Dating atau keluar dengan orang yang pemalu/pendiam


Dunia internet sekarang telah banyak mengubah konsep pemalu/pendiam. Dulu, kalau anda jenis outgoing, ianya ditentukan dengan berapa kerap anda keluar, berapa ramai kawan anda ada dan aktiviti2 yg anda lakukan. Sekarang anda boleh jadi seorang yg pendiam/pemalu tapi aktif di laman sosial membuat anda kelihatan seperti anda seorang yg outgoing.
Jadi macam kalau anda berkenalan dengan seorang yg pemalu/pendiam in real life? Lainkan? So macam mana nak berkawan atau memikat hati mereka yg pemalu/pendiam?
1. Terima mereka seadanya. Fahami yg mereka mungkin tidak berapa suka ke majlis2, social gathering, atau suka bercakap in a group. Mereka mungkin sangat berbudi bahasa, menghiburkan orang dengan cara mereka tersendiri bila bersosial dan sangat memahami bila anda perlukan masa bersendirian.
2. Fahami yg dia tidak suka situasi mengejut. Lebih baik anda memberi dia sedikit maklumat tentang apa yg akan berlaku. Mereka mungkin suka keluar tetapi ianya boleh menjadi sesuatu yg memenatkan. Jadi jangan rancang sesuatu yg melibatkannya utk bersosial lepas satu event ke event yg lain.
3. Jika mereka mahukan masa utk bersendirian, hormati mereka dengan memberi ruang utk bersendirian (give them some space). Mereka kadang2 perlukan masa utk recharge dan akan ok balik selepas sedikit masa. Jadi janganlah ambil hati bila anda berhadapan situasi begini.
4. Jangan tinggalkan mereka bila anda pergi ke majlis/acara sosial. Mereka akan rasa janggal dan keseorang di majlis2 besar. Lagi ramai orang mereka perlu bersosial, lebih banyak tenaga mereka perlukan. Bila pergi ke mana2 acara, keep it brief atau fahami jika mereka mahu pulang awal dari suatu majlis.
5. Kalau anda seorang yg outgoing, pastikan anda hubungi mereka utk update mereka dimana anda berada. Mereka akan appreciate yg anda mengambil masa utk mereka. Belajar utk berkata2 dengan menggunakan body language, senyuman jika anda ingin mengambil hati mereka.
6.Orang yg pemalu mungkin agak perlahan utk memberitahu apa mereka rasakan especially kalau anda bergaduh atau berselisih faham. Anda mungkin fikirkan yg mereka tidak kisah, tidak merasakan apa2 - mereka mungkin perlukan masa utk menyatakan sesuatu hingga mereka benar2 pasti.

Jadi, ambillah masa utk memahami mereka jika anda suka bersosial dan ingin memulakan hubungan atau sedang berjumpa dengan seorang yang pemalu/pendiam.

2 ulasan:

  1. saya seorang yang Pemalu dan Pendiam . . . :)

    BalasPadam
  2. salam bleh tak kite brkawan..sy pma
    lu dan pndiam jgak

    BalasPadam