Erra Fazira bercerai


Di ambil dari berita harian/rotikaya.

This is what you call jodoh. Setengah orang jodohnya panjang setengah pendek. Whatever it is, I hope that Erra will be fine and strong. 

Engku Emran (kiri) dan Erra keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.




Shah Alam: “Alhamdulillah, semua sudah terlerai dan terjawab... tolong jangan ganggu saya lagi,” kata pelakon popular, Erra Fazira sebaik sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, di sini semalam.


Pengesahan perceraian di Mahkamah Tinggi Syariah itu sekali gus menjawab segala spekulasi berhubung krisis rumah tangga bekas Ratu Cantik Malaysia itu dengan suaminya yang dikatakan bergolak sejak dua tahun lalu. 

Ketika ditemui media, pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, bersyukur kerana kes diselesaikan secara baik, malah memaklumkan yang dia dan Engku Emran juga sudah berbincang terlebih dulu sebelum hadir ke mahkamah. 




“Saya harap orang ramai tak lagi bercakap mengenai rumah tangga saya. Selepas ini fokus saya kepada kerjaya,” katanya yang memakai topeng jerebu ketika tiba di mahkamah sambil ditemani rakan baik, Datin Paduka Umie Aida serta suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dan pengarah filem, Erma Fatima.



Engku Emran, 39, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMATV enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media. Bagaimanapun, dia yang hadir bersama beberapa rakan kelihatan sebak ketika melafazkan talak terhadap isterinya.
Pasangan berkenaan berkahwin di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. Ini perceraian kedua Erra selepas berpisah dengan anggota kumpulan KRU, Yusri Abdul Halim pada 2006.



Hakim syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran selepas kedua-dua pihak, melalui perjanjian yang ditandatangani, bersetuju bercerai secara baik. Mahkamah kemudian memerintahkan Erra menjalani edah tiga kali suci dan mendaftarkan perceraian di pejabat agama. 



Mengenai hak penjagaan anak tunggal mereka, pelakon itu bersetuju menyerahkannya kepada Engku Emran, manakala dia mendapat hak bersama bermalam dengan Engku Aleesya. Hak penjagaan semasa cuti sekolah dan cuti perayaan pula diberikan kepada mereka secara bergilir.



Erra memfailkan permohonan berkenaan Isnin lalu, mengikut Seksyen 47 dan 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.



Terdahulu peguam syarie, Ahmad Nazib Johari yang mewakilinya memaklumkan kepada mahkamah bahawa Erra dan suami sudah tidak tinggal bersama sejak setahun enam bulan lalu. Pelakon itu juga bersetuju tidak membuat tuntutan nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian daripada suaminya yang diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan