Macam mana nak tahu seseorang itu adalah emotionally unavailable (tidak bersedia dari segi emosi)?

Emotionally unavailable ialah bila seseorang tu single dan tidak keluar berdating dengan sesiapa tetapi tidak bersedia untuk keluar dengan seseorang secara exclusive sebagai girlfriend/boyfriend.

Ada banyak sebab kenapa seseorang tu adalah emotionally unavailable. Mungkin dia baru break up dengan seseorang, mungkin dia masih belum habis mengenangkan hubungannya yang lepas, mungkin hubungannya yang lepas sangat menyakitkan, mungkin dia sangat sibuk dengan kerja, mungkin dia di dalam suatu tahap dalam hidup dimana dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya dan sebagainya. Who knows?

Tapi kita yang keluar dengan orang tu, mana nak tahu kalau orang tu emotionally unavailable, kan? Setahu kita dia single dan available, kerja ok, rupa pun ok...mungkin dia tengah cari orang yang sesuai. Lagipun kalau dia "unavailable" apasal dia date pulak? Kenapa dia buang masa kita? Peningnya!

Orang yang emotionally unavailable ni dia mungkin:

  • cerita pasal hubungan-hubungan lepas dia bila dengan anda atau ex dia 
  • dia tidak ada cerita atau bagi apa2 tanda/hints tentang masa akan datang, samada dia nak ada girlfriend, anak, isteri 
  • dia tidak bercerita tentang hubungan lepas langsung atau apa yang dia mahukan dalam perhubungan di masa akan datang
  • dia berangan-angan untuk mendapat seseorang yang mungkin dia tidak akan dapat - mengumpul ciri-ciri wanita-wanita atau lelaki-lelaki yang dia suka dan ingin mencari seseorang yang seperti itu pada orang lain. Kadang-kadang mereka sendiri pun tak tahu dan bertahun-tahun berlalu dan orang yang keluar dengan mereka pun tak faham apa yang berlaku - but jangan confuse dengan orang yang dating sampai 8 tahun tak kawin-kawin...mungkin orang tu memang tak mahu kahwin
  • Mereka tak boleh ada hubungan jangka panjang, rata2 hubungan mereka pendek-pendek sahaja.Diorang tak boleh kekalkan hubungan jangka masa panjang. Diorang mungkin blame orang lain tapi jika hampir 15 tahun semua hubungan mereka tidak ada yang panjang, itu mungkin kerana mereka adalah emotionally unavailable
  • Dia perlukan banyak masa bersendirian. Kalau dia macam ni dan dia buat you rasa macam you je yang terhegeh-hegeh dan tak pasti
  • Dia buat you suka dia tapi nothing more happens. You tunggu tapi sampai situ je.
  • Diorang dating atau ajak you keluar sebab diorang nak keluar dengan orang atau nak socialise.Tapi dia tak ready atau tak nak apa2 dari you.
So, kalau anda dapat rasakan atau dia tunjukkan tanda2 yang dia tidak bersedia, tidak mahukan hubungan jangka masa panjang, masih bercerita atau tinggal di masa silam 2007 belum pasti bila dia akan berubah.Jadi kalau anda mahukan perkahwinan atau sebuah hubungan yang menjanjikan dalam masa terdekat, saya syorkan you move on, jumpa orang lain, tumpukan perhatian pada diri anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan