Pakai pakaian yang sesuai utk saiz anda. Jangan pakai pakaian yg  terlalu ketat. Highlight bahagian mana anda suka tentang diri anda. Jangan focus pada saiz anda, tapi focus terhadap stail dan pilihan fesyen. Benda yg penting bagi anda bila membeli ialah saiz dan warna yang sesuai. Utk nampak hebat, anda mesti mula memahami tentang warna apa yang padan dengan apa, corak apa yang padan dan apa yang bertembung. Dengan sedikit pemahaman, (percubaan dan kesilapan) anda akan pandai menyesuaikan pakaian dengan warna kulit anda, warna lipstick, saiz dan macam2 lagi.


Bila anda rasa bagus tentang diri anda, anda akan rasa yakin, cara anda berjalan, mata anda – semua elemen yang membuat anda nampak positif. Orang selalu cepat untuk judge a book, so make sure the cover is great!  When you feel good,contohnya memakai pakaian yang sesuai dan mencerminkan karakter anda, anda akan nampak berkeyakin dan hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan