Kenapa orang memulakan hubungan sulit?


" Saya tak bermaksud nak start an affair". Ramai orang cakap macam ni...and most of them tak pernah ada intention untuk menyakitkan hati pasangan mereka. Umumnya mereka adalah orang yang comitted terhadap perhubungan mereka tetapi mereka tak gembira. Takde orang yg happy dalam hubungan mereka nak mulakan satu hubungan yang lain. Mungkin mereka sangat tak gembira, mungkin sedikit tak gembira. Mungkin juga mereka tak pernah ada niat utk memulakan hubungan sulit dan tiba2 ada orang yang memasuki hidup mereka. Selalunya mereka start small dan lama2 mereka nak tahu lebih. Perlahan2 mereka berkenalan. Selalunya pada permulaan ia adalah sesuatu yg melibatkan emosi. Macam mana ia berlaku, akhirnya mereka sedar yg mereka telah melanggar batas. Dan selalunya mereka sedar bila mereka sudah terlanggar. Then perasaan mix feeling bermula sebab ianya sesuatu yg mereka ingin tahu dan dapat, tapi pada masa yang sama mereka rasa teruk sebab mereka tiada niat utk menjadi orang yg jahat, the bad guy, the cheater.

Contohnya ada satu pasangan ni, Amir & Lina (bukan nama betul). Lina sedih bila dapat tahu yg Amir mulakan sebuah hubungan sulit, tapi pada masa yg sama dia tidak begitu terkilan kerana dia sendiri pun berada dlm affair.

Ramai orang enter a relationship dengan fikir yang pasangan mereka akan fill their emptiness, insecurities and after sometime bila mereka tidak dapat, mereka akan cari ditempat lain. Mungkin seorang yang lebih mengambil berat, lebih sexy, lebih pandai bergurau - utk mengesahkan (validate them - I teach this in my class) harga diri dan apa yang mereka rasakan.
TV/media banyak sgt influence contohnya memberi impression yg kita memerlukan sesuatu:
iklan tv tentang kereta - anda perlukannya
iklan tentang rumah besar - anda perlukannya
Pakai baju ni - anda akan nampak hebat dan lebih diterima
dan mcm2 lagi.
Jadi bila Lina ada semuanya, tetapi masih percaya dia tidak gembira atau tiada kegembiraan, dia pergi mencari.
But all is not lost! Mereka boleh tengok balik kehidupan mereka...Ingat anda bertanggungjawab utk buat diri anda gembira dan bukan orang lain. Bila anda sayang diri anda then anda boleh share perasaan sayang anda dengan orang lain. Kita tak boleh meletakkan tanggungjawab untuk menggembirakan diri kita pada orang lain dan memastikan mereka terus mengisi diri kita dengan perasaan sayang & cinta.
- Belajar utk fokus pada diri anda dahulu, perbuatan anda, tingkah laku anda dari fokus samada tingkah laku pasangan anda betul
- Niat adalah sangat penting dalam perhubungan. Sedar yang anda ada pilihan utk niat utk belajar atau niat utk tidak disakiti. Lina dan Amir sedar yg niat mereka utk belajar mengenal satu sama lain mengeratkan mereka dan niat utk melindungi diri dari kesakitan (pain caused by emptiness) cuma menjauhkan mereka
-terokai kebimbangan dan kepercayaan anda dari sibuk ingin mengubah pasangan anda

Kadangkala anda perlu mengubah sesuatu dalam diri anda dan belajar bertanggungjawab utk emosi diri anda. At this point both Amir & Lina have no intention of continuing their affair.

Anyway, ini cuma cerita yg saya dengar.Ada banyak masalah lain yg couples go through dan orang mulakan hubungan sulit atas macam2 sebab - tetapi ini rata2 sebab yg selalu saya dengar; unhappiness, unsatisfied, loneliness, never enough, etc.

* Saya bukan marriage councellor. Jika anda mempunyai masalah, cakaplah dengan orang yg dipercayai seperti ibu bapa/adik beradik, kawan2 rapat.  Muslim marriage counselling - Jawi, bahagian perkahwinan & pembangunan keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan